Tuesday, 21 March 2017

LATIHAN PENULISAN 52 : Menjemput Rakan Bercuti Bersama-sama (surat kiriman)

 Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menjemputnya bercuti ke tempat menarik berhampiran dengan rumah kamu.

                                                                     19A, Lorong Cendekiawan,
                                                                          Desa Cendekiawan Jaya,
                                                           31300 Kampung Kepayang
                                                                                        Perak Darul Ridzuan

                                                                                              20 Mac 2017

Menemui sahabatku _________ yang berada di _____. Saya mendoakan agar saudara/saudari dalam keadaan sihat sejahtera.

Sahabatku,

          Cuti persekolahan akan ditempuhi tidak berapa lama sahaja lagi. Tentu cuti panjang ini akan menjadi (1) jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, saya ingin (2) saudara/saudari datang ke Kampung Kepayang, Perak. Bercutilah bersama-sama saya di sini.

          Di sini terdapat banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi nanti. Lubuk Timah merupakan sebuah kawasan (3) yang terkenal. Air terjun dan kolam air panas semula jadi di sini pasti (4). Kita boleh berendam untuk menyihatkan badan.

          Tidak jauh daripada rumah saya, terdapat sebuah tempat (5) yang menjadi kunjungan ramai. Kallies Castle terletak kira-kira 10 minit dari rumah saya. Bangunan bersejarah peninggalan pegawai British ini tidak pernah lekang daripada (6) orang ramai.

          Tidak jauh dari situ terdapat pula sebuah kawasan penanaman pokok-pokok (7). Taman Herba Negeri Perak tentu menarik minat ibu bapa saudara/saudari. Bukankah mereka merupakan peminat pokok-pokok herba. Bolehlah mereka membeli anak-anak (8) untuk dibawa pulang dan ditanam di sekitar rumah.

          Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang boleh kita kunjungi nanti. Apa yang penting saya menunggu kedatangan saudara/saudari ke sini. Ajaklah (9) bersama-sama. Tentang penghinapan, tidak ada masalah. Rumah saya sentiasa terbuka untuk anda sekeluarga. Saya menunggu kedatangan saudara/saudari sekeluarga.

                                                                                                                      Sekian,_(10).

                                                                                                                 Aina Ulfah

herba
sahabatmu
ahli keluarga
mengajak
benih
perkelahan
bersejarah
kunjungan
bosan
mempesonakan

Saturday, 19 March 2016

LATIHAN PENULISAN 51 : Guru Yang Saya Kagumi

SOALAN : Setiap murid mempunyai seseorang guru yang dikagumi, begitu juga dengan kamu. Tulis sebuah karangan tentang guru yang paling kamu kagumi.

Ayah Chu Yang Dikagumi

Berasal dari Chemor, Perak. Beperwatakan menarik, tegas, kemas, ( 1 ) dan berdisiplin. Itulah ( 2 ) guru yang paling saya kagumi di sekolah ini. Kami memanggilnya Ayah Chu.

          Ayah Chu adalah guru bahasa Melayu di sekolah saya. Semua murid sekolah ini terutama murid-murid tahun 6 Makmur dan 6 Sejahtera ( 3 ) guru ini. Ayah Chu mempunyai keperibadian yang menarik, beliau sentiasa berpakaian kemas. Rambutnya ( 4 ) rapi. Pergerakannya pantas dan bertenaga.

          Sekiranya sekolah mengadakan acara besar, Ayah Chu akan tampil sebagai pengacara. Saya sangat suka cara beliau ( 5 ) majlis. Beliau menggunakan bahasa yang indah diselang-seli dengan pantun dan jenaka yang ( 6 ) situasi.

          Ketika mengajar, Ayah Chu sangat mementingkan disiplin, beliau tidak akan memulakan pengajaran sehinggalah semua murid benar-benar bersedia. Kami semua sangat suka dengan cara beliau mengajar. Beliau akan menerangkan satu persatu frasa, klausa dan ayat sehinggalah kami benar-benar faham sesuatu tajuk yang disampaikan.

