Saturday, 26 September 2026

LATIHAN PENULISAN 109. KARANGAN MUDAH 15 AYAT. KUCING PELIHARAAN SAYA

 

 

 

KUCING PELIHARAAN SAYA

 

Saya sangat suka akan haiwan. Saya ada memelihara beberapa ekor ( 1 ) di rumah. Haiwan itu ialah kucing.

Saya memelihara beberapa ekor kucing ( 2 ). Saya namakan kucing-kucing saya dengan nama Tomi, Ciput, Kuntum dan Molek. Kucing-kucing ini saya letakkan dalam ( 3 ) yang besar.

Tomi ialah kucing jantan yang berbulu ( 4 ). Tomi suka memburu tikus. Sejak membela Tomi, rumah saya sudah bebas daripada tikus.

Pada sebelah siang, saya akan melepaskan keempat-empat ekor kucing di ( 5 ). Kucing-kucing ini suka ( 6 ). Telatah kucing-kucing ini amat menghiburkan hati.

    Pada ( 7 ) apabila hendak tidur, saya masukkan kucing-kucing saya ke dalam sangkar besar. Sangkar itu diletakkan di bahagian dapur rumah. Saya sangat ( 8 ) kucing saya.

 

sebuah sangkar

haiwan peliharaan

hitam dan kelabu

kawasan rumah

sebelah malam

bergurau dan bermain

yang comel

sayang akan

 

LATIHAN PENULISAN 108. KARANGAN MUDAH 15 AYAT. OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH

 

 

 KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH

 Pada hari Sabtu yang lalu sekolahku telah mengadakan kejohanan ( 1 ) sekolah. Kejohanan tersebut diadakan di padang sekolah. Ramai tetamu hadir ke padang untuk menyaksikan olahraga tersebut.

           Acara dimulai dengan ( 2 ) kontijen rumah sukan. Setiap peserta memakai pakaian mengikut ( 3 ) masing-masing. Setiap pasukan diketuai oleh maskot yang memakai pakaian bertemakan animasi.

           Selepas itu, diadakan acara balapan iaitu lari 100 meter, 200 meter dan lagi ( 4 ). Para peserta berlari bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat pertama. Ibu bapa dan penonton menjerit dan ( 5 ) memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

           Aku mengambil bahagian dalam acara ( 6 ). Acara ini diadakan di tengah-tengah padang. Kami bekerjasama menarik tali itu dengan bersemangat, akhirnya pasukanku berjaya ( 7 ).

           Akhir sekali, acara penyampaian hadiah pun diadakan. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Aku sangat gembira kerana aku telah diumumkan sebagai ( 8 ) sekolahku.

 

bertepuk tangan

berganti-ganti

olahraga tahunan

olahragawan

tarik tali

warna rumah

perbarisan masuk

menjadi johan

 

LATIHAN PENULISAN 107. KARANGAN 15 AYAT : SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

 

 

 

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Pada 30 Ogos yang lalu, sekolahku telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan. Sambutan tersebut diadakan di ( 1 ) sekolah. Semua guru dan murid memakai pakaian bertemahan ( 2 ).

          Majlis dimulakan dengan nyanyian (  3 ). Kami menyanyikan ( 4 ), lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan dan lagu sekolah dengan bersemangat. Nyanyian itu dipimpin oleh seorang konduktor.

          Seterusnya, guru besar menyampaikan ucapan dan pesanan. Beliau menasihatkan kami agar sentiasa menunjukkan rasa ( 5 ) kepada negara. Malaysia wajib dikasihi kerana inilah satu-satunya negara kita.

          Selepas itu, beberapa orang murid tampil ke pentas. Mereka memakai pakaian tradisional masyarakat Malaysia seperti, Melayu, Iban, India, Cina dan Punjabi. Mereka mempersembahkan gabungan ( 6 ) pelbagai kaum.

          Akhir sekali, Ketua Pengawas naik ke pentas. Kami melaungkan ungkapan merdeka sebanyak ( 7 ) dengan diketuai oleh Ketua Pengawas. Kami berasa sangat bangga menjadi ( 8 ).

 

dataran perhimpunan

tujuh kali

lagu-lagu rasmi

warna bendera

rakyat Malaysia

tarian tradisional

hormat dan taat

lagu Negaraku

 

 

 

LATIHAN PENULISAN 106. KARANGAN MUDAH 15 AYAT : SAMBUTAN HARI RAYA

 

 

 

SAMBUTAN HARI RAYA

 Pada hari raya Aidilfitri yang lalu aku telah mengikuti keluarga menziarahi rumah jiran. Sebaik sahaja sampai di rumah jiran, kami memberi ( 1 ). Kami bersalam-salaman dengan ( 2 ) dan tetamu yang hadir.

 Rumah jiranku dihias dengan cantik. Lampu warna-warni dan ketupat besar digantung. Jiranku memakai ( 3 ) berwarna kuning.

          Aku dapati ramai orang hadir ke rumah jiranku. Ayah dan ibu berbual-bual dengan rakan-rakan mereka. Aku pula bermain di ( 4 ) dengan beberapa orang rakan-rakan sekolahku.

           Di atas meja, terdapat banyak juadah yang sangat enak. Antaranya ialah ( 5 ), biskut, sate, nasi ayam dan ( 6 ). Aku makan beberapa cucuk sate dan kuih baulu yang merupakan kegemaranku.

                     Sebelum pulang, aku bersalam dengan tuan rumah. Tuan rumah memberikanku ( 7 ) berwarna hijau. Aku ucapkan ( 8 ) dan sangat gembira kerana mendapat duit raya.

 

sekeping sampul

tuan rumah

air sirap

terima kasih

baju sedondon

halaman rumah

ucapan salam

kuih-muih