Sunday, 25 October 2026

LATIHAN 117: SUASANA BERKELAH DI TEPI PANTAI

KARANGAN MUDAH 15 AYAT 


PENGALAMAN BERKELAH DI PANTAI TELUK BATIK

Awal-awal pagi lagi aku dan keluargaku bertolak ke pantai. Kami menaiki kereta Proton Persona yang dipandu oleh ayah. Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah warung untuk menikmati sarapan pagi.

     Sesampainya di pantai Teluk Batik, ayah memarkir kereta. Aku dan abang membantu ayah mengeluarkan barang dari tempat letak barang. Sementara itu dan kakak membentang tikar, aku dan adik sudah pun ke gigi air.

     Kami mengambil peluang itu untuk bermandi-manda sepuas-puasnya.  Di samping itu kami bermain layang-layang, bola tampar dan membina istana pasir. Ibu dan ayah turut bermain bersama-sama kami.

     Setelah seharian berkelah di pantai tersebut, kami berkemas-kemas. Ayah membawa kami ke Bandar Lumut. Di sana kami membeli beberapa cenderamata seperti kemeja-t, pemegang kunci dan sebagainya.

     Sebelum pulang, kami singgah di Restoran Ikan Bakar Istimewa untuk makan malam. Saya menikmati keenakan ikan bakar yang segar. Inilah pengalaman bersama keluarga  yang sungguh bermakna untuk diri saya.

LATIHAN 116: RUMAH BAHARU SAYA

 

KARANGAN MUDAH 15 AYAT


RUMAH BAHARU SAYA

Saya telah berpindah ke rumah ( 1 ) di Taman Permai. Kami berpindah kerana ayah dinaikkan pangkat. Rumah baharu kami merupakan sebuah rumah ( 2 ).

     Rumah baharu saya dicat dengan warna ( 3 ) dan kuning. Atapnya pula merupakan atap ( 4 ) berwarna merah. Di keliling rumah saya dipenuhi dengan pokok-pokok bunga dan pokok hiasan.

     Di ruang tamu, ayah meletakkan sebuah rak buku dan ( 5 ) yang empuk. Di situ kami menjadikannya sebagai ruang untuk membaca dan menyiapkan kerja sekolah. Televisyen diletakkan di ruang ( 6 ) di tingkat dua.

     Bilik ( 7 ) saya terletak di tingkat dua. Bilik tidur itu dicat dengan warna jingga. Rumah baharu saya mempunyai empat buah bilik tidur yang dilengkapi dengan bilik ( 8 ).

     Di tingkat dua terdapat sebuah ( 9 ) yang menghadap taman permainan. Saya suka ( 10 ) di balkoni tersebut pada sebelah petang. Saya sangat suka akan rumah baharu ini.

 

menonton

balkoni

sofa

beristirahat

banglo

tidur

genting

baharu

hijau muda

air


LATIHAN 115: SUASANA PERTANDINGAN BERCERITA

 


Sekolahku telah diamanahkan sebagai ( 1 ) bagi pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Daerah Kinta Utara. Sebagai ahli Persatuan ( 2 ), aku dan beberapa orang rakanku telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi membantu melicinkan perjalanan pertandingan tersebut.

     Aku mengambil kesempatan untuk menyaksikan sendiri perjalanan pertandingan tersebut di samping bertugas sebagai urusetia. Pertadingan itu diadakan pada pagi Sabtu. Seawal pukul 7.30 pagi ( 3 ) dari seluruh daerah dengan diiringi ( 4 )  telahpun mendaftar diri. Dalam masa yang sama mereka membuat undian bagi menentukan giliran persembahan.

     Pada hari itu, sekolahku tidak ubah seperti sebuah pesta. Ramai sekali pengunjung yang datang. Mereka terdiri daripada ibu bapa, guru-guru, murid-murid sekolah dan juga orang ramai yang bertujuan memberikan ( 5 ) kepada peserta pilihan mereka.

     Sebagai urusetia di dewan persembahan, aku dapat melihat suasana yang pelbagai dalam dewan itu. Ada ketika dewan menjadi gamat dengan ketawa ( 6 ) , sesekali suasana menjadi ( 7 )  dan ada juga yang menangis. Ini disebabkan oleh kepandaian peserta pertandingan menyusun kata dan bermain dengan emosi semasa membuat persembahan.

     Setelah beraksi di pentas, para peserta dan ( 8 ) beristirahat sambil mengunjungi gerai jualan dan pameran yang disediakan. Ada yang mengambil kesempatan membeli buku-buku dan ada juga yang menikmati juadah. Aku pula sibuk membantu guru menyusun pentas untuk diadakan pengampaian hadiah.