          Cara pengajaran beliau yang tegas dan sesekali diselitkan unsur ( 7 ) membuatkan kami lebih faham lagi. Kami dididik supaya sentiasa ( 8 ) sekiranya tidak memahami sesuatu perkara. Dengan cara ini saya mendapati ( 9 ) markah dalam Pemahaman dan Penulisan kami semakin meningkat.

          Sesungguhnya saya sangat mengagumi Cikgu  Mohd Tarmizi Bin Amin yang kami panggil sebagai Ayah Chu. Saya berazam untuk mengikuti ( 10 ) dan  perwatakan beliau.


gerangannya
mengagumi
mengendalikan
kecindan
humor
keperibadian
pencapaian
disisir
menghidupkan
bertanya


LATIHAN PENULISAN 50 : Kebaikan Menyertai Seni Mempertahankan Diri

SOALAN : Seni mempertahanlan diri banyak manfaatnya kepada kita. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan menyertai seni mempertahankan diri.


Silat merupakan salah satu daripada seni mempertahankan diri yang terkenal dalam negara ini. Silat adalah seni ( 1 ) masyarakat Melayu. Terdapat beberapa jenis silat seperti Silat Gayung Fatani, Silat Pulut, Silat Sendeng dan ( 2 ).

    Untuk belajar silat, kita hendaklah mempelajarinya daripada seseorang ( 3 ). Kini kita dikehendaki mendaftar sebagai ahli persatuan sesebuah perguruan silat jika mahu mempelajarinya. Persatuan  ( 4 ) terdapat di mana-mana jua, seperti di sekolah, taman perumahan dan peringkat negeri.

    Mempelajari silat banyak manfaatnya. Salah satu manfaat silat ialah mendidik kita dengan disiplin diri. Seseorang anggota ( 5 ) dikehendaki mengamalkan beberapa peraturan tertentu seperti menepati masa, menghormati orang yang ( 6 ) dan patuh akan undang-undang negara.

    Di samping itu, kita boleh mempertahankan ( 7 ) daripada sebarang gangguan. Kejadian buli dan samseng yang banyak berlaku pada hari ini memerlukan kita agar sentiasa berwaspada. Dengan adanya pengetahuan dalam seni silat, kita boleh melindungi diri sendiri.

    Selain itu, persatuan silat turut dianggotai oleh masyarakat pelbagai kaum sama ada dari dalam atau ( 8 ). Melalui silat kita boleh memupuk semangat kemasyaratan dan bertoleransi antara satu ( 9 ).

    Selain daripada silat, terdapat banyak lagi seni bela diri yang boleh dipelajari seperti silambam, taekwondo, ( 10 ) dan kung fu. Ke semua seni mempertahankan diri ini memberi banyak kebaikan untuk kita.


bela diri
guru terlatih
Silat Cekak
seni silat
lebih tua
diri sendiri
perguruan silat
luar negara
tai chi
sama lain

LATIHAN PENULISAN 49 : Menyambung cerita ..... penutup diberikan


SOAOLAN : Sudahkan karangan kamu dengan ayat berikut
…….. ibu memuji tindaku itu. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa.

Kebakaran Di Kampungku

Petang itu aku dan ibu menonton televisyen rancangan kegemaran kami iaitu rancangan Motivasi Diri. Sedang asyik ( 1 ) aku terbau sesuatu yang tidak menyenangkan.  Bau itu adalah bau benda hangit.

    Aku segera ( 2 ) ke muka pintu. Aku terlihat asap hitam di udara betul-betul di atas bumbung rumah Rajesh. Oh tidak! Rumah Rajesh terbakar. Aku memberitahu kejadian itu kepada ibuku. Ibu segera menelefon pihak bomba.

