Thursday, 16 April 2015

Latihan Penulisan 31; Suasana Sambutan Hari Kebangsaan.

SOALAN : Sekolah kamu telah mengadakan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan. Gambarkan suasana sambutan tersebut.

Kemeriahan Sambutan Bulan Kebangsaan

Dataran Bersatu, Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu menjadi meriah dengan ____1____ bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri-negeri dalam Malaysia. Semua guru dan murid-murid berhimpun bagi memeriahkan pelancaran bulan kebangsaan peringkat sekolah.

Guru-guru dan murid memakai pakaian kebangsaan yang _____2______. Ada juga yang memakai pakaian _____3____ ragam yang menunjukkan keharmonian pelbagai kaum dan budaya di Malaysia. Masing-masing memegang bendera Jalur Gemilang.

Majlis pagi itu dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Ridhauddin Bin Isa, diikuti nyanyian lagu-lagu rasmi dan ikrar Rukun Negara. Perhimpunan ___4______ dengan ucapan guru besar. Beliau mengingatkan murid-murid agar menghayati nilai kemerdekaan.

Sebaik sahaja menamatkan ucapannya, sekumpulan pelajar lelaki menunggang basikal mengelilingi sekolah. Mereka memakai pakaian ___5____ tahun 50-an sambil mengibarkan bendera. ___6_____ tersebut merupakan gambaran bagaimana para pemuda tahun 50-an berjuang menuntut kemerdekaan daripada _______7____ Inggeris.

Guru besar menyambut bendera yang dibawa oleh murid-murid tadi. Serentak dengan itu laungan merdeka ____8______ sebanyak tiga kali oleh En Zailan Bin Khalid, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah. Semua warga sekolah menyambut laungan tersebut dengan penuh semangat.

Sebelum mengakhiri perhimpunan, lagu-lagu ____9_____ dinyanyikan bersama-sama. Kami bersedia untuk menyertai pelbagai acara dan pertandingan yang dijalankan sepanjang ____10___ bulan kebangsaan peringkat sekolah tahun ini.


penjajah
Gimik
berwarna-warni
kibaran
diteruskan
beraneka
patriotik
ala
dilaungkan
kempen

Friday, 10 April 2015

Latihan Penulisan 30; Cara-Cara Menjaga Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah

SOALAN : Tulis sebuah karangan yang bertajuk cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.

Cara-cara menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah

Sekolah bukan sahaja tempat para pelajar menuntut ilmu, malah sekolah merupakan rumah kedua kepada para pelajar. Di sekolahlah mereka mengembangkan __1___, berinteraksi dengan rakan dan sebagainya. Justeru, para pelajar perlu menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah agar timbul rasa seronok untuk belajar.

Jadual bertugas dalam bilik darjah dan bilik-bilik khas seperti perpustakaan, makmal, stor dan bengkel perlulah ____2__. Jadual tugasan ini menentukan seseorang murid melakukan sesuatu tugasan, contohnya membuang sampah, menyapu sampah dan memadam papan tulis. Dengan mematuhi jadual tugasan kelas dan bilik ___3__ akan sentiasa bersih dan ceria.

Selain itu, murid-murid patut digalakkan ___4____ sesuatu untuk bilik darjah mereka. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah menyumbangkan buku-buku cerita, buku-buku rujukan, bunga-bungaan, alas meja, langsir, gambar-gambar dan sebagainya. Sumbangan yang dimaksudkan bukanlah barangan yang baharu, memadailah dengan barangan ___5___ di rumah.

Aktiviti menjaga sesebuah kawasan seperti Wakaf Ilmu, Taman Sains, Taman Herba, akuarium dan sebagainya bolehlah dijadikan sebagai projek ____6____ bagi sesebuah persatuan. Persatuan tertentu, contohnya Persatuan Bulan sabit Merah Malaysia menjadikan Taman Herba sebagai anak angkat. Anggota persatuan ini perlu menjalankan __7___ keceriaan di taman tersebut mengikut jadual.

Aktiviti seterusnya ialah mengadakan gotong-royong. Gotong-royong hendaklah melibatkan semua ___8___ sekolah yang terdiri daripada guru, murid, kaki tangan sekolah dan masyarakat luar. Melalui aktiviti ini banyak tugasan yang berat boleh dilakukan bersama seperti, __9____ pokok, membersihkan longkang, membina ___10__, mengecat dan sebagainya.

Sesungguhnya terdapat banyak cara untuk mewujudkan sekolah yang bersih dan ceria. Sekolah yang sentiasa bersih dan ceria akan ____11____ keselesaan murid-murid belajar. Secara tidak langsung ___12___ murid dapat ditingkatkan.

dipatuhi
menjamin
program
anak angkat
memangkas
warga
bakat
wakaf
menyumbangkan
khas
terpakai
pencapaian


Latihan 29; Tindakan Melihat Kebakaran

SOALAN : Ketika bersiar-siar di kawasan perumahan, kamu ternampak satu kebakaran. Ceritakan tindakan kamu selanjutnya.

