Tuesday 17 August 2021

TUGASAN PDPR MELALUI E-MEL ( Aina Athirah )

 


Nur Aina Athirah bt Jamaluddin 

Kelas 6 Seroja.

Pada pandangan saya, banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekolah dalam usaha memupuk perpaduan di kalangan murid.

Antaranya ialah melalui aktiviti sukan. Pada hari sukan, semua murid akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah yang disertai oleh pelbagai kaum murid. Aktiviti ini menjadikan murid bersatu padu dalam melaksanakan acara sukan. Ini dapat mengeratkan hubungan sesama murid.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk perpaduan murid. Melalui aktiviti ini, murid yang menyertai unit beruniform, kelab dan permainan dapat bekerjasama melaksanakan pelbagai aktiviti dalam satu pasukan. Murid akan bersama-sama melaksanakan tugasan kokurikulum yang diberikan guru dengan baik dan harmoni. Hubungan antara murid juga akan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Seterusnya perkhemahan sekolah juga boleh memupuk perpaduan murid. Ini kerana, apabila melaksanakan aktiviti perkhemahan, murid akan melakukan secara berkumpulan seperti mendirikan khemah, memasak, menyanyi serta banyak lagi bersama-sama. Sikap saling tolong menolong, hormat menghormati dapat dipupuk melalui aktiviti ini.

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga dan memupuk perpaduan dalam kalangan murid untuk kebaikan semua. Seperti kata pepatah, "Bersatu teguh, bercerai roboh". 

No comments:

Post a Comment