Wednesday, 25 March 2020

ANALISIS SOALAN PENULISAN BAHASA MELAYU 012 1994 – 2019


ANALISIS SOALAN PENULISAN BAHASA MELAYU 012
 1994 – 2019
TH

SOALAN
JENIS
1994
1

2
a. Cara-cara menjaga kebersihan badan
b. Faedah bersukan
Melengkapkan cerita (kebakaran)
Dialog
Syarahan
Cerita / imaginasi
1995
1

2
a. Kisah aneh dan ganjil
b. Ulang tahun kemerdekaan
Surat kepada guru kelas
Imaginasi / cerita
Keperihalan
Surat kiriman rasmi
1996
1

2
a. Cara-cara menjaga kebersihan diri
b. Faedah membaca
Tokoh murid
Fakta
Fakta
Dialog
1997
1

2
a. Cara-cara mengenang jasa ibu ayah
b. Kepentingan kerjasama di kalangan pelajar
Terlewat ke sekolah semasa ujian .... tindakan
Ucapan
Syarahan
Imaginasi
1998
1

2
a. Kebaikan belajar berkumpulan
b. MMesyuarat penubuhan kelab buku
Terpisah daripada keluarga .... tindakan
Perbahasan
Laporan
Imaginasi
1999
1

2
a. Majlis hari guru
b. Persedeiaan menghadapi UPSR
Membantu orang tua di jalan .... tindakan
Ucapan
Surat tidak rasmi
Imaginasi
2000
1

2
a. Gotong royong
b. Surat kepada guru besar
Membantu seseorang di taman permainan ... tindakan
Laporan
Surat rasmi
Imaginasi
2001
1

2
a. Majlis penyampaian hadiah
b. Amalan menghormati orang tua
  …. Peristiwa itu tetap dalam ingatanku …
Imaginasi
Syarahan
Melengkap cerita
2002
1

2
a.  Majlis penyampaian hadiah
b.  Rancangan aktiviti semasa cuti sekolah
 Membantu rakanberbelanja semasa rehat ... tindakan
Berita
Surat tidak rasmi
Imaginasi
2003
1

2
a. Faedah mengikuti kelas tambahan
b. Kejayaan tokoh sukan
Membantu rakan tercedera di bengkel KH .. tindakan
Fakta
Dialog
Imaginasi
2004
1

2
a. Faedah membaca
b. Perkhemahanunit beruniform
 ...peristiwa itu menjadi kenangan manis kepadaku
Fakta
Laporan
Melengkap cerita
2005
A
B


C
Gambar di pasar
1. Program motivasi UPSR  (pengalaman)
2. Berkelah bersama keluarga
3. Kejayaan rakan dalam pertandingan bercerita
    Pengajaran

Keperihalan / cerita
Catatan
Temu bual
2006
A
B


C
Gambar di kantin sekolah
1. Cara-cara menjaga kebersihan diri
2. Ucapan meraikan kejayaan
3. Lawatan yang akan disertai
5 pengajaran

Fakta
Ucapan
Perbualan
2007
A
B


C
Gambar persediaan anugerah cemerlang
1.  Menyambung cerita       - aku melihat
2. Kebaikan jiran-jiran kamu
3. Pertandingan melukis sempena hari  Kebangsaan
5 nilai

Cerita
Fakta / keperihalan
Berita

2008
A
B


C
Gambar cara-cara melintas jalan dengan selamat
1. Cara-cara menggunakan wang RM500.00
2. Orang yang saya sayangi
3. Kepentingan menuntut ilmu
 5 Nilai

Keperihalan
Cerita  / keperihalan
Fakta
2009
A
B


C
Gambar taman sekolah
1. Menyambung cerita ….. rakanku ucap tahniah
2. Suasana temasya sukan
3. Surat kepada abang – persediaan UPSR
5 nilai

Cerita / imaginasi
Cerita / suasana
Surat kiriman
2010
A
B


C
Gambar aktiviti di halaman rumah
1. Buku yang telah kamu baca
2. Faedah menyertai kem kecemerlangan UPSR
3. Laporan perkhemahan
5 Nilai (Surat)

Keperihalan
Fakta / keperihalan
Laporan
2011
A
B

C
Gambar rumah terbuka sempena Aidil Fitri
1. Aktiviti semasa cuti sekolah
2. Kebaikan membawa bekalan makanan
3. perbualan tentang kejayaan rakan dalam 
    pertandingan bercerita
 5 nilai (ucapan)

Keperihalan / cerita
Keperihalan
Dialog
2012
A
B

C
Gambar suasana di restoran
1. .... Sambung cerita (penutup diberikan) .... Aku ingin berkunjung ke tempat itu lagi pada masa akan datang
2. Guru yang saya sayangi
3. Catatan perhimpunan sekolah
5 nilai (cerita)

Cerita
Keperihalan
Catatan
2013
A
B

C
Gambar di kebun sayur
1. Cara-cara menjaga keceriaan dan kebersihan kelas
2. Persiapan sambutan perayaan
3. Ucapan hari guru ( cara-cara hormati guru )
5 nilai ( catatan )

Fakta
Cerita
Ucapan
2014
A
B



C
Gambar aktiviti di sungai
1. Menyambung cerita (pendahuluan diberikan) .... Kanak-kanak cedera di taman permainan
2. Kebaikan perpustakaan
3. Tempat menarik di tempat kamu (surat kepada rakan )
5  nilai  (surat aduan )

