Saturday, 19 March 2016

LATIHAN PENULISAN 49 : Menyambung cerita ..... penutup diberikan


SOAOLAN : Sudahkan karangan kamu dengan ayat berikut
…….. ibu memuji tindaku itu. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa.

Kebakaran Di Kampungku

Petang itu aku dan ibu menonton televisyen rancangan kegemaran kami iaitu rancangan Motivasi Diri. Sedang asyik ( 1 ) aku terbau sesuatu yang tidak menyenangkan.  Bau itu adalah bau benda hangit.

    Aku segera ( 2 ) ke muka pintu. Aku terlihat asap hitam di udara betul-betul di atas bumbung rumah Rajesh. Oh tidak! Rumah Rajesh terbakar. Aku memberitahu kejadian itu kepada ibuku. Ibu segera menelefon pihak bomba.

    Tanpa ( 3 ) masa aku berlari mengetuk pintu rumah jiran-jiranku. Mereka segera keluar rumah untuk membantu memadamkan api yang marak ( 4 ) rumah rajesh. Kami cuba sedaya upaya yang boleh untuk membantu ( 5 ) rumah Rajesh dari hangus.

    Aku ternampak adik Rajesh yang berusia empat tahun di belakang rumah. Tanpa berfikir panjang aku ( 6 ) dan memanjat pagar untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Aku segera ( 7 ) kanak-kanak itu ke kawasan lapang. Syukurlah kerana aku sempat menyelamatkannya.

   Adik rajesh menangis kerana terkejut. Aku ( 8 ) agar berhenti menangis. Aku mendukung Selvi menuju ke arah ibunya yang sedang menangis kerana bimbangkan keselamatan Selvi. Sebaik sahaja melihat aku bersama Selvi, ibu Rajesh segera berlari ke arah aku lalu ( 9 ) anak bongsunya.

   Ibu Rajesh ( 10 ) terima kasih kepadaku kerana kepantasanku telah menyelamatkan nyawa anaknya. Semua orang memuji tindakan aku, ibu juga memuji tindakanku itu. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa.


mendapatkan
menjengah
melengahkan
melompat
memujuknya
menyelamatkan
mendukung
menonton
mengucapkan
menjilat

LATIHAN PENULISAN 48 : Faedah menyertai Aktiviti Kokurikulum ( Fakta )

SOALAN : Tulis sebuah karangan bertajuk faedah menyertai aktiviti kokurikulum.

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum.

Kokurikulum ialah aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah di ( 1 ). Menyertai aktiviti kokurikulum sangat banyak faedahnya.

    Melalui penglibatan dalam kokurikulum seseorang murid akan memperolehi banyak pengalaman baharu. Pengalaman sebenar seperti menyertai ( 2 ) dan lawatan akan menambahkan lagi kefahaman murid tentang aktiviti luar ( 3 ).

    Di samping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. ( 4 ) pada sebelah petang akan terbazir begitu sahaja jika tidak diurus dengan baik. Justeru penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti 1 murid 1 sukan akan menjanjikan masa terluang diisi dengan ( 5 ) yang menyihatkan badan.

    Dalam aktiviti kokurikulum murid-murid dipupuk dengan semangat setia kawan. Aktiviti ( 6 ) bukan sahaja memupuk disiplin malah boleh menjalinkan semangat setia kawan antara murid. Aktiviti berkumpulan seperti kawad, pertandingan, memasang khemah dan ( 7 ) menggalakkan murid bersaing secara sihat.

    Bagi murid-murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu seperti bersajak, berpidato, bercerita, bernasyid dan sebagainya, bakat ini boleh ( 8 ) melalui pertandingan ( 9 ). Murid yang berminat akan dilatih oleh guru-guru bagi mewakili kelas, persatuan atau sekolah. Secara tidak langsung bakat yang ada akan dimanfaat sebaik-baiknya.

    Jelaslah bahawa aktiviti ( 10 ) sangat banyak mafaatnya kepada murid-murid. Pilihlah aktiviti yang paling sesuai dengan minat anda, pasti masa dan bakat anda tidak akan sia-sia.

Masa senggang
luar kelas
unit beruniform
aktiviti riadah
permainan kecil
perkhemahan
ko-akademik
bilik darjah
kokurikulum
digilap


LatihanPenulisan 47 : Surat Kiriman Kepada Sahabat Tentang Rumah Baharu.

SOALAN : kamu telah berpindah ke rumah baru, tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang suasana sekitar rumah baru kamu tersebut

                                                                                      No. _____________,                                                                                                                     ___________,
                                                                                      __________________,
                                                                                                           
                                                                                                                                                                                                                                                             ____(tarikh)____ 201_

           Menemui sahabatku ___(nama)___ yang berada di ___(tempat)___. Apa khabar saudara/i_ sekarang? Saya berharap agar saudara/i__ berada dalam keadaan sihat.  Untuk pengetahuan saaudara/i_, saya telah berpindah ke rumah baru. Oleh itu, jika ingin berutus surat kepada saya, gunakanlah _____1____ yang tertera di atas.
          
