Sekolahku
telah diamanahkan sebagai ( 1 ) bagi
pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Daerah Kinta Utara. Sebagai ahli
Persatuan ( 2 ),
aku dan beberapa orang rakanku telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi
membantu melicinkan perjalanan pertandingan tersebut.
Aku mengambil kesempatan untuk menyaksikan sendiri
perjalanan pertandingan tersebut di samping bertugas sebagai urusetia.
Pertadingan itu diadakan pada pagi Sabtu. Seawal pukul 7.30 pagi ( 3 ) dari
seluruh daerah dengan diiringi ( 4 ) telahpun mendaftar diri. Dalam masa yang sama
mereka membuat undian bagi menentukan giliran persembahan.
Pada hari itu, sekolahku tidak ubah seperti sebuah
pesta. Ramai sekali pengunjung yang datang. Mereka terdiri
daripada ibu bapa, guru-guru, murid-murid sekolah dan juga orang ramai yang
bertujuan memberikan ( 5 ) kepada peserta pilihan mereka.
Sebagai urusetia di dewan
persembahan, aku dapat melihat suasana yang pelbagai dalam dewan itu. Ada
ketika dewan menjadi gamat dengan ketawa ( 6 ) , sesekali suasana menjadi ( 7 ) dan ada juga yang menangis. Ini disebabkan
oleh kepandaian peserta pertandingan menyusun kata dan bermain dengan emosi
semasa membuat persembahan.
Setelah beraksi di pentas, para
peserta dan ( 8
) beristirahat sambil mengunjungi gerai jualan dan pameran yang
disediakan. Ada yang mengambil kesempatan membeli buku-buku dan ada juga yang
menikmati juadah. Aku pula sibuk membantu guru menyusun pentas untuk
diadakan pengampaian hadiah.
Kira-kira 30 minit berlalu, ( 9 )
menjemput semua hadirin ke dewan. Acara penyampaian hadiah
disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daera Kinta Utara. Aku berasa ( 10 )
apabila sekolahku diumumkan sebagai johan dan terpilih ke peringkat negeri
Perak pada bulan Mei akan datang. Dewan menjadi riuh dengan gema tepukan para
hadirin.
|
Pengacara Majlis
|
para peserta
|
guru pengiring
|
sokongan moral
|
para penonton
|
|
Bahasa Melayu
|
sangat sunyi
|
tuan rumah
|
sungguh teruja
|
para hadirin
|
No comments:
Post a Comment