KARANGAN MUDAH 15 AYAT
MENGUNJUNGI PASAR MALAM
Setiap petang Jumaat, aku selalu mengikuti ibuku ke pasar malam di Taman Bersatu. Kami hanya berjalan kaki sahaja kerana rumahku tidak sampai 200 meter jauhnya. Kadang-kadang adik dan ayah aku ikut bersama.
Suasana di pasar malam itu memang meriah dan riuh-rendah. Pelbagai barangan keperluan harian dijual seperti minuman, makanan, pakaian dan sebagainya. Para peniaga berusaha menarik perhatian pelanggan dengan cara yang beraneka ragam.
Setiap kali ke sana, aku pasti pergi ke gerai Putu Perak Wan Lebor. Putu Perak Wan Lebor sangat terkenal, pelanggannya akan beratur panjang semata-mata untuk membeli makanan ini. Setelah membeli putu Perak, aku mengikuti ibu untuk membantunya membawa barang yang dibeli.
Gerai kegemaran ibuku ialah gerai sayur-sayuran segar yang dibawa terus dari Cameron Highlands. Selain itu, ibu membeli ikan, ayam dan rempah-ratus. Barang-barang basah ini untuk dimasak pada keesokan harinya.
Setelah membeli barang-barang keperluan, kami pun bergerak untuk pulang. Dalam perjalanan pulang, aku berikan beberapa keping wang kepada penghibur jalanan yang menghiburkan kami dengan suaranya yang sangat merdu. Di rumah, aku menikmati keenakan putu Perak yang aku beli dan membantu ibu memberishkan ikan dan ayam.

No comments:
Post a Comment