           Ayah saya telah membeli rumah di taman perumahan ini. Rumah saya  mempunyai lima buah bilik tidur. Rumah ini terletak di _____2___ tepi. Halamannya agak __3___. Jadi, ayah dan ibu bercadang untuk menanam bunga dan sayur-sayuran di situ nanti.

           Sekolah saya pula terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah. Saya dan kakak pergi ke sekolah dengan _____4______ bas. Keadaan di sini tidak seperti rumah saya di Tanjung Piandang yang jauh daripada kesesakan dan _____5______ kenderaan. Maklumlah kawasan bandar yang sedang membangun.
            
           Walaupun begitu, saya gembira tinggal di sini, rumah saya terletak berhampiran dengan padang permainan dan tasik yang luas dan cantik. Saya selalu ____6______ di sana setiap hujung minggu. Saya ingin menjemput saudari datang ke rumah saya pada __7____ persekolahan yang akan datang. Nanti, bolehlah kita _____8_____ dan menikmati keindahan taman dan tasik itu bersama-sama.   Saya berharap semoga kita bertemu dan bertukar-tukar ___9____ seperti selalu. 

           Sekianlah sahaja buat kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam _____10_____ yang lain.

                                                                                                            Sahabatmu,
                                                            ------- tandatangan ------


berjoging
idea
warkah
luas
cuti
alamat
mengenderai
sudut
hiruk-pikuk
berkelah

Friday, 18 March 2016

LATIHAN PENULISAN 46 : Ucapan Perpisahan (Guru berpindah sekolah)

Soalan. Seorang guru kamu akan berpindah sekolah. Selaku Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan. Tulis ucapan tersebut.

Ucapan Perpisahan

Yang dimuliakan ____1___ Pengacara Majlis, yang dihormati lagi dikasihi (___________). Guru-guru serta rakan-rakan ____2____ sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap bagi mewakili murid-murid sekolah ini.

Hadirin sekalian,
(____________) telah kami anggap seperti ibu kami sendiri. Beliau telah mendidik kami selama dua tahun iaitu sejak dari tahun 4 dan 5 lagi. Dalam tempoh dua tahun ini banyak ___3____ yang telah kami perolehi daripada (___________).  Lebih-lebih lagi beliau merupakan guru kelas kami bagi kedua-dua tahun tersebut.

Sepanjang menjadi anak murid, kami tahu bahawa kami banyak melakukan perkara yang tidak ____4____ cikgu. Maafkan akan segala _____5____ kami. Kami bukannya sengaja. Maklumlan kami ibarat budak yang sedang belajar. Salah dan silap harap maafkan.

Kami memohon kepada cikgu agar menghalalkan segala ___6____ ilmu dan bakti kepada kami. Doakanlah kejayaan kami di sekolah ini. Kami juga akan sentiasa mendoakan cikgu, jangan _____7___ kami di sini.

Akhir kata, terimalah beberapa _____8____ dan cenderadurja daripada kami anak-anak didikmu. Saya dedikasikan ____9_____ pantun khas untuk cikgu.

Kuala Juru bersawah bendang,
Di situ ikan puyu _____10_____,
Jasamu guru tidak dilulapakan;
Ke akhir hayat akan dikenang.

Sekian, terima kasih.

berenang
curahan
serangkap
kekhilafan
saudara
pengalaman
lupakan
bingkisan
menyenangkan
seperjuangan


LATIHAN PENULISAN 45 : PENGALAMAN BERCUTI DI KAMPUNG

SOALAN : Kamu telah berpeluang bercuti di kampung bersama datuk dan nenek. Gambarkan suasana semasa berada di kampung kamu.

Cuti penggal persekolahan yang lalu, aku dan keluarga berkesempatan tinggal dengan datuk dan ___1__ di kampung. Kampung datuk terletak di _________. Kami tinggal di sana selama _____ hari.

Sepanjang tinggal di kampung aku telah menimba banyak ___2___ yang sangat berharga. Di hadapan rumah datuk terbentang sawah __3__ yang luas. Aku dan sepupuku berpeluang belajar menanam padi. Kami menanam padi menggunakan kuku kambing.

Sambil menanam padi aku dan sepupuku bermain ___4___ dalam sawah yang penuh dengan lumpur. Badan kami bersalut dengan lumpur sawah tidak ubah macam___5__. Datuk hanya menggelengkan kepala melihat telatah kami. Untuk membersihkan badan, kami __6_____ di sungai.

Di kampung datuk aku berkenalan dengan beberapa orang kawan baru. Mereka sangat ramah dan berbudi bahasa. Pada waktu petang kami bermain___7____, __8____, galah panjang dan macam-macam lagi. Nama rakan-rakan baharuku ialah ______, _______, _______ dan ______.