    Tanpa ( 3 ) masa aku berlari mengetuk pintu rumah jiran-jiranku. Mereka segera keluar rumah untuk membantu memadamkan api yang marak ( 4 ) rumah rajesh. Kami cuba sedaya upaya yang boleh untuk membantu ( 5 ) rumah Rajesh dari hangus.

    Aku ternampak adik Rajesh yang berusia empat tahun di belakang rumah. Tanpa berfikir panjang aku ( 6 ) dan memanjat pagar untuk menyelamatkan kanak-kanak itu. Aku segera ( 7 ) kanak-kanak itu ke kawasan lapang. Syukurlah kerana aku sempat menyelamatkannya.

   Adik rajesh menangis kerana terkejut. Aku ( 8 ) agar berhenti menangis. Aku mendukung Selvi menuju ke arah ibunya yang sedang menangis kerana bimbangkan keselamatan Selvi. Sebaik sahaja melihat aku bersama Selvi, ibu Rajesh segera berlari ke arah aku lalu ( 9 ) anak bongsunya.

   Ibu Rajesh ( 10 ) terima kasih kepadaku kerana kepantasanku telah menyelamatkan nyawa anaknya. Semua orang memuji tindakan aku, ibu juga memuji tindakanku itu. Aku bersyukur kerana dapat membantu mangsa.


mendapatkan
menjengah
melengahkan
melompat
memujuknya
menyelamatkan
mendukung
menonton
mengucapkan
menjilat

LATIHAN PENULISAN 48 : Faedah menyertai Aktiviti Kokurikulum ( Fakta )

SOALAN : Tulis sebuah karangan bertajuk faedah menyertai aktiviti kokurikulum.

Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum.

Kokurikulum ialah aktiviti yang melibatkan murid-murid sekolah di ( 1 ). Menyertai aktiviti kokurikulum sangat banyak faedahnya.

    Melalui penglibatan dalam kokurikulum seseorang murid akan memperolehi banyak pengalaman baharu. Pengalaman sebenar seperti menyertai ( 2 ) dan lawatan akan menambahkan lagi kefahaman murid tentang aktiviti luar ( 3 ).

    Di samping itu, masa yang terluang dapat diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. ( 4 ) pada sebelah petang akan terbazir begitu sahaja jika tidak diurus dengan baik. Justeru penglibatan dalam aktiviti kokurikulum seperti 1 murid 1 sukan akan menjanjikan masa terluang diisi dengan ( 5 ) yang menyihatkan badan.

    Dalam aktiviti kokurikulum murid-murid dipupuk dengan semangat setia kawan. Aktiviti ( 6 ) bukan sahaja memupuk disiplin malah boleh menjalinkan semangat setia kawan antara murid. Aktiviti berkumpulan seperti kawad, pertandingan, memasang khemah dan ( 7 ) menggalakkan murid bersaing secara sihat.

    Bagi murid-murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu seperti bersajak, berpidato, bercerita, bernasyid dan sebagainya, bakat ini boleh ( 8 ) melalui pertandingan ( 9 ). Murid yang berminat akan dilatih oleh guru-guru bagi mewakili kelas, persatuan atau sekolah. Secara tidak langsung bakat yang ada akan dimanfaat sebaik-baiknya.

    Jelaslah bahawa aktiviti ( 10 ) sangat banyak mafaatnya kepada murid-murid. Pilihlah aktiviti yang paling sesuai dengan minat anda, pasti masa dan bakat anda tidak akan sia-sia.

Masa senggang
luar kelas
unit beruniform
aktiviti riadah
permainan kecil
perkhemahan
ko-akademik
bilik darjah
kokurikulum
digilap


LatihanPenulisan 47 : Surat Kiriman Kepada Sahabat Tentang Rumah Baharu.