Petang itu aku menunggang basikal bersendirian sekitar kawasan perumahan tempat tinggalku. Aku ternampak asap _____1_____ di udara. Aku segera menuju ke arah asap itu untuk mengetahui kejadian sebenar. Rupa-rupanya ada sebuah rumah terbakar. Rumah itu ialah rumah rakanku, Zubair.

Aku mendapati para penduduk kampung saling membantu ____2_____ kebakaran tersebut. Apa lagi, akupun turut serta dengan memadam kebakaran itu dengan menggunakan air dari dalam _____3____. Tetapi api sangat marak.

Aku segera menuju ke pondok telefon lalu menghubungi talian 999. Aku memaklumkan kepada operator tentang kejadian kebaran itu. _____4_____ itu menghubungkan aku dengan Jabatan Bomba. Aku ___5______ tentang kejadian kebakaran itu kepada pegawai bomba yang menerima panggilan. Mereka akan datang dengan kadar segera.

Di satu sudut, aku ternampak seorang wanita duduk _____6____ sambil menangis ___7_____. Aku menghampiri wanita itu. ______8_____ itu ialah Mak Cik Siti, ibu Zubair. Dia begitu sugul dan sedih. Aku memujuk Mak Cik Siti agar bersabar terhadap musibah yang telah menimpanya. Aku memeluknya dengan erat.

Lima belas minit kemudian, bomba pun tiba. Pasukan bomba berusaha _____9____ memadamkan api yang membakar rumah Mak Cik Siti. Tetapi malang, kerana api yang menjilat rumah papan itu sukar untuk dikawal. Aku terus ______10____ Mak Cik Siti agar bersabar, malah aku mengajak Mak Cik Siti dan keluarganya menumpang di rumahku.

Di rumah, aku mencadangkan kepada ibu bapaku dan penduduk kampung agar ___11____ kutipan ____12____ untuk meringankan beban Mak Cik Siti dan keluarganya. Syukurlah cadanganku diterima dan disegerakan. Aku berasa sangat bangga kerana telah membantu orang dalam kesusahan.


kilat
baldi
Operator
diadakan
bertenggong
menjelaskan
bermati-matian
berkepul-kepul
teresak-esak
Rupa-rupanya
memujuk
memadamkan

Latihan Penulisan 28 ; Cara-Cara Menjaga Kebersihan Diri

SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.


Cara-cara menjaga kesihatan diri

Sebagai pelajar kita hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri. Sekiranya tubuh badan kita sihat, kita boleh ______1_____ perhatian semasa belajar.

Setiap kali bangun daripada tidur, kita hendaklah menggosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Bukan setakat itu sahaja, sebaik-baiknya gosoklah gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Dengan cara ini gigi akan bersih, nafas _____2___ dan senyuman juga manis.

Apabila mandi, pakailah sabun badan dan syampulah rambut dan kepala. Menggunakan sabun badan akan memastikan tiada ____3____dan kotoran yang melekat pada tubuh badan kita. Menggunkan syampu rambut pula boleh membantu mencegah _____4____ dan kutu pada kepala.

Setiap seminggu sekali, potonglah kuku jari tangan dan kaki. Jangan biarkan ___5___ tangan dan kaki menjadi panjang. Kuku yang panjang akan membiakkan kuman dan bakteria. Kuman dan bakteria ini akan masuk ke dalam perut melalui makanan yang kita ____6___. Gunakan ___7_____ kuku untuk memotong kuku.

Selain daripada itu, amalkanlah makan makanan yang sihat dan seimbang. Elakkan memakan makanan segera, ____8____ dan manis. Makanan-makanan ini akan ___9_____ pelbagai penyakit. Sebaik-baiknya makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan ini akan membantu ____10____ penyakit.

Amalkanlah hidup yang sihat dengan bersenam untuk mengeluarkan peluh. Apabila ____11___ sihat kita akan sentiasa ___12_____ dan berjaya dalam pelajaran.


kuku
bakteria
cerdas
segar
suap
tubuh
mencegah
mengundang
kulimumur
menumpukan
berlemak
penyepit



Latihan Penulisan 27 : Pengalaman Bercuti di Rumah Saudara (Cerita)

SOALAN : Semasa cuti penggal yang lalu, kamu telah bercuti di rumah saudara kamu. Ceritakan pengalaman tersebut.

Percutian di Ipoh, Perak

Pada cuti pertengahan penggal yang lalu saya bercuti selama beberapa hari di rumah ____1____ saya di Ipoh, Perak. Sepupu saya tinggal di Simpang Pulai. Saya ke sana dengan menaiki bas dari Teluk Intan. Pada mulanya, saya agak takut kerana ___2____ kami menaiki bas bersendirian.

Sesampainya di Stesyen bas Medan Gopeng, bapa saudara saya sudah pun menunggu. Lega benar rasanya. Saya terus dibawa menikmati ____3___di sebuah restoran di Medan Limau Tambun, Ipoh. Kami menikmati makanan ____4__barat.

