Thursday, 17 March 2016

Latihan Penulisan 44 : Pengalaman menyertai Lawatan Pendidikan (Cerita)

SOALAN : Kamu telah mengikuti satu lawatan pendidikan bersama rakan-rakan sekelas. ceritakan pengalaman tersebut.

Tanggal 21 Disember _____1___, aku dan rakan-rakan sekelasku telah menyertai _______2_____ ke Kuala Kangsar. Kami terdiri daripada 30 orang murid dan 3 orang guru pengiring.

          Dalam lawatan tersebut kami telah berpeluang _____3____ ke beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar. Antaranya ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri yang terletak dalam perjalanan ke Istana Iskandariah tersebut menempatkan koleksi Sultan Azlan Shah, iaitu sultan negeri Perak. Banyak koleksi menarik milik tuanku dipamerkan seperti basikal,  ____4_____, gambar semasa baginda bersekolah dan sebagainya.

          Kami berangkat pula menuju ke Bukit Chandan yang terletak hanya kira-kira 10 minit dari Galeri Sultan Azlan Shah.  Di Bukit Chandan kami berpeluang melihat keunikan  ______5_____ atau juga dikenali sebagai Istana Kuning. Aku begitu kagum melihat sebuah istana besar yang dibina tanpa menggunakan paku. Berhampiran Istana Kenangan kami berpeluang melihat Istana Iskandariah, tempat Sultan Perak bersemayam. ____6______ tidak henti-henti mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

          Sebaik sahaja azan Zuhur berkumandang, kami dibawa ke masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah merupakan sebuah masjid yang sangat unik ____7____. Lapisan _____8____ menjadikan masjid ini sangat sejuk dan selesa. Setelah selesai solat kami melawat ke makam di raja yang terletak di dalam kawasan masjid tersebut.

          Perut mula berkeroncong. Kami dibawa menikmati makan tengah hari di Lembah Sungai Perak. Kami duduk bersantai di sekitar tebing sungai Perak menyaksikan aktiviti ______9_____ membawa penumbang berulang-alik ke seberang. Sambil itu kami menikmati juadah yang telah ditempah di sekitar ____10_____.

          Sedar tidak sedar, kami sudah menghampiri masa yang ditetapkan. Lawatan pendek itu perlu kami laporkan. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh aku dan rakan-rakan kumpulanku mula membahagikan tugasan untuk pembentangan pada hari berikutnya.


tahun lalu
pingat kebesaran
lawatan pendidikan
Istana Kenangan
seni binanya
bot penambang
tebing sungai
batu marmar
menjejakkan kaki
Lensa kamera

Latihan Penulisan 43 : Cara-Cara Untuk Berjaya Dalam pelajaran


Soalan: Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran.


Semua pelajar mahukan kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran. Persoalannya _____1_____ caranya untuk menjadi orang yang berjaya?

          Sekiranya kita mahu berjaya _____2____ beberapa petua. Ketika guru mengajar dalam kelas, tumpukanlah perhatian sepenuhnya. Jangan berbual atau melakukan kerja-kerja lain. Penumpuan semasa guru mengajar akan memastikan seseorang pelajar itu memahami pelajaran yang sedang dipelajari. Sekiranya berlaku _____3____, kemukakan soalan kepada guru yang mengajar.

          Sekolah telah menyediakan banyak tempat yang sesuai dan kondusif untuk belajar. Antaranya ialah pusat sumber, _____4_____ , makmal komputer, pusat akses kendiri, wakaf ilmu dan sebagainya. Gunakanlah tempat-tempat ini dengan bijak pada waktu rehat, sementara menunggu waktu balik dan waktu-waktu lapang yang lain. Tempat-tempat seperti ini sangat sesuai digunakan untuk ____5_____ pelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

          Jika mempunyai kemudahan perkhidmatan internet di rumah, gunakanlah untuk pembelajaran. Banyak laman sesawang yang boleh dilawati bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan maklumat. Antara ______6______ yang elok _____7_____ ialah laman sesawang sekolah, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Score A dan sebagainya. Internet menyediakan banyak maklumat tambahan yang sangat berguna kepada pelajar.

