SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
Pada 30 Ogos yang lalu, sekolahku telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan. Sambutan tersebut diadakan di ( 1 ) sekolah. Semua guru dan murid memakai pakaian bertemahan ( 2 ).
Majlis dimulakan dengan nyanyian ( 3 ). Kami menyanyikan ( 4 ), lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan dan lagu sekolah dengan bersemangat. Nyanyian itu dipimpin oleh seorang konduktor.
Seterusnya, guru besar menyampaikan ucapan dan pesanan. Beliau menasihatkan kami agar sentiasa menunjukkan rasa ( 5 ) kepada negara. Malaysia wajib dikasihi kerana inilah satu-satunya negara kita.
Selepas itu, beberapa orang murid tampil ke pentas. Mereka memakai pakaian tradisional masyarakat Malaysia seperti, Melayu, Iban, India, Cina dan Punjabi. Mereka mempersembahkan gabungan ( 6 ) pelbagai kaum.
Akhir sekali, Ketua Pengawas naik ke pentas. Kami melaungkan ungkapan merdeka sebanyak ( 7 ) dengan diketuai oleh Ketua Pengawas. Kami berasa sangat bangga menjadi ( 8 ).
|
dataran perhimpunan |
tujuh kali |
lagu-lagu rasmi |
warna bendera |
|
rakyat Malaysia |
tarian tradisional |
hormat dan taat |
lagu Negaraku |
No comments:
Post a Comment