Sunday 22 August 2021

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Haziq Sufian



Syamil merupakan seorang murid tahun 6. Walaupun dia berasal dari keluarga yang serba kekurangan, Syamil tidak pernah merungut dengan kehidupan keluarganya.

Syamil juga mempunyai adik-beradik yang masih kecil, jadi Syamil tahu peranannya sebagai seorang abang untuk menjaga adik-adik semasa ketiadaan ibu bapanya di rumah. 

Walaupun ibu bapanya jarang meluangkan masa bersama-samanya tetapi ibu bapa Syamil tetap memberikan kasih sayang sama adil seperti menatang minyak yang penuh dan menitik beratkan pelajaran anak-anak.

MUHAMMAD HAZIQ SUFIAN

6 SEROJA

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Aien Khalisya

         


Bagai menatang minyak yang penuh bermaksud menjaga serta menyayangi anak dengan penuh kasih sayang. Kita semua merupakan anak emas ibu bapa kita. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sungguh sayang akan kita. 

Mereka selalu menjaga kita dengan penuh kasih sayang dan masih menyayangi kita walaupun telah melakukan banyak kesalahan. Mereka telah menjaga kita seperti bagai menatang minyak yang penuh. 

Selain itu, ibu bapa kita lebih berpengalaman dan tahu cara menyelesaikan masalah. Mereka lebih banyak makan garam. 

Oleh sebab itu, kita mestilah ingat bahawa merekalah yang telah menjaga kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang dan belaian manja agar kita menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.

Kesimpulannya, kita sebagai seorang anak mestilah menjadi anak yang patuh dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa sehingga akhir hayat mereka kerana anak yang soleh dan solehah dambaan setiap ibu bapa.

NURUL AIEN KHALIESYA BT ADNAN

6 Seroja

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Nur Aina Athirah

 


Nama saya Aina. Saya tinggal bersama keluarga. Saya mempunyai seorang ayah yang baik, ibu yang penyayang serta dua orang adik lelaki yang comel iaitu Adam dan Amar. 

Setiap pagi saya akan bangun awal pagi untuk tunaikan solat berjemaah bersama keluarga. Selepas itu, saya akan membantu ibu menyediakan sarapan untuk keluarga kesayangan saya.

Ibu dan ayah merupakan ibu bapa yang sangat penyayang. Mereka sangat mengambil berat pelajaran kami. Setiap hari ibu atau ayah akan menemani saya dan adik-adik mengulangkaji pelajaran. Mereka sentiasa berpesan agar kami belajar sehingga berjaya dengan cemerlang.

Sekiranya saya atau adik-adik jatuh sakit, ibu akan menemani dan sentiasa berada disisi kami. Ayah pula akan sentiasa memastikan kami kami mendapat rawatan yang baik dan sentiasa menjaga kami dengan sabar.

Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sangat penyayang. Saya sayangkan Ibu dan ayah saya. Mereka menjaga kami bagai menatang minyak yang penuh.


NUR AINA ATHIRAH BT JAMALUDDIN

6 SEROJA

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Syazwana Uzma

 


Semua insan mengidamkan sebuah keluarga yang bahagia sama seperti saya. Tidak lengkap jika setiap ahli keluarga hanya melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain. 

Saya amat berterima kasih dengan keluarga saya kerana menolong saya dalam kesusahan tanpa mengira waktu dan tempat. Mereka membantu saya dalam pelajaran dan sukan.

Mereka juga memberi kata-kata perangsang sewaktu saya ketakutan dan kesulitan. Kakak saya juga selalu menegur saya jika terdapat kesalahan dalam membuat perkara tertentu dan kadang kadang akan mengajar saya pelajaran yang tidak difahami. 

Maka, sudah terang lagi bersuluh keluarga bahagia amat penting dalam kehidupan kita. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang penyanyang dan prihatin. Bak kata pepatah, seperti menatang minyak yang penuh.


Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Mohd Haziq Kamarulzaman

kredit gambar https://gambarkartunmu.blogspot.com


Ada seorang budak lelaki yang bernama Ahmad. Ahmad ialah seorang budak yang baik. Ahmad dan ibunya hidup dengan sederhana di sebuah rumah kecil.

         Ahmad selalu menolong ibunya memasak, mengemas rumah dan banyak lagi. Kemudian, ibunya selalu menyayangi dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh sehinggalah Ahmad menjadi dewasa.

         Suatu hari, Ahmad mahu pergi ke sungai untuk memancing, tiba-tiba ada seekor ular yang besar sedang menegakkan kepalanya. Lalu Ahmad terus berpatah balik ke rumahnya dia tidak memancing di sungai tersebut.

          Kemudian Ahmad pulang ke rumah dengan tangan kosong. Tiba di rumah, ibu Ahmad sedang menghidangkan ikan goreng yang dibeli olehnya di pasar menggunakan duit yang dibagi oleh ayah Ahmad pada bulan lepas.

           Kesimpulannya, kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita kerana mereka sanggup berhutang demi kita semua.

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Syazwina Uzma

 

Kredit gambar https://belajar.halonusa.com/?amp

Peribahasa 'bagai menatang minyak yang penuh' bermaksud dipelihara dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa, begitu juga dengan saya dan keluaraga. Hubungan kami dalam keluarga sangat rapat.

       Terdapat pelbagai pertolongan yang diberi oleh ibu bapa kepada saya dan adik-beradik dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang sukan dan pelajaran. Dalam bidang sukan , ayah saya mengajar saya cara untuk bermain badminton dan berbasikal ketika saya masih kecil. Dalam bidang pelajaran pula , ayah dan ibu saya turut mendidik saya dan adik-beradik cara untuk menjawab soalan yang tidak difahami terutama dalam subjek Matematik , Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

       Akhir sekali, saya bersyukur dapat , menjadi sebahagian daripada keluaraga ini dan saya juga bersyukur mendapat ibu dan bapa yang penyayang.

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Aleez Dania

 


Terdapat sebuah keluarga yang hidup bahagia. Mereka mempunyai cahaya mata yang bernama Adam.

       Mereka sangat sayang akan anak mereka. Mereka mendidiknya dan menjaganya dengan bersungguh-sungguh.

       Mereka menjaga Adam seperti menatang minyak yang penuh.

        Akhirnya Adam berjaya dalam hidup.

Dia sangat menghargai usaha ibu bapanya yang menjaganya dengan baik sekali.

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Salsabila

 

Kredit gambar belajar.halonusa.com

Pada hari Khamis yang lalu ialah hari lahir Maisarah. Maisarah amat gembira pada hari itu. Keluarga Maisarah meraikan hari itu dengan penuh gembira dan kasih sayang. Cik Sara membuat kek hari lahir Maisarah bagai menatang minyak yang penuh. Farah Dan Maisarah menghiasi ruang tamu supaya terlihat cantik. Pada waktu petang pula mereka menyambut hari yang istimewa itu dengan mesra.

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Hannah Faqihah

 

Kredit gambar http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/pnp/unit02/index.htm

"Nama saya Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi. Saya berumur 12 tahun. Saya nak menceritakan tentang ibu dan ayah saya. Saya mempunyai lima orang adik-beradik termasuk saya.

      Ibu dan ayah selalu menjaga saya dan adik-beradik saya dengan baik. Mereka tidak pernah membiarkan anak mereka kelaparan. Ibu dan ayah selalu menjaga kami dengan baik.

      Ibu sentiasa menjadi yang terbaik. Ibu akan memasak jika saya lapar. Banyak benda yang selalu ibu lakukan untuk kami seperti membasuh baju, menolong kami membuat kerja yang diberi guru, membeli barang dapur untuk memasak. Saya sungguh suka mengikut ibu untuk pergi membeli barang keperluan rumah.

