Monday 19 February 2018

Latihan Penulisan 69 : Melengkapkan cerita

Soalan : Aku bergegas ke padang awam untuk bermain bola bersama rakan-rakanku. Sesampainya di padang aku ternampak salah seorang sahabatku menahan kesakitan di bawah sepohon pokok. Tanpa melengahkan masa.

Lengkapkan karangan kamu bermula dengan;
            Tanpa melengahkan masa ……..

Tanpa melengahkan masa aku ( 1 ) rakanku itu. Aku dapati kaki Budiman berdarah, dia menahan kesakitan. Aku bertanyakan ( 2 ) yang sebenarnya.

            Budiman memberitahu bahawa dia terpijak kaca ketika berlari-lari ( 3 ) di tepi padang. Dengan segera aku mengeluarkan sapu tangan lalu ( 4 ) pada lukanya. Aku berbuat demikian agar darah berhenti mengalir.

            Dengan dibantu oleh beberapa orang rakan yang baru sampai, kami ( 5 ) Budiman. Budiman kami ( 6 ) di sebuah bangku di tepi pokok. Aku berbual-bual dengannya agar dia bertenang.

            Sementara itu, aku meminta ( 7 ) Sani untuk ke rumah Budiman yang tidak jauh dari padang. Ibu bapanya perlu diberitahu tentang hal tersebut. Sani ( 8 ) ke rumah Budiman dengan menunggang basikal.

            Tidak berapa lama kemudian, ibu bapa Budiman tiba dengan sebuah kereta. Dalam perjalanan ke klinik aku ( 9 ) apa yang berlaku kepada ibu bapa Budiman. Mereka ( 10 ) sambil menepuk-nepuk bahuku.

            Selang beberapa hari kemudian, aku melawat Budiman di rumahnya. Ibu bapanya ( 11 ) sambil memberikan beberapa naskah buku sebagai tanda penghargaan kepadaku yang telah membantu ( 12 ) anak mereka.

menghampiriku
menceritakan
anak
baringkan
kerjasama
menyelamatkan
mengangguk
bergegas
menghampiri
hal
menekap
memapah


Latihan Penulisan 68 : Cerita ( Majlis perkahwinan)


Soalan : Kamu telah berkesempatan ke satu majlis perkahwinan. Ceritakan tentang majlis perkahwinan tersebut.

10 Disember 2017 merupakan tarikh yang paling (1) untukku. Pada tarikh tersebut sepupuku telah melangsungkan perkahwinannya. Sepupuku bernama Abdullah Yassin manakala isterinya bernama Salsabila.

          Majlis perkahwinan itu diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Muhibbah, Chemor, Perak. Sekitar dewan didirikan khemah serta (2) yang cantik. Selain daripada khemah untuk (3) tetamu, terdapat juga khemah khas yang digunakan untuk menyediakan gerai-gerai makanan.

          Gerai-gerai makanan didirikan berkonsepkan (4). Para pengunjung bebas untuk memilih (5) kegemaran mereka. Ada gerai nasi, sate, kuih-muih, mi, rojak, ais batu campur,  laksa dan macam-macam lagi. Aku sendiri mengulang ke gerai ais krim beberapa kali.

          Suasana menjadi riuh seketika apabila segerombolan pasukan tentera berpakaian putih membuat perbarisan. Mereka memainkan lagu (6) angkatan tentera. Baru kutahu bahawa sepupuku itu ialah seorang pegawai tinggi Tentera Udara Di Raja Malaysia. Dia dan isterinya berjalan di bawah silangan pedang dengan (7) pengantin berwarna putih.

          Mereka duduk sebentar di bawah khemah khas untuk menyaksikan persembahan (8) daripada beberapa pasang (9). Persembahan silat itu diiringi paluan gendang dan serunai. Inilah kali pertama aku melihat gabungan perbarisan tentera dan silat pulut dalam majlis perkahwinan.

          Kaum keluarga dan sahabat handai mengambil peluang bergambar bersama pasangan pengantin. Aku turut mengambil kesempatan bergambar dengan sepupuku yang menjadi raja sehari. Mereka sangat (10) dan sepadan bagai pinang dibelah dua.



bazar
istiadat
bermakna
pesilat
silat pulut
busana
menempatkan
juadah
hiasan
secocok

Latihan Penulisan 67 : Catatan lawatan

Soalan : Kamu telah mengikuti satu lawatan ke tempat menarik bersama rakan-rakan sekolah. Tuliskan catatan tersebut.

Sabtu, 4 November 2017

6.00 pagi.
Kami memulakan perjalanan dari Ipoh ke Melaka dengan  (1)  2 buah bas. Lawatan ke Melaka ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling, melibatkan seramai 72 orang murid dan 8 orang guru pengiring. Dalam perjalanan kami diberi  (2)  tentang keselamatan dan menonton beberapa buah filem.

11.00 pagi.
Kami tiba di pintu masuk Resort A-Famosa. Setelah   (3)  dan mendapatkan tiket masing-masing, kami pun memulakan aktiviti. Kami melawat beberapa tempat yang sangat menarik. Tempat pertama yang kami lawati ialah Taman Safari. Untuk melawat Taman Safari, kami menaiki kenderaan khas yang dilindungi   (4)  besi.

Kami melalui beberapa lokasi seolah-olah di kawasan  (5)  di Afrika. Haiwan-haiwan liar seperti rusa, zirafah, gajah, badak, dubuk dan harimau dibiarkan lepas bebas. Kenderaan khas yang kami naiki mendapat perhatian haiwan liar tersebut. Kami begitu  (6)  melihat perlakuan haiwan-haiwan ini, sesekali terperanjat dengan kejutan yang dibuat oleh Pak Belang.

8.00 malam
Setelah (7)  di Taman Safari, kami menikmati makan malam di sebuah restoran makanan (8)  dan Nyonya. Makanan yang dihidangkan nampak seperti makanan Melayu, tetapi rasa dan cara penyediaannya berbeza. Asam pedas ikan pari merupakan menu utama pada malam itu. Rasanya agak pedas, tetapi menyelerakan.

9.00 malam
Kami bergerak dalam kumpulan ke Jeti Sungai Melaka. Disebabkan bilangan kami agak ramai, dua buah bot diperlukan untuk membawa kami (9)  di Sungai Melaka. Dalam perjalanan kami diberi penerangan tentang tempat-tempat bersejarah di sepanjang sungai itu. Terdapat beberapa buah kampung yang masih mengekalkan ciri-ciri (10) dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

11.30 malam
Aktiviti pada malam itu (11) dengan daftar masuk ke hotel yang telah ditempah. Hotel tersebut terletak di Bandar Hilir. Sebelum masuk ke bilik, kami diberi taklimat oleh Encik Rizal tentang peraturan di hotel tersebut. Malam itu kami (12) sebelum meneruskan aktiviti lain pada keesokan harinya.



diakhiri
taklimat
mengenderai
tradisional
beristirahat
bersiar-siar
teruja
jeriji
Baba
berbaris
safari
seharian