Wednesday 13 January 2016

LATIHAN PENULISAN 38 (CATATAN PERCUTIAN)



KAMU SEKELUARGA TELAH BERCUTI KE SEBUAH DESTENASI PELANCONGAN, TULIS CATATAN TENTANG PERCUTIAN TERSEBUT TERSEBUT.

CATATAN PERCUTIAN DI A FAMOSA RESORT MELAKA

Sabtu, 9 Disember 2015

8.00 pagi
Kami sekeluarga tiba di A-Famosa Resort, Melaka. Ayah mendaftar di ___________ untuk mendapatkan chalet yang telah ditempah.

9.00 pagi
Setelah menikmati sarapan, kami bermandi-manda di ____________ yang terletak berhampiran chalet. Di sana saya, abang dan kakak mandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti di kolam sepuas-puasnya.

Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah menuruni papan gelongsor air setinggi bangunan 5 tingkat dan mendayung _________. Ayah dan ibu memerhatikan gelagat kami.

9.00 malam
Setelah makan malam, kami ke pertunjukan ‘Wild-Wild West’. Pertunjukan itu mengambil masa kira-kira 90 minit. Saya menyaksikan persembahan haiwan, badut, __________ dan bunga api. Sebelum balik ke chalet saya sekeluarga bermain pelbagai permainan yang disediakan.

Ahad, 10 Disember 2015

9.00 pagi
Kami pergi ke Taman Safari untuk menyaksikan persembahan haiwan. Di situ saya melihat persembahan unggas, gajah, harimau dan lakonan koboi. Para penonton yang menyaksikannya __________ dengan kebijaksanaan haiwan-haiwan tersebut.

3.00 petang
Percutian kami di Melaka diteruskan lagi. Kami bergerak ke Bandar Melaka untuk mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah dan melawat beberapa tempat menarik di sana.


sangat terhibur
rakit getah
kaunter pendaftaran
kereta berhias
taman tema air