Tuesday, 13 May 2025

PENULISAN 91 : PENGALAMAN BERCUTI DI PUSAT PERANGINAN

 

SOALAN : Kamu telah mengikuti ibu bapa ke sebuah pusat peranginan. Ceritakan tentang pengalaman ke pusat peranginan tersebut.

Pulau Pinang merupakan antara tempat percutian yang sangat menarik pernah aku lawati.  Salah satu tempat    ( 1 ) yang telah aku lawati ialah Bukit Bendera.

Untuk ke Bukit Bendera, kami perlu menaiki kereta api khas. Kereta api berbentuk ( 2 ) bergerak laju menuju ke puncak bukit. Aku berasa sangat ( 3 ) melihat pemandangan sepanjang kereta api itu mendaki bukit. Memandangkan aku duduk di bahagian hadapan, maka aku dapat merakam pemandangan itu dengan jelas.

Sebaik sahaja sampai di atas bukit, aku dapat melihat pelbagai ( 4 ) pengunjung. Mereka terdiri daripada pelbagai negara. Ada dari negara ( 5), China, Arab, Jepun dan tidak kurang juga para pengunjung tempatan. Masing-masing memegang telefon pintar ( 6 ) gambar dan video.

Ayah membawa kami ke stesyen kereta bogi. Dengan ( 7 ) bogi kami dibawa bersiar-siar di pelbagai tempat di Bukit Bendera. Pemandu bogi tersebut berhenti beberapa minit di sebuah ( 8 ) untuk memberikan peluang kepada kami merakam gambar. Gambar dengan latar belakang laut dan bandar Pulau Pinang memang sangat mempesonakan.

Setelah itu, kami singgah ke sebuah kafe yang menjual kopi dan makanan. Kafe tersebut sangat terkenal dengan keenakan pelbagai jenis kopi. Bau ( 9 ) kopi dari Kafe Kopi Hutan itu sangat memukau. Sebagai ( 10) kopi, kami sekeluarga tidak lepaskan peluang menikmati keenakan kopi di situ.

Percutian kami di Bukit Bendera masih panjang. Banyak aktiviti yang kami lakukan di sana. Banyak juga tempat menarik yang kami lawati. Pada sebelah malam, kami (11) di sebuah hotel di Bukit Bendera sambil menikmati ( 12 ) alam yang sangat mengasyikkan.

 

aroma

panorama

penggemar

merakam

teruja

peranginan

pelantar

condong

Eropah

mengenderai

beristirahat

gelagat

 

Tuesday, 14 January 2025

PENULISAN 90 : SUASANA / GAMBARAN DI PANTAI PERKELAHAN

 

 SOALAN : Kamu telah mengikuti keluarga berkelah di sebuah pantai. Gambarkan suasana di pantai tersebut.

 Aku telah mengikuti keluargaku berkelah di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Kedudukan pantai itu ( 1 ) di hadapan chalet yang kami sewa.

 Di situ aku dapat melihat keindahan pantai yang sangat bersih. Terdapat juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Para pengunjung melakukan pelbagai aktiviti sama ada secara bersendirian, ( 2 ) mahupun berkumpulan.

 Tidak jauh daripada aku terdapat sebuah keluarga sedang menikmati hidangan dengan begitu ( 3 ) di bawah pokok ru. Mereka melapik juadah di atas ( 4 ) tikar. Ahli keluarga tersebut kelihatan sangat gembira.

 Di gigi air pula, terdapat ramai ( 5 ) melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang berenang dengan diawasi oleh orang dewasa. Ada juga yang bermain ( 6 ) menggunakan pistol dan senapang air yang besar.  

 Aku dapat mendengar jeritan daripada para pengunjung dengan begitu kuat apabila ombak menghempas pantai. ( 7 ) kegembiraan kerana pelampung yang digunakan terolang-oleng lalu terdampar di pantai. Apabila ombak( 8 ), mereka terjun semula ke laut.

Semakin lama, semakin ramai pengunjung yang datang ke pantai itu. Aku dan keluargaku mengambil kesempatan tersebut untuk ( 9 ) dan bermain ( 10 ).

 

berselera

berpasangan

kanak-kanak

sebidang

mandi-manda

Jeritan

tembak-tembak

surut

sepuas-puasnya

betul-betul

 

Tuesday, 5 November 2024

PENULISAN 89. SUASANA KEJOHANAN OLEHRAGA TAHUNAN SEKOLAH

 

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH

 Pada 28 Oktober yang lalu, sekolahku telah melaksanakan kejohanan olahraga tahunan dengan meriahnya. Kejohanan olahraga ini diadakan di sebuah Padang Awam yang terletak berampiran dengan sekolah.

 Suasana Padang Awam sangat meriah dengan deretan khemah yang dihias ( 1 ) mengikut warna rumah sukan masing-masing. Rumah-rumah sukan dihias berdasarkan tema stesyen minyak seperti Petronas, Petron, Shell dan Caltex.        ( 2 ) minyak ini telah memberikan sumbangan tertentu kepada ( 3 ) tadi.

 Kejohanan olahraga dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen rumah sukan mengelilingi padang. Setelah itu empat orang atlet sekolah yang telah berjaya ke peringkat kebangsaan diberi penghormatan membawa ( 4 ) kejohanan. Panji-panji itu diserahkan kepada perasmi sebagai simbolik dan gimik majlis perasmian.

 Situasi di padang menjadi ( 5 ) dengan gema ( 6 ) serta tepukan daripada ibu bapa, murid-murid, guru-guru serta para pengunjung. Semua orang memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.  Oleh yang demikian, peserta yang sedang bertanding pun lebih bersemangat dan ( 7 ) untuk menjadi juara.

 Acara yang menjadi tumpuan dan merupakan kemuncak olahraga ialah acara lari ( 8 ) 4 x 100 meter tahun empat, lima dan enam. Aku dan tiga orang rakanku turut mengambil bahagian dalam acara ini. Sebagai pelari keempat, aku menggunakan seluruh tenaga untuk memecut, dan aku berjaya menamatkan larian dengan keputusan emas bagi rumah sukanku.

 Setelah semua acara selesai dipertandingkan, kami berkumpul di ( 9 ) padang. Tetamu jemputan menyampaikan hadiah-hadiah dan ( 10 ) kepada para pemenang. Kejohanan olahraga tahunan meninggalkan kenangan yang paling berharga untuk kami.

 

rumah-rumah

hingar-bingar

berwarna-warni

piala-piala

tegah-tengah

panji-panji

berkobar-kobar

berganti-ganti

Stesyen-stesyen

sorak-sorai