     Kira-kira 30 minit berlalu, ( 9 ) menjemput semua hadirin ke dewan. Acara penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daera Kinta Utara. Aku berasa ( 10 ) apabila sekolahku diumumkan sebagai johan dan terpilih ke peringkat negeri Perak pada bulan Mei akan datang. Dewan menjadi riuh dengan gema tepukan para hadirin.

 

Pengacara Majlis

para peserta

guru pengiring

sokongan moral

para penonton

Bahasa Melayu

sangat sunyi

tuan rumah

sungguh teruja

para hadirin

 

LATIHAN 114: RAKAN KARIB SAYA

 

Setiap orang tentu mempunyai ramai kawan, sama ada kawan di sekolah, di tempat tinggal dan sebagainya. Saya juga mempunyai seorang kawan yang sangat ( 1 ) dan sangat istimewa. Dialah tempat saya berkongsi suka dan duka, ( 2 )  masalah, berbincang tentang pelajaran dan sebagainya.

     Kami merupakan rakan sebaya. Kami belajar dalam kelas yang sama iaitu Tahun 6 Syabas. Saya telah mengenali rakan ( 3 ) saya ini sejak mula berpindah ke Taman Pulai Jaya tujuh tahun yang lalu. Hubungan kami sangat erat seperti isi dengan kuku

     Ahmad Amin, seorang kanak-kanak lelaki yang bijak, baik hati dan pemurah. Dia mempunyai ( 4 )  wajah yang tenang dan meyakinkan. Dia adalah anak sulung daripada empat orang adik beradik. Ayahnya ialah seorang tentera manakala ibunya pula seorang guru.  Oleh yang demikian dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ( 5 ).

     Bakat kepimpinannya itu ( 6 ) apabila dia sering dilantik sebagai Ketua Kelas dan Pengawas sekolah. Kini dia telah dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah saya. Dalam masa yang sama Ahmad Amin juga ( 7 )  Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengerusi Kelab Ragbi dan Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia.

     Dalam kelas, Ahmad Amin sering mendapat pujian daripada guru-guru. Dia merupakan murid yang ( 8 ) dan berbudi bahasa. Setiap tugasan yang diberikan oleh guru disiapkan tepat pada masanya. Dia tidak pernah ( 9 ) walaupun diberi pelbagai tugas dan tanggungjawab.

     Sebagai rakan karib kami sering berkongsi idea dalam sesi perbincangan kumpulan. Kami ( 10 ) untuk belajar di sekolah menengah yang sama dan menjejakkan kaki ke menara gading bersama-sama apabila dewasa kelak.

 

karismatik

terbukti

merupakan

berazam

raut

merungut

akrab

berdisiplin

karib

berkongsi

 

LATIHAN 113: SUASANA DI PASAR MALAM

 

Pasar Malam Jalan Tun Perak

 Jalan Tun Perak memang terkenal dengan pasar malamnya. Mana tidaknya, keluasan pasar malam di jalan Tun Perak ( 1 ) 1.5 kilometer persegi. Hampir segalanya ada di pasar itu.

     Pasar Malam Jalan Tun Perak diadakan dua kali seminggu. Sekali pada hari Isnin dan sekali lagi pada hari Rabu. Pengguna yang berkunjung ke pasar malam ini terdiri daripada ( 2 )  lima buah taman dan enam buah kampung.

     ( 3 ) jam 5.00 petang, selepas solat Asar, pengguna mula membanjiri pasar malam di Jalan Tun Perak. Suri rumah yang baru pulang kerja tidak terus ke rumah, sebaliknya mereka berkunjung ke pasar malam dahulu untuk membawa pulang  ( 4 ) dan barang keperluan.

     Menjelang pukul 8.00 malam suasanya semakin meriah. Hiruk-pikuk penjual ( 5 ) pelanggan dengan diselang-seli muzik dari ( 6 )  pemain mp3 menjadikan suasanya tidak ubah macam ( 7 ). Kadang-kala sampai tidak memahami biji-butir percakapan.

 Antara gerai yang mendapat sambutan paling ( 8 ) ialah gerai barang antik. Gerai barang ( 9 ) milik Pak Abu Koboi sering dipenuhi pelanggan. Malah ada pelanggan dari daerah dan negeri lain datang ke Pasar Malam Jalan Tun Perak semata-mata untuk ke gerai barang antik Pak Abu Koboi.