SOALAN : kamu telah berpindah ke rumah baru, tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan tentang suasana sekitar rumah baru kamu tersebut

                                                                                      No. _____________,                                                                                                                     ___________,
                                                                                      __________________,
                                                                                                           
                                                                                                                                                                                                                                                             ____(tarikh)____ 201_

           Menemui sahabatku ___(nama)___ yang berada di ___(tempat)___. Apa khabar saudara/i_ sekarang? Saya berharap agar saudara/i__ berada dalam keadaan sihat.  Untuk pengetahuan saaudara/i_, saya telah berpindah ke rumah baru. Oleh itu, jika ingin berutus surat kepada saya, gunakanlah _____1____ yang tertera di atas.
          
           Ayah saya telah membeli rumah di taman perumahan ini. Rumah saya  mempunyai lima buah bilik tidur. Rumah ini terletak di _____2___ tepi. Halamannya agak __3___. Jadi, ayah dan ibu bercadang untuk menanam bunga dan sayur-sayuran di situ nanti.

           Sekolah saya pula terletak kira-kira tiga kilometer dari rumah. Saya dan kakak pergi ke sekolah dengan _____4______ bas. Keadaan di sini tidak seperti rumah saya di Tanjung Piandang yang jauh daripada kesesakan dan _____5______ kenderaan. Maklumlah kawasan bandar yang sedang membangun.
            
           Walaupun begitu, saya gembira tinggal di sini, rumah saya terletak berhampiran dengan padang permainan dan tasik yang luas dan cantik. Saya selalu ____6______ di sana setiap hujung minggu. Saya ingin menjemput saudari datang ke rumah saya pada __7____ persekolahan yang akan datang. Nanti, bolehlah kita _____8_____ dan menikmati keindahan taman dan tasik itu bersama-sama.   Saya berharap semoga kita bertemu dan bertukar-tukar ___9____ seperti selalu. 

           Sekianlah sahaja buat kali ini. Semoga berjumpa lagi dalam _____10_____ yang lain.

                                                                                                            Sahabatmu,
                                                            ------- tandatangan ------


berjoging
idea
warkah
luas
cuti
alamat
mengenderai
sudut
hiruk-pikuk
berkelah

Friday, 18 March 2016

LATIHAN PENULISAN 46 : Ucapan Perpisahan (Guru berpindah sekolah)

Soalan. Seorang guru kamu akan berpindah sekolah. Selaku Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan. Tulis ucapan tersebut.

Ucapan Perpisahan

Yang dimuliakan ____1___ Pengacara Majlis, yang dihormati lagi dikasihi (___________). Guru-guru serta rakan-rakan ____2____ sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap bagi mewakili murid-murid sekolah ini.

Hadirin sekalian,
(____________) telah kami anggap seperti ibu kami sendiri. Beliau telah mendidik kami selama dua tahun iaitu sejak dari tahun 4 dan 5 lagi. Dalam tempoh dua tahun ini banyak ___3____ yang telah kami perolehi daripada (___________).  Lebih-lebih lagi beliau merupakan guru kelas kami bagi kedua-dua tahun tersebut.

Sepanjang menjadi anak murid, kami tahu bahawa kami banyak melakukan perkara yang tidak ____4____ cikgu. Maafkan akan segala _____5____ kami. Kami bukannya sengaja. Maklumlan kami ibarat budak yang sedang belajar. Salah dan silap harap maafkan.

Kami memohon kepada cikgu agar menghalalkan segala ___6____ ilmu dan bakti kepada kami. Doakanlah kejayaan kami di sekolah ini. Kami juga akan sentiasa mendoakan cikgu, jangan _____7___ kami di sini.

Akhir kata, terimalah beberapa _____8____ dan cenderadurja daripada kami anak-anak didikmu. Saya dedikasikan ____9_____ pantun khas untuk cikgu.

Kuala Juru bersawah bendang,
Di situ ikan puyu _____10_____,
Jasamu guru tidak dilulapakan;
Ke akhir hayat akan dikenang.

Sekian, terima kasih.

berenang
curahan
serangkap
kekhilafan
saudara
pengalaman
lupakan
bingkisan
menyenangkan
seperjuangan