      Ayah pula selalu mencari duit untuk kami agar tidak kelaparan kerana tidak ada barang untuk dimasak, ayah yang memberi ibu duit untuk membeli barang dapur, ayah yang selalu memberi duit kepada ibu untuk membeli barang sekolah untuk kami. Ayah sungguh hebat.

      Suatu hari nanti, saya hendak membalas jasa mereka, ibu dan ayah saya, saya akan belajar rajin-rajin supaya saya boleh membalas jasa mereka. Sungguh banyak benda ibu dan ayah bagi kepada saya dan adik-beradik saya.

      Saya harap apabila saya sudah dewasa nanti, saya boleh menjadi seperti ayah dan ibu.Mereka sungguh hebat. Tiada apa yang boleh menggantikan mereka. Mereka menyayangi saya dan adik beradik saya seperti menatang minyak yang penuh."

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Syafiqa Chahya

 


Bagai Menatang Minyak Yang Penuh

     Bagai menatang minyak yang penuh bermaksud memjaga anak dengan penuh kasih sayang. Peribahasa ini ditujukan khas untuk para ibu bapa. Mereka menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang.

     Begitu juga dengan saya. Ibu bapa saya telah menjaga saya dengan penuh kasih sayang sejak kecil lagi. Saya sangat bersyukur kerana mendapat ibu bapa yang penyayang.

     Oleh itu, janganlah kita lupa bahawa selama ini ibu bapa yang mendidik dan membesarkan kita. Hal ini kerana tanpa mereka kita tidak mungkin akan berjaya. Jadi, apabila sudah dewasa, jagalah mereka seperti mereka menjaga kita semasa kecil."

Bagai Menatang Minyak yang Penuh : Iqbal Nafis

 "Encik Hakimi mempunyai seorang anak yang bernama Hafiz. Hafiz adalah seorang budak yang sangat nakal. Semakin hari, semakin banyak masalah yang dibuat oleh Hafiz.

    Pada tahun hadapan, Hafiz akan berumur 13 dan memasuki sekolah menengah. Encik Hakimi bercadang untuk memasukkan Hafiz ke asrama penuh. 

    Apabila dia dimasukkan ke asrama, dia sering mendapat markah yang rendah dan diklasifikasikan sebagai pelajar tercorot. Apabila ditanya mengapa Hafiz mendapat markah yang rendah, dia berkata yang ayahnya sering bekerja dan kurang meluangkan masa bersama dengan Hafiz. 

     Encik Hakimi sedar bahawa dia kurang meluangkan masa bersama Hafiz. Selepas kejadian itu, Hafiz berjaya mendapat markah yang tinggi dan dalam masa yang sama, Hafiz juga dapat meluangkan masa bersama ayahnya. Encik Hakimi sedar yang dia perlu mendidik anaknya seperti menatang minyak yang penuh."

Cerita oleh Mohd Iqbal Nafis 6 Seroja.

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL (Putera Rayyan)


Nama Putra Rayyan Amsyar Bin Kherwanfelani 

kelas 6 Seroja.

Kebaikan yang dapat diperoleh daripada aktiviti yang dicadangkan ialah dapat memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya dan agama.

Hubungan perpaduan dapat dieratkan melalui aktiviti sukan dan permainan, aktiviti perayaan, perhimpunan, aktiviti perkhemahan dan lawatan.

Sebagai contoh, kita boleh melakukan aktiviti sukan tradisional seperti, sepak raga, congkak, batu seremban, gasing dan pelbagai permainan tradisional lain.

Permainan seperti bola sepak, badminton, bola baling dan pelbagai lagi dapat memupuk kesepakatan antara rakan pasukan dan rakan-rakan sepermainan.

Seterusnya, aktiviti perayaan dan perhimpunan seperti majlis kenduri, rumah terbuka, majlis perasmian dapat mengeratkan perpaduan rakyat Malaysia.

