Pasar
Malam Jalan Tun Perak
Jalan Tun Perak memang
terkenal dengan pasar malamnya. Mana tidaknya, keluasan pasar malam di jalan
Tun Perak ( 1 ) 1.5 kilometer persegi. Hampir segalanya ada di pasar itu.
Pasar Malam Jalan Tun Perak diadakan dua kali seminggu. Sekali pada hari
Isnin dan sekali lagi pada hari Rabu. Pengguna yang berkunjung ke pasar malam
ini terdiri daripada ( 2 ) lima buah
taman dan enam buah kampung.
( 3 ) jam 5.00 petang, selepas solat Asar, pengguna mula membanjiri
pasar malam di Jalan Tun Perak. Suri rumah yang baru pulang kerja tidak terus
ke rumah, sebaliknya mereka berkunjung ke pasar malam dahulu untuk membawa
pulang ( 4 ) dan barang keperluan.
Menjelang pukul 8.00 malam suasanya semakin meriah. Hiruk-pikuk penjual ( 5 ) pelanggan dengan diselang-seli muzik dari ( 6 ) pemain mp3 menjadikan
suasanya tidak ubah macam ( 7 ). Kadang-kala sampai tidak memahami
biji-butir percakapan.
Antara gerai yang mendapat sambutan paling ( 8 ) ialah gerai barang
antik. Gerai barang ( 9 ) milik Pak Abu Koboi sering dipenuhi pelanggan.
Malah ada pelanggan dari daerah dan negeri lain datang ke Pasar Malam Jalan Tun
Perak semata-mata untuk ke gerai barang antik Pak Abu Koboi.
Menjelang jam 10.00 malam keadaan semakin ( 10 ). Pelanggan sudahpun
mula pulang ke rumah. Manakala para peniaga sibuk mengemaskan gerai
masing-masing.
|
Seawal
|
mengeloi
|
antik
|
konsert
|
hangat
|
|
kira-kira
|
gerai
|
penduduk
|
lengang
|
juadah
|
No comments:
Post a Comment