Sunday, 22 August 2021

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Haziq Sufian



Syamil merupakan seorang murid tahun 6. Walaupun dia berasal dari keluarga yang serba kekurangan, Syamil tidak pernah merungut dengan kehidupan keluarganya.

Syamil juga mempunyai adik-beradik yang masih kecil, jadi Syamil tahu peranannya sebagai seorang abang untuk menjaga adik-adik semasa ketiadaan ibu bapanya di rumah. 

Walaupun ibu bapanya jarang meluangkan masa bersama-samanya tetapi ibu bapa Syamil tetap memberikan kasih sayang sama adil seperti menatang minyak yang penuh dan menitik beratkan pelajaran anak-anak.

MUHAMMAD HAZIQ SUFIAN

6 SEROJA

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Aien Khalisya

         


Bagai menatang minyak yang penuh bermaksud menjaga serta menyayangi anak dengan penuh kasih sayang. Kita semua merupakan anak emas ibu bapa kita. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sungguh sayang akan kita. 

Mereka selalu menjaga kita dengan penuh kasih sayang dan masih menyayangi kita walaupun telah melakukan banyak kesalahan. Mereka telah menjaga kita seperti bagai menatang minyak yang penuh. 

Selain itu, ibu bapa kita lebih berpengalaman dan tahu cara menyelesaikan masalah. Mereka lebih banyak makan garam. 

Oleh sebab itu, kita mestilah ingat bahawa merekalah yang telah menjaga kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang dan belaian manja agar kita menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang anak mestilah menjadi anak yang patuh dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa sehingga akhir hayat mereka kerana anak yang soleh dan solehah dambaan setiap ibu bapa.

NURUL AIEN KHALIESYA BT ADNAN

6 Seroja

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Nur Aina Athirah

 


Nama saya Aina. Saya tinggal bersama keluarga. Saya mempunyai seorang ayah yang baik, ibu yang penyayang serta dua orang adik lelaki yang comel iaitu Adam dan Amar. 

Setiap pagi saya akan bangun awal pagi untuk tunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Selepas itu, saya akan membantu ibu menyediakan sarapan untuk keluarga kesayangan saya.

Ibu dan ayah merupakan ibu bapa yang sangat penyayang. Mereka sangat mengambil berat pelajaran kami. Setiap hari ibu atau ayah akan menemani saya dan adik-adik mengulangkaji pelajaran. Mereka sentiasa berpesan agar kami belajar sehingga berjaya dengan cemerlang.

Sekiranya saya atau adik-adik jatuh sakit, ibu akan menemani dan sentiasa berada disisi kami. Ayah pula akan sentiasa memastikan kami kami mendapat rawatan yang baik dan sentiasa menjaga kami dengan sabar.

Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sangat penyayang. Saya sayangkan Ibu dan ayah saya. Mereka menjaga kami bagai menatang minyak yang penuh.


NUR AINA ATHIRAH BT JAMALUDDIN

6 SEROJA

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Syazwana Uzma

 


Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia sama seperti saya. Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain. 

Saya amat berterima kasih dengan keluarga saya kerana menolong saya dalam kesusahan tanpa mengira waktu dan tempat. Mereka membantu saya dalam pelajaran dan sukan.

Mereka juga memberi kata-kata perangsang sewaktu saya ketakutan dan kesulitan. Kakak saya juga selalu menegur saya jika terdapat kesalahan dalam membuat perkara tertentu dan kadang kadang akan mengajar saya pelajaran yang tidak difahami. 

Maka, sudah terang lagi bersuluh keluarga bahagia amat penting dalam kehidupan kita. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang penyanyang dan prihatin. Bak kata pepatah, seperti menatang minyak yang penuh.


Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Mohd Haziq Kamarulzaman

kredit gambar https://gambarkartunmu.blogspot.com


Ada seorang budak lelaki yang bernama Ahmad. Ahmad ialah seorang budak yang baik. Ahmad dan ibunya hidup dengan sederhana di sebuah rumah kecil.

         Ahmad selalu menolong ibunya memasak, mengemas rumah dan banyak lagi. Kemudian, ibunya selalu menyayangi dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah Ahmad menjadi dewasa.

         Suatu hari, Ahmad mahu pergi ke sungai untuk memancing, tiba-tiba ada seekor ular yang besar sedang menegakkan kepalanya. Lalu Ahmad terus berpatah balik ke rumahnya dia tidak memancing di sungai tersebut.

          Kemudian Ahmad pulang ke rumah dengan tangan kosong. Tiba di rumah, ibu Ahmad sedang menghidangkan ikan goreng yang dibeli olehnya di pasar menggunakan duit yang dibagi oleh ayah Ahmad pada bulan lepas.

           Kesimpulannya, kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita kerana mereka sanggup berhutang demi kita semua.

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Syazwina Uzma

 

Kredit gambar https://belajar.halonusa.com/?amp

Peribahasa 'bagai menatang minyak yang penuh' bermaksud dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa, begitu juga dengan saya dan keluaraga. Hubungan kami dalam keluarga sangat rapat.

       Terdapat pelbagai pertolongan yang diberi oleh ibu bapa kepada saya dan adik-beradik dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang sukan dan pelajaran. Dalam bidang sukan , ayah saya mengajar saya cara untuk bermain badminton dan berbasikal ketika saya masih kecil. Dalam bidang pelajaran pula , ayah dan ibu saya turut mendidik saya dan adik-beradik cara untuk menjawab soalan yang tidak difahami terutama dalam subjek Matematik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

       Akhir sekali, saya bersyukur dapat , menjadi sebahagian daripada keluaraga ini dan saya juga bersyukur mendapat ibu dan bapa yang penyayang.

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Aleez Dania

 


Terdapat sebuah keluarga yang hidup bahagia. Mereka mempunyai cahaya mata yang bernama Adam.

       Mereka sangat sayang akan anak mereka. Mereka mendidiknya dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

       Mereka menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.

        Akhirnya Adam berjaya dalam hidup.

Dia sangat menghargai usaha ibu bapanya yang menjaganya dengan baik sekali.