          Seterusnya, siapkanlah tugasan atau ____8_____ yang diberikan oleh guru dalam kadar yang sesegera mungkin. Elakkan daripada bertangguh. Menyiapkan tugasan awal akan membantu kita mengingat pelajaran yang diajar oleh guru. Selain daripada itu amalan ini membantu kita daripada ___9____ dengan tugasan yang tertangguh.

          Sesungguhnya, jika kita mahu berjaya dalam pelajaran, jauhkanlah _____10______ seperti berlengah, malas, suka berbual dan sebagainya. Dengan ini kita pasti berjaya.


bagaimanakah
amalkanlah
bilik akses
laman sesawang
sikap negatif
mengulang kaji
kerja sekolah
terbeban
kekeliruan
dilawati

Latihan Penulisan 42 : Ucapan sempena Hari Guru

Sekolah kamu telah meraikan sambutan Hari Guru, selaku Ketua Pengawas, kamu telah menyampaikan satu ucapan mewakili murid-murid. tulis ucapan kamu tersebut.

          Yang Dimuliakan Saudara Pengerusi Majlis, Yang ____1____ Encik Fattah Bin Rajali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Berkat Setia. Barisan guru-guru yang dihormati serta rakan-rakan _____2____ sekalian. Mewakili seluruh murid Sekolah Kebangsaan Berkat Setia, saya mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru yang kami hormati.

Hadirin sekalian,

          Guru adalah ____3_____ kepada kejayaan murid. Guru merupakan ibu dan bapa yang menggantikan ibu bapa kandung kita. Walaupun kita bukanlah anak-anak kandung mereka, namum mereka tetap ____4____ kita dengan penuh kasih sayang. Justeru saya menyeru kepada rakan-rakan sekalian agar sentiasa menghormati guru.

          Setiap hari kita akan mendengar nasihat dan ___5____ dari mulut guru kita. Mereka tidak pernah berasa jemu memberi nasihat serta bimbingan. Malah ____6____ hari juga kita mendengar pujian dan pujukan ikhlas yang dilafazkan kepada kita.

          Rakan-rakan sekalian. Kita mula mengenal huruf, mengeja, membilang dan membaca. Semua itu adalah hasil titipan ilmu daripada guru kita. Kini ada dalam _____7_____ kita bergelar pemidato, jaguh bercerita, ____8___, johan kuiz, tahfiz dan sebagainya. Bukanlah itu semua bermula daripada seorang guru dalam sebuah kelas?

          Justeru, saya ____9____ kepada rakan-rakan sekalian agar sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada guru di mana sahaja. Kepada semua guru, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf terhadap apa juga ____10____ kami. Terima kasih cikgu. Selamat hari guru.

Sekian, terima kasih.


kealpaan
kalangan
mengasuh
pemuisi
Berusaha
menyeru
teguran
saban
tonggak
seperjuangan

Latihan penulisan 41 : Keperihalan - Tindakan ketika Tayar Basikal Kempis


SOALAN : KAMU DALAM PERJALANAN PULANG DARI AKTIVITI KOKURIKULUM, SESAMPAINYA DI PERTENGAHAN JALAN TAYAR BASIKAL KAMU KEMPIS. PERIHALKAN TINDAKAN KAMU SELANJUTNYA.

Petang itu aku baharu sahaja selesai ____1____ latihan kawad kaki Persatuan Tunas Puteri. Aku merupakan salah seorang daripada peserta yang akan ____2_____ pasukan sekolahku dalam pertandingan kawad statik peringkat negeri. Seperti biasa, aku akan mengayuh basikal kesayanganku ___3____ ke rumah yang kira-kira 30 minit perjalanan.