Selain itu, aktiviti perkhemahan dan lawatan juga akan mewujudkan rasa hormat antara satu sama lain. Ini kerana aktiviti ini dapat membuat kita sentiasa dihormati oleh orang yang kita selalu melawat ke rumah mereka.

Oleh itu, kita perlu sentiasa mengamalkan nilai perpaduan sebagai faktor keamanan negara ini.

Thursday 19 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Putera Imran )

 


Nama : Putera Imran Naufal Bin Muzaimey 

Tahun : 6 Seroja

Pada pendapat saya pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan. di kalangan pelajar dan guru-guru. 

Aktiviti perbincangan di dalam kelas adalah salah satu cara untuk kita memupuk perpaduan. Guru-guru perlu memastikan setiap kumpulan dianggotai oleh murid-murid berbilang kaum. Melalui aktiviti berkumpulan ini murid-murid akan belajar nilai kerjasama , tolong menolong , hormat-menghormati dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberi.

Selain itu,bersukan juga dapat memupuk perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa yang sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan pelajar. 

Guru-guru dan para pelajar memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan perpaduan di sekolah . Namun , kerjasama daripada pihak yang lain juga perlu dalam merealisasikan perpaduan ini .

Tuesday 17 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Fareez )

 


Fareez bin Firdaus 

Tahun 6 bakawali 

Pada pandangan saya pelbagai aktiviti yang kita boleh lakukan di dalam sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah, melakukan aktiviti seperti menanam pokok herba, menghias bilik kelab dan lain-lain.

Selain itu ia boleh disertai oleh murid-murid dan guru-guru yang pelbagai kaum. Murid-murid juga boleh belajar sama-sama.

Akhir sekali kita mestilah menjaga hubungan dengan rakan-rakan dan juga guru-guru sama di sekolah ataupun di luar waktu sekolah.



TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Syafiqa Chahya )

 


Syafiqa Chahya dari kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha untuk memupuk perpaduan.

Antaranya, pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti bergotong-royong. Aktiviti ini juga turut membantu untuk menyemai semangat perpaduan antara murid yang berbilang kaum di sekolah. 

Aktiviti ini dapat membuatkan murid-murid belajar nilai kerjasama ketika bergotong-royong. Bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Ini sahaja cadangan aktiviti saya untuk memupuk semangat perpaduan antara murid pelbagai kaum di sekolah.

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Riz Haikal )

 


Muhamad Riz Haikal.

Kelas 6 Bakawali

Pada pendapat saya kebersihan sekolah amat perlu dititik beratkan. Ini akan mewujudkan keharmonian dan kesepaduan  antara kaum. Di samping itu akan memberi kesihatan yang baik di persekitaran sekolah.

Aktiviti menjaga kebersihan kelas, taman, padang serta sekitar sekolah boleh dijalankan secara bergotong royong.

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Harris Akmal )

 


Haris Akmal Bin Yuhannas Aury

kelas 6 seroja.

Pada pendapat saya perpaduan kaum dalam murid di sekolah perlu dipupuk. Program seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) amat penting kerana dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya dan agama

Negara ada pelbagai kaum seperti Cina, India, Melayu dan lain-lainnya. Kita perlu bekerjasama walaupun bukan bangsa yang sama.

Walaupun berbeza budaya dan kaum, kita masih boleh hidup harmoni

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Aina Athirah )

 


Nur Aina Athirah bt Jamaluddin 

Kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan murid.

