Tuesday, 14 January 2025

PENULISAN 90 : SUASANA / GAMBARAN DI PANTAI PERKELAHAN

 

 SOALAN : Kamu telah mengikuti keluarga berkelah di sebuah pantai. Gambarkan suasana di pantai tersebut.

 Aku telah mengikuti keluargaku berkelah di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Kedudukan pantai itu ( 1 ) di hadapan chalet yang kami sewa.

 Di situ aku dapat melihat keindahan pantai yang sangat bersih. Terdapat juga pengunjung dari dalam dan luar negara. Para pengunjung melakukan pelbagai aktiviti sama ada secara bersendirian, ( 2 ) mahupun berkumpulan.

 Tidak jauh daripada aku terdapat sebuah keluarga sedang menikmati hidangan dengan begitu ( 3 ) di bawah pokok ru. Mereka melapik juadah di atas ( 4 ) tikar. Ahli keluarga tersebut kelihatan sangat gembira.

 Di gigi air pula, terdapat ramai ( 5 ) melakukan pelbagai aktiviti. Ada yang berenang dengan diawasi oleh orang dewasa. Ada juga yang bermain ( 6 ) menggunakan pistol dan senapang air yang besar.  

 Aku dapat mendengar jeritan daripada para pengunjung dengan begitu kuat apabila ombak menghempas pantai. ( 7 ) kegembiraan kerana pelampung yang digunakan terolang-oleng lalu terdampar di pantai. Apabila ombak( 8 ), mereka terjun semula ke laut.

Semakin lama, semakin ramai pengunjung yang datang ke pantai itu. Aku dan keluargaku mengambil kesempatan tersebut untuk ( 9 ) dan bermain ( 10 ).

 

berselera

berpasangan

kanak-kanak

sebidang

mandi-manda

Jeritan

tembak-tembak

surut

sepuas-puasnya

betul-betul

 

Tuesday, 5 November 2024

PENULISAN 89. SUASANA KEJOHANAN OLEHRAGA TAHUNAN SEKOLAH

 

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH

 Pada 28 Oktober yang lalu, sekolahku telah melaksanakan kejohanan olahraga tahunan dengan meriahnya. Kejohanan olahraga ini diadakan di sebuah Padang Awam yang terletak berampiran dengan sekolah.

 Suasana Padang Awam sangat meriah dengan deretan khemah yang dihias ( 1 ) mengikut warna rumah sukan masing-masing. Rumah-rumah sukan dihias berdasarkan tema stesyen minyak seperti Petronas, Petron, Shell dan Caltex.        ( 2 ) minyak ini telah memberikan sumbangan tertentu kepada ( 3 ) tadi.

 Kejohanan olahraga dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen rumah sukan mengelilingi padang. Setelah itu empat orang atlet sekolah yang telah berjaya ke peringkat kebangsaan diberi penghormatan membawa ( 4 ) kejohanan. Panji-panji itu diserahkan kepada perasmi sebagai simbolik dan gimik majlis perasmian.

 Situasi di padang menjadi ( 5 ) dengan gema ( 6 ) serta tepukan daripada ibu bapa, murid-murid, guru-guru serta para pengunjung. Semua orang memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.  Oleh yang demikian, peserta yang sedang bertanding pun lebih bersemangat dan ( 7 ) untuk menjadi juara.

 Acara yang menjadi tumpuan dan merupakan kemuncak olahraga ialah acara lari ( 8 ) 4 x 100 meter tahun empat, lima dan enam. Aku dan tiga orang rakanku turut mengambil bahagian dalam acara ini. Sebagai pelari keempat, aku menggunakan seluruh tenaga untuk memecut, dan aku berjaya menamatkan larian dengan keputusan emas bagi rumah sukanku.

 Setelah semua acara selesai dipertandingkan, kami berkumpul di ( 9 ) padang. Tetamu jemputan menyampaikan hadiah-hadiah dan ( 10 ) kepada para pemenang. Kejohanan olahraga tahunan meninggalkan kenangan yang paling berharga untuk kami.

 

rumah-rumah

hingar-bingar

berwarna-warni

piala-piala

tegah-tengah

panji-panji

berkobar-kobar

berganti-ganti

Stesyen-stesyen

sorak-sorai

 

 

 

Monday, 28 October 2024

PENULISAN 88. KARANGAN DIALOG PERSEDIAAN OLAHRAGA TAHUNAN

 

Soalan : Sekolah kamu akan mengadakan kejohanan olahraga tahunan tidak berapa lama lagi. Tulis perbualan melibatkan dua orang murid tentang persediaan tersebut.

 

Rashid

:

Hai, Prakash! Awak buat apa tu?

Prakash

:

Aku sedang membuat regangan untuk menguatkan  ( 1 ) lengan. Tidak lama lagi sekolah kita akan mengadakan kejohanan olahraga tahunan.

Rashid

:

Kuatkan otot lengan, kamu masuk acara apa Prakash?

Prakash

:

Aku telah dipilih mewakili beberapa acara. Antara acara yang aku yakin menang ialah acara lontar peluru. Oleh itu aku perlu kuatkan otot lengan supaya dapat ( 2  ) rekod tahun lepas. Kamu pula masuk acara apa?

Rashid

:

Aku terpilih dalam acara balapan. 100 meter, 200 meter dan 2 kali 200 meter.

Prakash

:

Wah! Semuanya acara larian. Maklumlah kamu ni memang terkenal sebagai atlet utama sekolah. Sudah tentu kamu akan menang semua acara tersebut.

Rashid

:

Kamu pun apa kurangnya, Prakash. Bukankah kamu telah mencipta rekod dalam acara lontar peluru tahun lepas. Johan tentu dalam tangan kamu.

Prakash

:

Itu semua tak penting. Yang paling utama ialah kita perlu membuat persediaan dalam apa juga acara yang akan disertai nanti.

Rashid

:

Betul tu, Prakash. Mulai sekarang semua murid perlu membuat latihan kecergasan untuk meningkatkan stamina masing-masing. Regangan mesti dilakukan dengan betul dan  ( 3 ). Latihan yang kerap juga penting walaupun pernah bergelar juara.

Prakash

:

Ya, Rashid. Kekerapan berlatih akan membantu kita untuk menguasai acara yang kita sertai.

Rashid

:

Selain lontar peluru, kamu sertai acara apa lagi?

Prakash

:

Sudah tentu acara tarik tali terbuka dan perbarisan rumah sukan. Aku mahu (  4 ) kekalahan rumah sukanku tahun lalu.

Rashid

:

Aku pun sama. Nanti kita ( 5  ) dalam kedua-dua acara tersebut. Aku pun mahu pastikan rumah sukanku menang.

Prakash

:

Baiklah, Rashid. Mari kita ke padang. Rakan-rakan dan guru-guru rumah sukan sudah berkumpul di sana.

 

bersaing

memecahkan

konsisten

otot

menebus