Soalan : Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu untuk menceritakan tentang kejohanan olehraga tahunan sekolah kamu.
________________ ,
________________
Perak Darul Ridzuan.
10 Jun 2026
Menemui sahabatku, Lukman yang berada di Pekan, Pahang. Semoga sihat (1) hendaknya.
Saudara,
Warkah saudara telah saya terima tiga (2) yang lalu. Saya meminta maaf kerana lewat membalasnya. Dalam surat saudara yang terdahulu, saudara ada menceritakan tentang kejohanan olahraga di sekolah saudara.
Untuk pengetahuan saudara, sekolah saya juga telah mengadakan ( 3 ) olahraga. Kejohanan tersebut telah diadakan pada hari Sabtu dua minggu lepas. Saya telah mengambil bahagian dalam beberapa acara.
Kejohanan itu diadakan di padang sekolah kami dengan suasana yang sangat ( 4 ) dan meriah. Ramai ibu bapa dan ( 5 ) yang hadir memberikan sokongan kepada anak masing-masing. Malah, ibu bapa turut mengambil bahagian dalam acara khas iaitu lari dalam guni.
Saya juga mengambil ( 6 ) dalam beberapa acara. Antara acara yang telah saya sertai ialah lari setarus meter, empat kali seratus meter, lontar ( 7 ), lompat jauh dan tarik tali. Saya tidak sangka yang saya memenangi tiga pingat ( 8 ) dan satu pingat perak dalam acara tersebut.
Perkara yang paling mengujakan sekali ialah, saya telah ( 9 ) sebagai olahragawan sekolah. Saya telah menerima piala ( 10 ) dan sebuah hamper.Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudara seisi keluarga di sana. Semoga kita bersua lagi dalam warkah yang akan datang.
Sahabatmu,
Mustakim
|
pusingan |
bahagian |
sejahtera |
kejohanan |
peluru |
|
emas |
penonton |
hari |
ceria |
dinobatkan |