Tuesday, 17 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Syazwana Uzma )

 


Syazwana Uzma bt Shamsul Faizal dari kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya,banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah, melalui aktiviti sukan. Banyak aktiviti sukan yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti badminton, hoki, bola baling dan sebagainya. Aktiviti ini dapat memupuk sifat bekerjasama dan bertolak ansur dalam diri murid. Seterusnya, kita boleh mengeratkan hubungan kemanusiaan dengan menolong rakan dan guru yang dalam kesusahan atau kesulitan.

Akhir sekali, kita perlulah mengambil kira tentang perpaduan. Dengan adanya perpaduan, negara kita aman sejahtera. Rakyat dapat bekerja dan mencari rezeki dengan selesa. 


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Haziq K) HaIq

 



Muhammad Haziq Bin Kamaruzaman dari kelas 6 Seroja.

Pada pendapat saya, kebaikan yang dapat diperoleh ialah dapat mengeratkan perpaduan. Di dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya dan agama.

Selepas itu, perpaduan kaum dalam kalangan murid di sekolah perlu dipupuk. Kemudian, ada aktiviti sukan yang boleh dilakukan di dalam sekolah untuk memupuk perpaduan.

Kesimpulannya,melalui aktiviti sukan.Banyak aktiviti sukan tradisional yang boleh disertai oleh murid seperti sepak takraw, bermain congkak dan lain lain.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL (Syazwina Uzma)

 


Nama : Syazwina Uzma binti Shamsul Faizal

Tahun 6 Seroja

Pada pandangan saya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah melalui aktiviti sukan. Banyak aktiviti sukan tradisional yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti batu seremban, congkak, dam haji, gasing, xiangqi dan sebagainya selain yang diberikan.

Salah satu contoh kebaikan daripada aktiviti yang dicadangkan ialah dapat memupuk hubungan silaturrahim sesama manusia dan dapat menimbulkan perasan bertolak ansur ketika bermain .

Akhir sekali , kita perlulah mengambil kira tentang perpaduan negara dan sikap bertolak ansur supaya kita semua dapat menjalinkan ikatan kukuh dan dapat memupuk semangat kesukanan bersama-sama.

TUGASAN PDRM MELALUI E-MEL ( Hannah Faqihah)



Nama : Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi 

Kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah,melalui aktiviti sukan.Banyak aktiviti sukan tradisional yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti kaki hantu,ketinting,lompat tikus,lompat getah,galah panjang,konda kondi dan pelbagai lagi.

Selain itu,ada banyak sekali kebaikan yang dapat kita perolehi jika melakukan aktiviti yang diberi kita akan sentiasa menghormati orang lain yang berbeda kaum dengan kita,dapat merapatkan silaturahim,negara akan menjadi aman dan damai.

Kesimpulanya,kita haruslah memupuk perpaduan kaum sejak kecil lagi bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Supaya kita akan menghormati orang yang berbeza kaum dengan kita.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Faris Syamim)


Nama : Mohammad Faris Syamim 

kelas 6 Seroja.

Pada pendapat saya,banyak aktiviti yang dapat memupuk perpaduan murid pelbagai kaum di sekolah.

kita boleh melakukan aktiviti secara berkumpulan supaya dapat berkongsi pandangan dan pendapat sesama kumpulan.

kita juga boleh melakukan aktiviti bergotong-royong kerana bukan sahaja dapat membersihkan taman perumahan kita tetapi dapat memupuk kerjasama sesama kaum.

Kita juga boleh melakukan aktiviti senaman dan regangan badan supaya badan kita sentiasa sihat.

Kita juga boleh membantu sesama kaum jika sesebuah kaum itu dalam kesusahan, kita juga boleh menziarahi ketika menyambut sesuatu perayaan.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL (Fahrin Danial)



PERPADUAN MEMAJUKAN NEGARA

Nama : Mohamad Fahrin Danial 

Tahun 6 Seroja. 

Pada pandangan saya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perduan.

Antaranya, kita boleh melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan sekolah, sukaneka, membersihkan padang sekolah dan sekitar sekolah yang boleh dilakukan oleh semua kaum dan boleh merapatkan hubungan antara kaum.


Thursday, 5 August 2021

CONTOH SOALAN SIMPULAN BAHASA

 Nama ___________

Kelas _______


1. Apakah simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar di atas.

A. Ulat buku

B. Ikat perut

C. Atas angin. 

D. Baik budi 


2. Kamil disukai oleh kawan-kawannya kerana dia seorang yang_______.

A. Panjang tangan 

B. Otak udang 

C. Ringan tulang 

D. Putih mata 


3. Simpulan bahasa yang sama maksud dengan ambil angin.

A. Naik angin 

B. Atas angin 

C. Masuk angin 

D. Makan angin 


4. Pernyataan di bawah sesuai dengan simpulan bahasa atas angin.

A. Setiap tahun Ulwan dan keluarganya melancong ke Eropah. 

B. Penduduk Taman Bersatu menolong membina sebuah rumah.

C. Rupa paras anak Encik Mokhtar sangat cantik. 

D. Sebelum ke sekolah Khairul menjamah sedikit biskut.


5. Cikgu Sam suka mengajar murid kelas 6 Bakawali dan 6 Seroja kerana mereka _____.

A. Bodoh sepat 

B. Otak cair

C. Otak udang 

D. Belakang parang

Dan soalan lain yang sesuai.