Entah macam mana, sedang asyik ____4___, aku terlanggar sebongkah kayu. Alamak. Ada paku pula. Aku hilang kawalan, lalu jatuh tertiarap di tepi longkang. Mujur aku tidak apa-apa. Dengan segera aku mengangkat basikalku. Ya Allah. Tayar basikalku kempis, pasti pancit terkena paku.

Aku termenung seketika.  Aku menuntun basikalku menuju ke kedai ____5_____ basikal. Malang sungguh nasibku apabila kudapati kedai itu telah tutup. Aku cuba mengetuk-ngetuk pintu kedai itu beberapa kali. Tetapi sia-sia.

Aku menoleh-noleh ke kiri dan kanan. Aku ternampak sebuah pondok telefon tidak jauh dari situ. Aku segera ke sana untuk ____6____ bapaku. Oh, malang sungguh nasibku! Aku ketiadaan wang syiling. Apa harus ku lakukan?

Dengan membuang perasaan malu aku ____7_____ sebuah kedai makan. Aku menceritakan apa yang telah berlaku. Kejujuranku itu telah meraih simpati peniaga tersebut. Dia ____8____ aku menggunakan telefon bimbitnya. Aku segera menelefon ayahku.

Kira-kira 15 minit kemudian, ayahpun sampai dengan kereta Ford Rangernya. Dia berulang-ulang kali _____9___ terima kasih kepada peniaga yang telah membantu ku tadi. Aku bersyukur kerana selamat pulang ke rumah walaupun hari telah _____10____ senja. Kata orang ’ malu makan perut lapar; malu bertanya sesat jalan’.

menelefon
menghampiri
mengucapkan
membenarkan
membaiki
mewakili
mengayuh
menjalani
menuju
menjelang


Latihan Penulisan 40 : Autobiografi ... Aku Sebuah Komputer



SOALAN : Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Komputer”

Namaku Dell. Aku dilahirkan di luar negara ___1___ Amerika Syarikat. Badanku diperbuat ______2____ aluminium, plastik, getah dan gentian kaca.  Tubuhku berwarna hitam dan merah.

Aku dan rakan-rakanku dilengkapkan dengan monitor, papan kekunci, kabel, unit pemprosesan maklumat, tetikus, pencetak, alat pembesar suara dan sebagainya. Setiap anggota badan kami mempunyai fungsi tertentu. Contohnya papan kekunci. Papan kekunci digunakan ____3____ menaip.

Setelah siap sepenuhnya, aku dan rakanku dimasukkan ___4___ dalam kotak. Kami dibalut dengan selimut khas untuk mengelakkan badan kami daripada luka dan cedera. Kotak-kotak tersebut dimuatkan ke ____5___ kapal kargo. Kami berlayar merentasi lautan menuju ke Malaysia.

Di Malaysia aku dan rakanku dibawa pula menuju ke pelbagai destanasi. Aku dihantar ke sebuah toko komputer di Ipoh. Di toko ___6___ aku dipamerkan di ____7____ meja bersama rakan-rakanku yang lain. Ada komputer riba, telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya.

Aku dapati ada seseorang memerhatikanku. Dia membelek-belek badanku. Dia bercakap-cakap ___8___ pemilik toko itu. Setelah membayar kira-kira RM1,700.00, aku dibawa pulang ke rumahnya.

Di rumah, aku diletakkan ___9___ sebuah bilik khas. Dalam bilik itu aku menjalankan tugas untuk membantu tuanku. Aku digunakan untuk melayari internet, menaip, melukis, mendengar lagu, menonton video ___10___ sebagainya. Aku gembira dapat memberikan khidmat sebagai komputer untuk manusia.


ke
iaitu
dalam
dan
atas
untuk
daripada
di
dengan
ini

Monday, 15 February 2016

Latihan Penulisan 39 ( Catatan Sambutan Hari Guru)

SOALAN : Sekolah kamu telah mengadakan majlis sambutan hari guru. Tulis laporan tentang sambutan tersebut.