Sejurus selepas itu saya dibawa ke ‘Lost World Of Tambun’. Saya dan sepupu saya mengambil peluang ini untuk mandi sepuas-puasnya. Sambil itu kami dapat melihat beberapa pertunjukan haiwan seperti harimau, kuda, ular dan buaya. Saya mengambil ___5_____untuk bergambar sebagai kenang-kenangan di sana.

Hampir sepetang di sana baharulah saya ke rumah sepupu saya. Di sebabkan terlalu penat kami ____6____ awal. Keesokannya pula Pak Cik Sabri, bapa saudara saya membawa kami ke Gunung Lang. Di Gunung Lang, saya berpeluang menaiki bot melalui sebuah tasik menuju ke kawasan _____7_____.

Perjalanan menaiki bot ke seberang tasik kira-kira 10 minit. Di seberang ___8___ tersebut terdapat zoo ____9__ yang mempamerkan beberapa jenis ___10_____ seperti rusa, burung unta, ayam hutan, kura-kura dan landak. Terdapat juga beberapa buah rumah tradisional Perak.

 Kami menghabiskan masa kira-kira 1 jam di sana. Dari Gunung Lang kami bergerak ke ______11____ seterusnya iaitu ke Batu Gajah untuk melihat ___12____kapal korek. Banyak benar pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang bercuti di rumah sepupu saya.
           
ala
mini
warisan
tasik
destinasi
pertama
rekreasi
terlena
kesempatan
sepupu
juadah
haiwan


Latihan Penulisan 26 : Cara-Cara Menjaga Kebersihan Rumah

SOALAN : TULIS SEBUAH KARANGAN BERTAJUK ‘CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN RUMAH’

Cara-cara Menjaga Kebersihan Rumah


Rumah yang bersih merupakan rumah yang ____1_____untuk didiami. Kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan rumah sendiri.

Pastikan rumah kita mempunyai bakul dan ___2____sampah. Bakul sampah diletakkan di dalam rumah, manakala tong sampah diletakkan ___3___luar rumah. Masukkan sampah ke dalam bakul sampah. Apabila penuh, masukkan pula ke dalam tong sampah di ___4___rumah.

Selain itu, kita hendaklah rajin  membantu ibu dan bapa menyapu sampah. Gunakan penyapu dan______5_____. Penyapu hendaklah diasingkan untuk kegunaan ____6_____dan luar rumah.

Apabila selesai menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar, kita sepatutnya ____7____air ___8___tandas. Dengan ini tandas tidak akan berbau busuk. Sebaik-baiknya sembur tandas dengan ___9____sebaik sahaja digunakan.

Bagi membersihkan tingkap daripada habuk. Laplah dengan kain lembap. Dengan cara ini rumah kita akan ___10____oleh udara yang bersih.

Kawasan luar pula bolehlah ditanam dengan pokok-pokok ___11____hiasan. Pokok bunga akan menambahkan lagi ____12____dan kebersihan rumah kita. Justeru kita hendaklah ringan tulang membantu ibu dan bapa membersihkan rumah.


Penyodok
tangki
selesa
pewangi
dialiri
Bunga
Mengepam
dalam
di
tong
keceriaan
luar

Latihan Penulisan 25 : Kebaikan Menonton Televisyen

SOALAN : Tulis sebuah karangan tentang kebaikan menonton televisyen. 

Kebaikan menonton televisyen


Televisyen merupakan sejenis alat ____1_____ ciptaan sains dan teknologi yang sangat berguna kepada manusia. Menonton televisyen adalah aktiviti menonton apa-apa rancangan yang ditayangkan melalui kaca televisyen, sama ada berbentuk siaran langsung, rakaman mahupun melalui pemain vedio atau ____2____ padat.

Tahukah anda bahawa menonton televisyen banyak manfaatnya kepada manusia. Rancangan-rancangan seperti “Majalah 3”, “Agro Jurnal”, “Mari Mengaji” dan “Misteri” adalah antara rancangan ______3____  yang sangat banyak manfaatnya. Melalui rancangan seperti ini para penonton bukan sahaja dapat mengetahui hal ___4___ semasa, tetapi juga pengetahuan ____5___ tentang perkembangan mutakhir.

Melalui rancangan berita, kita akan dibawa ke seluruh _____6______ negara dan dunia bagi mengikuti liputan semasa. Maka lahirkan warga negara yang berpengetahuan. Tidaklah kita menjadi “seperti katak di bawah ______7______”.

 Selain itu ikatan kekeluargaan dapat dieratkan. Melalui rancangan seperti segmen “Dialog”, “Forum Perdana Hal Ehwal Islam”, “Cerekarama’ dan “Hiburan Minggu Ini”  akan menjalinkan ______8____sesama keluarga. Bukankah waktu-waktu ini merupakan waktu _____9______, semua ahli keluarga berkumpul setelah usai makan malam?

Justeru, jelaslah bahawa menonton televisyen memang banyak manfaatnya. Sebagai pengguna yang bijak pilihlah rancangan yang sesuai untuk ____10_____ kita. Kita perlu bijak memilih.



ehwal
tempurung
cakera
pelosok
kemesraan
dokumentari
tontonan
am
elektronik
Perdana