Setelah ____9__ tinggal di kampung, aku perlu pulang kerana sekolah akan dibuka tidak lama lagi. Pengalaman bersama rakan-rakan baru dan suasana ___10___ di kampung sentiasa segar dalam ingatanku. Inilah percutian yang paling menarik dalam hidupku.


padi
layang-layang
pengalaman
mandi-manda
seminggu
damai
nenek
kerbau
kejar-kejar
congkak

Thursday, 17 March 2016

Latihan Penulisan 44 : Pengalaman menyertai Lawatan Pendidikan (Cerita)

SOALAN : Kamu telah mengikuti satu lawatan pendidikan bersama rakan-rakan sekelas. ceritakan pengalaman tersebut.

Tanggal 21 Disember _____1___, aku dan rakan-rakan sekelasku telah menyertai _______2_____ ke Kuala Kangsar. Kami terdiri daripada 30 orang murid dan 3 orang guru pengiring.

          Dalam lawatan tersebut kami telah berpeluang _____3____ ke beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar. Antaranya ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri yang terletak dalam perjalanan ke Istana Iskandariah tersebut menempatkan koleksi Sultan Azlan Shah, iaitu sultan negeri Perak. Banyak koleksi menarik milik tuanku dipamerkan seperti basikal,  ____4_____, gambar semasa baginda bersekolah dan sebagainya.

          Kami berangkat pula menuju ke Bukit Chandan yang terletak hanya kira-kira 10 minit dari Galeri Sultan Azlan Shah.  Di Bukit Chandan kami berpeluang melihat keunikan  ______5_____ atau juga dikenali sebagai Istana Kuning. Aku begitu kagum melihat sebuah istana besar yang dibina tanpa menggunakan paku. Berhampiran Istana Kenangan kami berpeluang melihat Istana Iskandariah, tempat Sultan Perak bersemayam. ____6______ tidak henti-henti mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

          Sebaik sahaja azan Zuhur berkumandang, kami dibawa ke masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah merupakan sebuah masjid yang sangat unik ____7____. Lapisan _____8____ menjadikan masjid ini sangat sejuk dan selesa. Setelah selesai solat kami melawat ke makam di raja yang terletak di dalam kawasan masjid tersebut.

          Perut mula berkeroncong. Kami dibawa menikmati makan tengah hari di Lembah Sungai Perak. Kami duduk bersantai di sekitar tebing sungai Perak menyaksikan aktiviti ______9_____ membawa penumbang berulang-alik ke seberang. Sambil itu kami menikmati juadah yang telah ditempah di sekitar ____10_____.

          Sedar tidak sedar, kami sudah menghampiri masa yang ditetapkan. Lawatan pendek itu perlu kami laporkan. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh aku dan rakan-rakan kumpulanku mula membahagikan tugasan untuk pembentangan pada hari berikutnya.


tahun lalu
pingat kebesaran
lawatan pendidikan
Istana Kenangan
seni binanya
bot penambang
tebing sungai
batu marmar
menjejakkan kaki
Lensa kamera

Latihan Penulisan 43 : Cara-Cara Untuk Berjaya Dalam pelajaran


Soalan: Tulis sebuah karangan tentang cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran.


Semua pelajar mahukan kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran. Persoalannya _____1_____ caranya untuk menjadi orang yang berjaya?

          Sekiranya kita mahu berjaya _____2____ beberapa petua. Ketika guru mengajar dalam kelas, tumpukanlah perhatian sepenuhnya. Jangan berbual atau melakukan kerja-kerja lain. Penumpuan semasa guru mengajar akan memastikan seseorang pelajar itu memahami pelajaran yang sedang dipelajari. Sekiranya berlaku _____3____, kemukakan soalan kepada guru yang mengajar.

          Sekolah telah menyediakan banyak tempat yang sesuai dan kondusif untuk belajar. Antaranya ialah pusat sumber, _____4_____ , makmal komputer, pusat akses kendiri, wakaf ilmu dan sebagainya. Gunakanlah tempat-tempat ini dengan bijak pada waktu rehat, sementara menunggu waktu balik dan waktu-waktu lapang yang lain. Tempat-tempat seperti ini sangat sesuai digunakan untuk ____5_____ pelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

          Jika mempunyai kemudahan perkhidmatan internet di rumah, gunakanlah untuk pembelajaran. Banyak laman sesawang yang boleh dilawati bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan maklumat. Antara ______6______ yang elok _____7_____ ialah laman sesawang sekolah, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Score A dan sebagainya. Internet menyediakan banyak maklumat tambahan yang sangat berguna kepada pelajar.

          Seterusnya, siapkanlah tugasan atau ____8_____ yang diberikan oleh guru dalam kadar yang sesegera mungkin. Elakkan daripada bertangguh. Menyiapkan tugasan awal akan membantu kita mengingat pelajaran yang diajar oleh guru. Selain daripada itu amalan ini membantu kita daripada ___9____ dengan tugasan yang tertangguh.

          Sesungguhnya, jika kita mahu berjaya dalam pelajaran, jauhkanlah _____10______ seperti berlengah, malas, suka berbual dan sebagainya. Dengan ini kita pasti berjaya.


bagaimanakah
amalkanlah
bilik akses
laman sesawang
sikap negatif
mengulang kaji
kerja sekolah
terbeban
kekeliruan
dilawati