Sunday, 25 October 2026

LATIHAN 114: RAKAN KARIB SAYA

 

Setiap orang tentu mempunyai ramai kawan, sama ada kawan di sekolah, di tempat tinggal dan sebagainya. Saya juga mempunyai seorang kawan yang sangat ( 1 ) dan sangat istimewa. Dialah tempat saya berkongsi suka dan duka, ( 2 )  masalah, berbincang tentang pelajaran dan sebagainya.

     Kami merupakan rakan sebaya. Kami belajar dalam kelas yang sama iaitu Tahun 6 Syabas. Saya telah mengenali rakan ( 3 ) saya ini sejak mula berpindah ke Taman Pulai Jaya tujuh tahun yang lalu. Hubungan kami sangat erat seperti isi dengan kuku

     Ahmad Amin, seorang kanak-kanak lelaki yang bijak, baik hati dan pemurah. Dia mempunyai ( 4 )  wajah yang tenang dan meyakinkan. Dia adalah anak sulung daripada empat orang adik beradik. Ayahnya ialah seorang tentera manakala ibunya pula seorang guru.  Oleh yang demikian dia mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan ( 5 ).

     Bakat kepimpinannya itu ( 6 ) apabila dia sering dilantik sebagai Ketua Kelas dan Pengawas sekolah. Kini dia telah dilantik sebagai Ketua Pengawas sekolah saya. Dalam masa yang sama Ahmad Amin juga ( 7 )  Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengerusi Kelab Ragbi dan Naib Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia.

     Dalam kelas, Ahmad Amin sering mendapat pujian daripada guru-guru. Dia merupakan murid yang ( 8 ) dan berbudi bahasa. Setiap tugasan yang diberikan oleh guru disiapkan tepat pada masanya. Dia tidak pernah ( 9 ) walaupun diberi pelbagai tugas dan tanggungjawab.

     Sebagai rakan karib kami sering berkongsi idea dalam sesi perbincangan kumpulan. Kami ( 10 ) untuk belajar di sekolah menengah yang sama dan menjejakkan kaki ke menara gading bersama-sama apabila dewasa kelak.

 

karismatik

terbukti

merupakan

berazam

raut

merungut

akrab

berdisiplin

karib

berkongsi

 

No comments:

Post a Comment