Sunday, 17 May 2026

LATIHAN PENULISAN 102. LAPORAN SAMBUTAN HARI GURU

 

Laporan Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan ____________

Pada 16 Mei 2026 yang lalu, Sekolah Kebangsaan ___________ telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah di dewan sekolah. Majlis tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi dan disertai oleh semua guru, murid serta ( 1 ) sekolah. Sambutan ini diadakan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru dalam ( 2 ) murid.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan lagu Guru Malaysia. Selepas itu, Guru Besar telah menyampaikan ucapan sempena Hari Guru. Beliau ( 3 ) murid-murid supaya sentiasa menghormati guru dan belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan yang ( 4 ).

Seterusnya, pelbagai persembahan menarik telah dipersembahkan oleh murid-murid dan guru-guru. Antaranya ialah nyanyian, tarian tradisional, ( 5 ) sajak dan lakonan pendek. Persembahan tersebut berjaya menghiburkan semua. Suasana dewan menjadi meriah dengan tepukan  ( 6 ) daripada para hadirin.

Selain itu, beberapa aktiviti sukaneka turut diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Guru-guru dan murid-murid mengambil bahagian dalam permainan yang disediakan. Aktiviti ini dapat ( 7 ) hubungan antara guru dengan murid di samping mewujudkan suasana yang ceria dan harmoni.

Pada akhir majlis, wakil murid telah menyampaikan ( 8 ) dan kad ucapan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan. Guru-guru kelihatan gembira dan      ( 9 ) menerima penghargaan daripada murid-murid. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

Kesimpulannya, Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah berlangsung dengan jayanya. Semua warga sekolah memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Diharapkan sambutan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi menghargai ( 10 ) dan pengorbanan guru.

Disediakan oleh,                                                                    18 Mei 2026

..............................................
(NAMA SENDIRI HURUP BESAR)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu

Sekolah Kebangsaan _____________

 

jasa

mendidik

kakitangan

menasihati

deklamasi

cemerlang

gemuruh

teruja

mengeratkan

hadiah