Sunday, 25 October 2026

LATIHAN 112: DIALOG MELAWAT RAKAN DI HOSPITAL

 


 

PERBUALAN DENGAN RAKAN YANG DIRAWAT DI HOSPITAL

 

Saya mengunjungi sahabat saya, Karim yang sedang ...(1)... di hospital. Karim terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. 

 

Ramli

Karim

:

:

Apa khabar, Karim?

Khabar baik. Terima kasih kerana sudi ...(2)... saya di sini.

 

Ramli

Karim

:

:

Boleh saya tahu. Bila dan di mana ...(3)... itu berlaku?

Boleh, apa salahnya. Kemalangan itu berlaku petang semalam. Ketika itu saya dan kawan-kawan baru selesai ...(4)... kegiatan kokurikulum. Kejadian itu berlaku di simpang tiga, berhampiran warung Wak Leman.

 

Ramli

Karim

:

:

Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku?

Kemalangan itu berlaku semasa saya dalam ...(5)... pulang ke rumah. Tiba-tiba, sebuah kereta melanggar ...(6)... saya dari arah belakang. Saya tercampak di atas jalan raya, basikal saya rosak teruk.

 

Ramli

Karim

:

:

Apakah kecederaan yang awak alami?

Kaki kanan saya patah. Tempurung lutut kiri saya retak. Hampir ...(7)... badan saya mengalami luka dan calar-balar.

 

Ramli

Karim

:

:

Syukurlah, awak terselamat! Siapa yang ...(8)... awak ke hospital?

Semasa kejadian itu, saya pengsan. Menurut ceritanya, pemuda yang melanggar saya itulah yang menghantar saya ke hospital. Dia menghantar saya ke sini dengan ...(9)... sebuah van yang lalu ketika itu.

 

Ramli

Karim

 

Ramli

 

:

:

 

:

Saya doakan agar awak cepat sembuh dan segera kembali ke sekolah.

Terima kasih, Ramli. Jika ada masa lapang sudilah lagi ...(10)... saya di sini. Kirim salam saya pada kawan-kawan.

Sama-sama. Baiklah, saya akan datang lagi bersama kawan-kawan.

 

kejadian

menghantar

dirawat

perjalanan

menumpangi

menjengok

menamatkan

seluruh

basikal

menziarahi

 

No comments:

Post a Comment