Lengkapkan karangan di bawah dengan perkataan kamu sendiri.


16 Mei 2015

7.30 pagi.
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan __________________ berhimpun di dataran perhimpunan. Majlis sambutan hari guru disambut dengan serba sederhana tetapi tetap meriah.

Acara rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi seperti lagu Negaraku, Negeri Perak dan lagu sekolah. Sejurus selepas itu, Tuan Guru Besar, ___________________ menyampaikan ucapan alu-aluan. Ketua Pengawas sekolah, ___________________ pula berucap bagi mewakili murid-murid. Dalam ucapan mereka, kami disarankan agar sentiasa menghormati guru sepanjang masa.

8.00 pagi
Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan “Kembali ke Sekolah”. Justeru para guru memakai pakaian murid-murid sekolah. Penampilan para guru sungguh berbeza dan sangat ceria. Sebaik sahaja ucapan ditamatkan kami berpeluang menyaksikan persembahan oleh guru-guru.

Terdapat beberapa persembahan yang dipersembahkan seperti __________, __________ dan _________. Kami sangat kagum dengan bakat dan kebolehan guru-guru sekolah ini. Persembahan yang paling menarik ialah _______________ yang disertai oleh __________________.

10.00 pagi
Aktiviti yang sangat mengujakan kami ialah pertandingan ______________ antara guru dengan murid tahun 6. Dalam pertandingan tersebut para peserta dikehendaki _____________. Pasukan ______________ telah berjaya memperolehi kemenangan.

12.00 tengah hari

Setelah menamatkan pelbagai acara yang sangat menarik kami berkumpul di __________. Murid-murid mengambil kesepatan untuk menyampaikan hadiah dan bingkisan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan. Aku sendiri tidak lupa menitipkan ___________ kepada ____________ yang menjadi idolaku.

Wednesday, 13 January 2016

LATIHAN PENULISAN 38 (CATATAN PERCUTIAN)



KAMU SEKELUARGA TELAH BERCUTI KE SEBUAH DESTENASI PELANCONGAN, TULIS CATATAN TENTANG PERCUTIAN TERSEBUT TERSEBUT.

CATATAN PERCUTIAN DI A FAMOSA RESORT MELAKA

Sabtu, 9 Disember 2015

8.00 pagi
Kami sekeluarga tiba di A-Famosa Resort, Melaka. Ayah mendaftar di ___________ untuk mendapatkan chalet yang telah ditempah.

9.00 pagi
Setelah menikmati sarapan, kami bermandi-manda di ____________ yang terletak berhampiran chalet. Di sana saya, abang dan kakak mandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti di kolam sepuas-puasnya.

Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah menuruni papan gelongsor air setinggi bangunan 5 tingkat dan mendayung _________. Ayah dan ibu memerhatikan gelagat kami.

9.00 malam
Setelah makan malam, kami ke pertunjukan ‘Wild-Wild West’. Pertunjukan itu mengambil masa kira-kira 90 minit. Saya menyaksikan persembahan haiwan, badut, __________ dan bunga api. Sebelum balik ke chalet saya sekeluarga bermain pelbagai permainan yang disediakan.

Ahad, 10 Disember 2015

9.00 pagi
Kami pergi ke Taman Safari untuk menyaksikan persembahan haiwan. Di situ saya melihat persembahan unggas, gajah, harimau dan lakonan koboi. Para penonton yang menyaksikannya __________ dengan kebijaksanaan haiwan-haiwan tersebut.

3.00 petang
Percutian kami di Melaka diteruskan lagi. Kami bergerak ke Bandar Melaka untuk mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah dan melawat beberapa tempat menarik di sana.


sangat terhibur
rakit getah
kaunter pendaftaran
kereta berhias
taman tema air