Saturday, 26 September 2026

LATIHAN PENULISAN 106. KARANGAN MUDAH 15 AYAT : SAMBUTAN HARI RAYA

 

 

 

SAMBUTAN HARI RAYA

 Pada hari raya Aidilfitri yang lalu aku telah mengikuti keluarga menziarahi rumah jiran. Sebaik sahaja sampai di rumah jiran, kami memberi ( 1 ). Kami bersalam-salaman dengan ( 2 ) dan tetamu yang hadir.

 Rumah jiranku dihias dengan cantik. Lampu warna-warni dan ketupat besar digantung. Jiranku memakai ( 3 ) berwarna kuning.

          Aku dapati ramai orang hadir ke rumah jiranku. Ayah dan ibu berbual-bual dengan rakan-rakan mereka. Aku pula bermain di ( 4 ) dengan beberapa orang rakan-rakan sekolahku.

           Di atas meja, terdapat banyak juadah yang sangat enak. Antaranya ialah ( 5 ), biskut, sate, nasi ayam dan ( 6 ). Aku makan beberapa cucuk sate dan kuih baulu yang merupakan kegemaranku.

                     Sebelum pulang, aku bersalam dengan tuan rumah. Tuan rumah memberikanku ( 7 ) berwarna hijau. Aku ucapkan ( 8 ) dan sangat gembira kerana mendapat duit raya.

 

sekeping sampul

tuan rumah

air sirap

terima kasih

baju sedondon

halaman rumah

ucapan salam

kuih-muih

 

No comments:

Post a Comment