Saturday, 26 September 2026

LATIHAN PENULISAN 105. KARANGAN MUDAH 15 AYAT. AKTIVITI CUTI SEKOLAH

 

 

 

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

 Cuti ialah hari berehat daripada bekerja atau bersekolah. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada ( 1 ). Saya suka melakukan pelbagai aktiviti Ketika cuti sekolah.

           Pertama, saya sangat suka membaca buku. Buku yang saya baca ialah ( 2 ) dan komik. Setelah membaca, saya mencatat maklumat buku tersebut dalam ( 3 ) NILAM.

           Kedua, saya juga suka membantu ayah saya membasuh kereta. Biasanya ayah akan membasuh kereta pada ( 4 ). Oleh itu saya pun turut membasuh kereta tersebut, kadang-kadang saya menyiram ayah saya dengan air.

           Akhir sekali, saya tidak lepaskan peluang ke padang. Di padang, saya menyertai kelab ( 5 ). Saya bermain bola sepak bersama ( 6 ) dari sekolah lain.

           Selain itu, saya juga melakukan aktiviti lain seperti membasuh ( 7 ), menyiram ( 8 ), belajar memasak dan sebagainya. Saya gembira melakukan aktiviti ini. Masa cuti saya tidak dibazirkan begitu sahaja.

 

bola sepak

hari Ahad

pokok bunga

buku catatan

kasut sekolah

buku cerita

hari cuti

rakan-rakan

 

No comments:

Post a Comment