Tuesday, 21 April 2026

LATIHAN 101. CATATAN SAMBUTAN RUMAH TERBUKA

 

 SOALAN : Sekolah kamu telah mengadakan sambutan rumah terbuka sempena perayaan Aidilfitri. Tulis catatan tentang sambutan tersebut.

 Jumaat, 17 April 2026.

 7:30 pagi

Semua murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk sesi perhimpunan khas sempena sambutan rumah terbuka Aidilfitri sekolah. Semua warga sekolah termasuk guru-guru, ( 1 ) pejabat dan murid-murid memakai pakaian bertemakan sambutan hari raya. Suasana amat meriah sekali.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan daripada Guru Besar. Beliau memberikan nasihat agar kami sentiasa (  2 ) dengan rezeki yang diperolehi. Guru Besar menyeru agar kami mengambil iktibar terhadap  (  3 )  yang terpaksa lapar di beberapa negara miskin di dunia.

 

7:50 pagi

Suasana sambutan rumah (  4 ) dimeriahkan dengan beberapa persembahan oleh murid-murid. Murid prasekolah, tahun satu, tahun dua hinggalah tahun enam menunjukkan bakat masing-masing. Persembahan yang paling mengujakan ialah persembahan murid (  5 )  yang mempersembahkan lagu raya bertajuk Jodoh Lebaran.

 

9:00 pagi

Sebaik sahaja persembahan tamat, kami berbaris mengikut kelas masing-masing. Setiap murid diberikan sekeping ( 6  ) kecil yang mengandungi sejumlah wang ( 7  ) oleh guru-guru. Murid-murid mengucapkan terima kasih sambil menguntumkan senyuman.

 

9:30 pagi

Di kelas masing-masing, murid-murid dan guru-guru kelas menghidangkan (  8 ) juadah hari raya. Ada yang menghidangkan nasi minyak, sate, martabak, lemang, mi, ( 9  ) dan sebagainya. Suasana menjadi agak riuh dan sangat meriah.

 

11:30 pagi

Setelah menikmati jamuan dan (  10 ) gambar kenang-kenangan, kami mula mengemas kelas masing-masing. Kami pulang dengan rasa gembira dan bersyukur.

kuih-muih

kanak-kanak

prasekolah

pelbagai

sampul

merakam

terbuka

kakitangan

bersyukur

kertas

No comments:

Post a Comment