Antaranya ialah melalui aktiviti sukan. Pada hari sukan, semua murid akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah yang disertai oleh pelbagai kaum murid. Aktiviti ini menjadikan murid bersatu padu dalam melaksanakan acara sukan. Ini dapat mengeratkan hubungan sesama murid.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk perpaduan murid. Melalui aktiviti ini, murid yang menyertai unit beruniform, kelab dan permainan dapat bekerjasama melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu pasukan. Murid akan bersama-sama melaksanakan tugasan kokurikulum yang diberikan guru dengan baik dan harmoni. Hubungan antara murid juga akan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Seterusnya perkhemahan sekolah juga boleh memupuk perpaduan murid. Ini kerana, apabila melaksanakan aktiviti perkhemahan, murid akan melakukan secara berkumpulan seperti mendirikan khemah, memasak, menyanyi serta banyak lagi bersama-sama. Sikap saling tolong menolong, hormat menghormati dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga dan memupuk perpaduan dalam kalangan murid untuk kebaikan semua. Seperti kata pepatah, "Bersatu teguh, bercerai roboh". 

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Azamuddin )

 


Muhammad Azamuddin 

Tahun 6 Seroja.


Pada pandangan saya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya, kita boleh melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan sekolah, sukaneka, membersihkan padang sekolah dan sekitar sekolah yang boleh dilakukan oleh semua kaum dan boleh merapatkan hubungan antara kaum.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Hairul Adam )

 



Hairul Adam Bin Hairul Amri

kelas 6 Seroja.

Pada pendapat saya cara-cara yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha untuk memupuk perpaduan berbilang kaum ialah dengan hormat menghormati, bantu membantu dan menjaga percakapan dan perasaan

Selain itu, aktiviti yang boleh dilakukan untuk usaha memupuk perpaduan ialah dengan melakukan aktiviti sukan, kempen dan ceramah tentang pentingnya perpaduan di antara kaum.

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Iqbal Nafis )

 


Muhammad Iqbal Nafiz bin Azizul Afandi 

Tahun 6 Seroja

Dari sudut pandangan saya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah untuk memupuk perpaduan sesama kaum.

Antaranya ialah aktiviti sukan. Dengan bersenam, kita boleh mewujudkan kesefahaman antara kaum. Dengan cara yang sebegini, perpaduan akan dicapai antara murid.

Selain itu, aktiviti berkhemah juga adalah salah satu solusi perpaduan murid. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi antara kaum. Semangat perpaduan akan mula berbunga jika bekerjasama sesama kaum.

Itu sahaja daripada saya. Saya berharap informasi di atas dapat digunakan sebaiknya.

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Syazwana Uzma )

 


Syazwana Uzma bt Shamsul Faizal dari kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya,banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah, melalui aktiviti sukan. Banyak aktiviti sukan yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti badminton, hoki, bola baling dan sebagainya. Aktiviti ini dapat memupuk sifat bekerjasama dan bertolak ansur dalam diri murid. Seterusnya, kita boleh mengeratkan hubungan kemanusiaan dengan menolong rakan dan guru yang dalam kesusahan atau kesulitan.

Akhir sekali, kita perlulah mengambil kira tentang perpaduan. Dengan adanya perpaduan, negara kita aman sejahtera. Rakyat dapat bekerja dan mencari rezeki dengan selesa. 


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Haziq K) HaIq

 



Muhammad Haziq Bin Kamaruzaman dari kelas 6 Seroja.

Pada pendapat saya, kebaikan yang dapat diperoleh ialah dapat mengeratkan perpaduan. Di dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya dan agama.

Selepas itu, perpaduan kaum dalam kalangan murid di sekolah perlu dipupuk. Kemudian, ada aktiviti sukan yang boleh dilakukan di dalam sekolah untuk memupuk perpaduan.

Kesimpulannya,melalui aktiviti sukan.Banyak aktiviti sukan tradisional yang boleh disertai oleh murid seperti sepak takraw, bermain congkak dan lain lain.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL (Syazwina Uzma)

 


Nama : Syazwina Uzma binti Shamsul Faizal

Tahun 6 Seroja

Pada pandangan saya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah melalui aktiviti sukan. Banyak aktiviti sukan tradisional yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti batu seremban, congkak, dam haji, gasing, xiangqi dan sebagainya selain yang diberikan.