Cerita
Fakta
Surat kiriman
2015
A
B


 
C
Suasana bergotong-royong (aktiviti memasak)
1.  Menyambung cerita (penutup diberikan ) ……. Ibu kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepadaku
2.    Kebaikan menonton televisyen
3.    Laporan bulan kemerdekaan di sekolah
5 nilai (petikan ucapan)

Cerita


Fakta
Laporan
2016
A
B
C
Gambar berpusat (bantuan mangsa banjir)
Ulasan kes demam denggi
1.      Cara-cara menghargai orang yang berbudi
2.      Ucapan majlis perpisahan guru


Perbincangan
Ucapan
2017
A
B
C
Suasana di pasar raya (gambar tunggal)
Ulasan keracunan makanan
1.      Mengajak rakan menyertai aktiviti berbasikal
2.      Aktiviti sambutan hari kesihatan


Surat kiriman
Perbincangan / fakta
2018
A
B
C
Perkhemahan pengakap (gambar bersiri)
Ulasan kebaikan sukaneka (petikan)
1.      Melengkapkan cerita ( pendahuluan diberikan ) aku terpandang ……..
2.      Faedah program NILAM


Cerita
Perbualan
2019
A
B
C
Situasi di zoo
Ulasan keselamatan di padang (gambar berpusat)
1.      Lamporan Minggu Bahasa Melayu
2.      Sambutan Hari Guru


Laporan
Cerita

Disediakan oleh

S Samprizal b Selamat

Wednesday, 28 August 2019

Penulisan 78 : Laporan Hari Kantin SK Mesra Jaya


Laporan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya

Pada 27 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya telah mengadakan program hari kantin. Program ini melibatkan beberapa persatuan dari unit kokurikulum.  Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Bahasa Melayu, Sains, Kebudayaan, Setia, Pembimbing Rakan Sebaya, Bahasa Inggeris dan badan-badan beruniform.

            Dalam program tersebut, Persatuan Bahasa Melayu membuka sebuah gerai yang menjual buku-buku terpakai dan buku-buku baharu. Buku-buku terpakai disumbangkan oleh anggota persatuan. Manakala buku-buku baharu diperolehi melalui syarikat-syarikat penerbitan.

            Sepanjang hari kantin tersebut berlangsung, para pengunjung berurus niaga menggunakan kupon khas yang disediakan oleh urusetia. Wang tunai tidak digunakan. Para pengunjung yang mengunjungi hari kantin ini menukar wang tunai kepada kupon di kaunter khas yang disediakan. Penggunaan kupon bertujuan untuk menyelaraskan urussn kewangan.

            Antara gerai yang mendapat sambutan ramai ialah gerai makanan, minuman dan gerai buku. Pelbagai makanan dan minuman dijual. Ada makanan berat dan makanan ringan. Begitu juga dengan minuman, pengunjung boleh menikmati minuman sejuk atau panas dengan harga yang berpatutan.

            Selain itu, terdapat juga pameran daripada pelbagai agensi. Pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) turut membuat pameran, tayangan dan demonstrasi. Murid-murid begitu teruja mengaksikan demonstrasi perang dan kawad oleh pasukan TUDM. Mereka juga berpeluang melihat senjata dan merakamkan gambar bersama model pesawat tempur.

            Hari kantin ini tamat pada pukul 6.00 petang. Setelah gerai ditutup dan para pengunjung beransur meninggalkan lokasi, para petugas menjalankan proses mengemas dan membersihkan kawasan sekolah. Walaupun keletihan, semua pihak gembira kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang sangat bermakna ini.

Disediakan oleh;                                                                                         4 April 2019
Zikridaealdani
( ZIKRI DANEAL BIN SHAMSUL DANI)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya

Penulisan 77 : Kebaikan Hidup Berjiran


Kebaikan Hidup Berjiran

Siapakah jiran? Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita. Walaupun mereka tiada hubungan kekeluargaan dengan kita, tetapi mereka ibarat ahli keluarga sendiri. Oleh itu kenalilah ( 1 ) sendiri.

          Melalui hidup berjiran kita boleh ( 2 ) dan membantu antara satu sama lain. Sekiranya kita menghadapi apa-apa masalah seperti kerosakan kenderaan, jiranlah yang ( 3 ) membaiki kenderaan kita. Bahkan jiran boleh menolong meminjamkan kenderaan mereka kepada kita.

          Jiran juga berperanan ( 4 ) sesebuah komuniti. Pada musim-musim perayaan, kebiasaannya orang ramai akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung. Pada masa inilah jiran yang tidak bercuti boleh ( 5 ) keadaan rumah kita selamat daripada penceroboh.

          Melalui ( 6 ) dan persatuan penduduk, sesebuah komuniti boleh menjalankan aktiviti rondaan keselamatan. Rondaan keselamatan ini sebagai satu usaha murni untuk memastikan kawasan kejiranan selamat daripada sebarang (7 ).

          Seterusnya, jiran yang prihatin akan sentiasa ( 8 ) keadaan sesama sendiri. Seandainya ada jiran yang sakit, lawatilah mereka sama ada di rumah mahupun di hospital. Sambil itu bawalah buah tangan dan berikan kata-kata semangat kepadanya. Dengan cara ini hubungan sesama jiran akan ( 9 ).

          Kesimpulannya, amalkanlah sikap saling menghormati dan toleransi antara jiran. Lebih-lebih lagi jira yang terdiri daripada pelbagai ( 10 ).

jiran tetangga
akan membantu
 saling menolong
menjamin keselamatan
membantu memantau
Rukun Tetangga
 mala petaka
 semakin erat
mengambil tahu
kaum dan agama