Tuesday, 9 July 2024

PENULISAN 85 : CATATAN KEJADIAN MEMBANTERAS KEJADIAN PECAH RUMAH

 TULIS SEBUAH KARANGAN CATATAN TENTANG PERISTIWA MEMBANTERAS PECAH RUMAH DI KAWASAN PERUMAHAN KAMU

Sabtu, 15 Mei 2024

9:30 malam

Sebaik sahaja pulang dari menunaikan solat isyak di surau, aku terus ke Dewan Orang Ramai Taman Bersatu. Di situ aku dan beberapa orang penduduk belajar silat ( 1 ) Pak Long Ramli. ( 2 ) merupakan guru silat di kawasan kediaman kami.

Aku dan rakan-rakanku berlatih pergerakan seni Silat Gayong Fatani ( 3 ) tekun. Kami berlatih menumbuk dan menempis secara berpasangan. Ketika berlatih, lagu silat dimainkan melalui pemain mp3. Irama gendang ( 4 ) serunai menaikkan lagi semangat kami berlatih.

11:00 malam

Aku beristirahat sebentar di ruang tamu. Aku terdengar bunyi ( 5 ) yang mencurigakan di belakang rumahku. Aku segera mengintip dari jendela bilik. Aku dapati ada dua lembaga yang mencurigakan ( 6 ) pintu dapur jiran yang bertentangan dengan rumahku.

Tanpa melengahkan masa aku menghubungi Pak Long Ramli melalui aplikasi WhatsApp. Aku menceritakan apa yang sedang berlaku. Pak Long Ramli menasihatiku ( 7 ) tidak berbuat apa-apa dan memerhatikan kelibat lembaga itu dari jauh sahaja.

12:00 malam

Lembaga ( 8 ) mencurigakan itu hampir berjaya membuka pintu rumah jiranku. Dalam masa yang sama aku terdegar suara orang melaung. Lembaga tersebut terkejut dan cuba menyerang beberapa orang  yang datang ( 9 ) kiri dan kanan jalan. Dengan pantas Pak Long Ramli serta beberapa orang anak muridnya menewaskan dua orang perompak yang cuba memecah masuk ke rumah jiranku.

Setelah perompak itu diberkas, jiranku menghubungi pasukan polis. Pegawai polis mengucapkah tahniah dan syabas kepadaku ( 10 ) telah melakukan tindakan yang berani. Mereka bersalaman dengan Pak Long Ramli dan berterima kasih.

 

 kerana

 agar

 di

 Beliau

sesuatu

daripada

dari

dengan

 Dan

yang

Sunday, 19 May 2024

PENULISAN 84 : CARA-CARA MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES

 

CARA-CARA MENCEGAH PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.

Nyamuk Aedes ialah sejenis nyamuk yang sangat digeruni oleh manusia. Nyamuk ini boleh menyebabkan penyakit demam denggi. Demam denggi sangat berbahaya kerana boleh membawa ( 1 ).

        Nyamuk Aedes boleh dikenali melalui ( 2 ) hitam dan putih pada badan dan kakinya. Disebabklan nyamuk Aedes sangat bahaya, kita hendaklah berusaha untuk mencegah pembiakannya. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan di rumah masing-masing terlebih  ( 3  ) .

        Antara cara berkesan untuk mencegah pembiakan nyamuk ialah dengan menghapuskan jentik-jentik. Jentik-jentik merupakan anak nyamuk yang ( 4 )  dalam air. Oleh yang demikian gunakan ubat pembasmi jentik-jentik di dalam bekas bertakung seperti ( 5 ), tempayan dan besen.

        Selain itu, kita hendaklah sentiasa memastikan tiada sampah-sarap yang mengandungi bekas yang boleh menakung air di sekitar kediaman. Kerja-kerja pembersihan persekitaran rumah wajar dilakukan seminggu ( 6 ) bersama ahli keluarga. Bekas plastik, botol atau apa juga bekas yang boleh menakung air hendaklah dibersihkan ( 7  ) .

        Seterusnya, pastikan pintu dan tingkap di rumah ditutup terutama pada watku awal pagi dan segera  ( 8  ). Waktu-waktu inilah nyamuk Aedes aktif mencari mangsa. Untuk lebih selamat lagi gunakan penyembur serangga di tempat-tempat tertentu seperti bawah katil, belakang ( 9 ) dan celah perabut yang merupakan tempat persembunyian nyamuk ini.

Dengan cara ini kita bukan sahaja boleh mencegah pembiakan nyamuk Aedes, malah boleh menyelamatkan nyawa (  10  )  tersayang.

 

sekali

segera

insan

hidup

belang

langsir

dahulu

maut

segera

kolah

 

 

Tuesday, 2 January 2024

Penulisan 83 : Kebaikan Berkebun

 

 KEBAIKAN AKTIVITI BERKEBUN DI RUMAH

Berkebun atau ( 1 ) merupakan salah satu aktiviti masa lapang yang banyak manfaatnya kepada kita. Aktiviti bercucuk tanam boleh dilakukan di mana-mana sahaja sama ada di kawasan lapang mahupun kawasan yang sempit seperti di taman-taman perumahan.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan kediaman yang terhad seperti kawasan taman perumahan, ( 2 ) ataupun apartmen aktiviti berkebun tetap boleh dilakukan. Terdapat banyak cara untuk bercucuk tanam seperti menggunakan pasu, ( 3 ), hidroponik, bekas terpakai dan sebagainya. Aktiviti ini sudah tentu mempunya banyak manfaatnya untuk kita.

Bercucuk tanam di rumah sudah tentu akan mengelakkan kita daripada membazirkan masa begitu sahaja. Masa-masa terluang dapat dimanfaatkan dengan menanam, ( 4 ), menyiram serta memetik hasil tuaian. Daripada menghabiskan masa dengan peranti ( 5 ), bukankah lebih baik berkebun.

 

Selain itu, aktiviti ini boleh menyihatkan ( 6 ). Pergerakan fizikal yang dilakukan ketika berkebun akan menggerakkan otot-otot, mengeluarkan peluh serta menyihatkan minda. Tiada lagi istilah ( 7 ) kerana rumah jauh daripada tempat rekreasi kerana aktiviti bersenam boleh dilakukan di rumah sahaja.

Seterusnya, hubungan kekeluargaan dan kemesraan antara  ( 8 )  dapat dipupuk. Sekali sekala pada waktu-waktu terluang, ibu, bapa serta anak-anak bersama-sama menyiram pokok-pokok yang ditanam atau memetik hasil tuaian. Gunakan masa berkualiti ini untuk ( 9 ) mesra antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, jelaslah bahawa aktiviti berkebun atau bercucuk tanam banyak manfaatnya untuk ( 10 ) hidup kita. Carilah masa dan ruang untuk melakukan aktiviti ini di kediaman masing-masing.

 

bercucuk-taman

elektronik

tubuh badan

berbual-bual

malas bersenam

rumah pangsa

kesejahteraan

ahli keluarga

polibeg

membaja