Salah satu contoh kebaikan daripada aktiviti yang dicadangkan ialah dapat memupuk hubungan silaturrahim sesama manusia dan dapat menimbulkan perasan bertolak ansur ketika bermain .

Akhir sekali , kita perlulah mengambil kira tentang perpaduan negara dan sikap bertolak ansur supaya kita semua dapat menjalinkan ikatan kukuh dan dapat memupuk semangat kesukanan bersama-sama.

TUGASAN PDRM MELALUI E-MEL ( Hannah Faqihah)



Nama : Hannah Faqihah Binti Fakhrurrozi 

Kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan.

Antaranya ialah,melalui aktiviti sukan.Banyak aktiviti sukan tradisional yang boleh disertai oleh murid pelbagai kaum seperti kaki hantu,ketinting,lompat tikus,lompat getah,galah panjang,konda kondi dan pelbagai lagi.

Selain itu,ada banyak sekali kebaikan yang dapat kita perolehi jika melakukan aktiviti yang diberi kita akan sentiasa menghormati orang lain yang berbeda kaum dengan kita,dapat merapatkan silaturahim,negara akan menjadi aman dan damai.

Kesimpulanya,kita haruslah memupuk perpaduan kaum sejak kecil lagi bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya.Supaya kita akan menghormati orang yang berbeza kaum dengan kita.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Faris Syamim)


Nama : Mohammad Faris Syamim 

kelas 6 Seroja.

Pada pendapat saya,banyak aktiviti yang dapat memupuk perpaduan murid pelbagai kaum di sekolah.

kita boleh melakukan aktiviti secara berkumpulan supaya dapat berkongsi pandangan dan pendapat sesama kumpulan.

kita juga boleh melakukan aktiviti bergotong-royong kerana bukan sahaja dapat membersihkan taman perumahan kita tetapi dapat memupuk kerjasama sesama kaum.

Kita juga boleh melakukan aktiviti senaman dan regangan badan supaya badan kita sentiasa sihat.

Kita juga boleh membantu sesama kaum jika sesebuah kaum itu dalam kesusahan, kita juga boleh menziarahi ketika menyambut sesuatu perayaan.


TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL (Fahrin Danial)



PERPADUAN MEMAJUKAN NEGARA

Nama : Mohamad Fahrin Danial 

Tahun 6 Seroja. 

Pada pandangan saya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perduan.

Antaranya, kita boleh melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan sekolah, sukaneka, membersihkan padang sekolah dan sekitar sekolah yang boleh dilakukan oleh semua kaum dan boleh merapatkan hubungan antara kaum.


Thursday 5 August 2021

CONTOH SOALAN SIMPULAN BAHASA

 Nama ___________

Kelas _______


1. Apakah simpulan bahasa yang sesuai bagi gambar di atas.

A. Ulat buku

B. Ikat perut

C. Atas angin. 

D. Baik budi 


2. Kamil disukai oleh kawan-kawannya kerana dia seorang yang_______.

A. Panjang tangan 

B. Otak udang 

C. Ringan tulang 

D. Putih mata 


3. Simpulan bahasa yang sama maksud dengan ambil angin.

A. Naik angin 

B. Atas angin 

C. Masuk angin 

D. Makan angin 


4. Pernyataan di bawah sesuai dengan simpulan bahasa atas angin.

A. Setiap tahun Ulwan dan keluarganya melancong ke Eropah. 

B. Penduduk Taman Bersatu menolong membina sebuah rumah.

C. Rupa paras anak Encik Mokhtar sangat cantik. 

D. Sebelum ke sekolah Khairul menjamah sedikit biskut.


5. Cikgu Sam suka mengajar murid kelas 6 Bakawali dan 6 Seroja kerana mereka _____.

A. Bodoh sepat 

B. Otak cair

C. Otak udang 

D. Belakang parang

Dan soalan lain yang sesuai.