 Menjelang jam 10.00 malam keadaan semakin  ( 10 ). Pelanggan sudahpun mula pulang ke rumah. Manakala para peniaga sibuk mengemaskan gerai masing-masing.

  

Seawal

mengeloi

antik

konsert

hangat

kira-kira

gerai

penduduk

lengang

juadah

 

LATIHAN 112: DIALOG MELAWAT RAKAN DI HOSPITAL

 


 

PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG DIRAWAT DI HOSPITAL

 

Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. 

 

Ramli

Karim

:

:

Apa khabar, Karim?

Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini.

 

Ramli

Karim

:

:

Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku?

Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman.

 

Ramli

Karim

:

:

Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?

Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya rosak teruk.

 

Ramli

Karim

:

:

Apakah kecederaan yang awak alami?

Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya mengalami luka dan calar-balar.

 

Ramli

Karim

:

:

Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital?

Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan ...(9)... sebuah van yang lalu ketika itu.

 

Ramli

Karim

 

Ramli

 

:

:

 

:

Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.

Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan.

Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan.

 

kejadian

menghantar

dirawat

perjalanan

menumpangi

menjengok

menamatkan

seluruh

basikal

menziarahi

 

LATIHAN PENULISAN 111: MENGUNJUNGI PASAR MALAM

 KARANGAN MUDAH 15 AYAT



MENGUNJUNGI PASAR MALAM

           Setiap petang Jumaat, aku selalu mengikuti ibuku ke pasar malam di Taman Bersatu. Kami hanya berjalan kaki sahaja kerana rumahku tidak sampai 200 meter jauhnya. Kadang-kadang adik dan ayah aku ikut bersama.

 Suasana di pasar malam itu memang meriah dan riuh-rendah. Pelbagai barangan keperluan harian dijual seperti minuman, makanan, pakaian dan sebagainya. Para peniaga berusaha menarik perhatian pelanggan dengan cara yang beraneka ragam.  

          Setiap kali ke sana, aku pasti pergi ke gerai Putu Perak Wan Lebor. Putu Perak Wan Lebor sangat terkenal, pelanggannya akan beratur panjang semata-mata untuk membeli makanan ini. Setelah membeli putu Perak, aku mengikuti ibu untuk membantunya membawa barang yang dibeli.

           Gerai kegemaran ibuku ialah gerai sayur-sayuran segar yang dibawa terus dari Cameron Highlands. Selain itu, ibu membeli ikan, ayam dan rempah-ratus. Barang-barang basah ini untuk dimasak pada keesokan harinya.

            Setelah membeli barang-barang keperluan, kami pun bergerak untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, aku berikan beberapa keping wang kepada penghibur jalanan yang menghiburkan kami dengan suaranya yang sangat merdu. Di rumah, aku menikmati keenakan putu Perak yang aku beli dan membantu ibu memberishkan ikan dan ayam.



Thursday, 8 October 2026

LATIHAN PENULISAN 110. KARANGAN MUDAH 15 AYAT : CARA-CARA BERJIMAT

 

 

 

CARA-CARA JIMAT BERBELANJA

Setiap hari kita diberikan ( 1 ) oleh ibu dan bapa. Wang saku tersebut digunakan untuk berbelanja di sekolah. Sebagai anak yang bijak, kita hendaklah ( 2 ) ketika berbelanja.

          Terdapat banyak cara untuk berjimat, antaranya ialah dengan ( 3 ) ke sekolah. Bekal makanan dan minuman yang disediakan oleh ibu untuk sarapan boleh dibawa ke sekolah. Ketika ( 4 ), makanlah bekalan yang dibawa tadi tanpa menggunakan wang saku.

          Seterusnya, wang saku yang diberi oleh ibu bapa boleh disimpan dalam tabung. Jadikan amalan menabung sebagai amalan harian walaupun jumlahnya hanya sedikit. Sikit-sikit, lama-lama ( 5 ).

          Selain itu, gunakan bekas yang boleh diguna secara ( 6 ) setiap kali membawa bekal. Bekas makanan dan minuman ini dibasuh setiap kali digunakan. Kita bukan sahaja menjimatkan wang, malah boleh menyelamatkan ( 7 ) daripada pembuangan bekas makanan.

          Oleh itu, kita hendaklah bijak berbelanja. Elakkan pembaziran pada setiap masa. Orang yang bijak berbelanja mempunyai ( 10 ) yang lebih baik.

 

alam sekitar

membawa bekal

wang saku

berulang-ulang

berjimat-cermat

jadi bukit

masa depan

waktu rehat