Monday 30 March 2015

Latihan Penulisan 19; Permohonan Bantuan Kewangan (Surat kiriman rasmi)

SOALAN :  Unit beruniform sekolah kamu akan terlibat dalam satu perkhemahan peringkat daerah. Selaku Setiausaha tulis sepucuk surat kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Persatuan Tunas Puteri,
Sekolah Kebangsaan Setia Maju,
34200, Alor Pongsu
_____________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Setia Maju,
34200, Alor Pongsu                                                                             25 Julai 201_

Tuan,

Memohon Bantuan Kewangan Bagi Menjayakan Program Perkhemahan Tunas Puteri Peringkat Daerah

Dengan segala ____1_____ saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Tunas Puteri, Sekolah Kebangsaan Setia Maju akan terlibat dalam ___2____ Tunas Puteri peringkat  daerah Kerian. Makluman mengenai ____3______tersebut seperti berikut :
            Tarikh              : 8, 9 dan 10 Jun 201_
            Tempat                        : Kem Waja Diri, Pos Slim, Simpang Pulai
            Jumlah Peserta : 10 orang
            Pendaftaran     : RM30.00 seorang

3.         Perkhemahan tersebut bertujuan untuk mengumpulkan seramai 300 __4__ Tunas Puteri dari seluruh daerah kerian. Dalam prekhemahan itu nanti, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran kepimpinan dan pengurusan kendiri.

4.         Memandangkan jumlah pendaftaran bagi perkhemahan ini agak tinggi, maka saya ___5___ kerjasama daripada pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru untuk memberi bantuan kewangan kepada peserta. Setiap peserta akan membayar RM 15.00 manakala sebahagian lagi dibayar oleh PIBG. Oleh yang demikian saya memohon sumbangan __6___ sebanyak RM150.00 daripada pihak tuan.

5.         Pihak kami amat berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan, didahului dengan __7__ terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang ___8___.


aina
( AINA ULFAH BT RIZAL )


________9_______,
Tunas Puteri,
Sekolah Kebangsaan Setia Maju

hormatnya
memohon
kewangan
Setiausaha
perkhemahan
benar
ahli
jutaan
perkhemahan



Latihan Penulisan 18; Lawatan ke tempat menarik (catatan)

SOALAN : Kamu telah mengikuti satu lawatan ke tempat yang menarik. Tulis catatan tentang lawatan tersebut.

CATATAN LAWATAN KE MUZIUM PERAK

20 Mac 201_

7.00 __1___
Kami seramai 35 orang dari Persatuan Bahasa Melayu berkumpul di dataran perhimpunan sekolah. Sementara menunggu ketibaan bas, Encik Salehuddin memberikan ____2____ tentang lawatan kami ke Muzium Perak di Taiping.

9.00 pagi
Bas yang kami naiki berhenti di dataran meletak bas di Taman Tasik Taiping. Semua pelajar ___3____ mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru. Di sini kami menikmati sarapan pagi sambil ____4_____ udara yang segar.

10.00 pagi
Kami tiba di perkarangan Muzium Perak. Kami diberi masa hingga pukul 1.00 tengah hari untuk melawat muzium berkenaan. Melalui pameran di ____5____ tersebut aku dan rakan-rakanku dapat melihat pelbagai khazanah penting negara.

12.00 ____6_____
Kami dibawa ke ruang audio visual. Di sana kami diberi penerangan khas oleh Pegawai Penerangan Muzium tentang sejarah Taiping. Kami juga sempat menonton tayangan ___7___ selama 30 minit.

1.30 petang
Semua peserta rombongan mula berasa___8___. kami menikmati makan tengah hari di asrama Sekolah Raja Tun Azlan Shah yang terletak tidak sampai 10 minit dari Muzium Perak. Selepas makan kami berpeluang melawat sekolah berasrama ____9___ itu.

5.00 petang
Kerana terlalu penat kami langsung tidak sedar bahawa kami telah sampai di ___10____ sekolah. Walaupun singkat, namun lawatan itu sangat bermakna.

  lapar
tengah hari
penuh
video
bergerak
menghirup
perkarangan
taklimat
muzium
pagi


Saturday 21 March 2015

Latihan Penulisan 17 : Menyambung cerita

Soalan : Sebaik sahaja ayah menghentikan keretanya, dengan pantas aku meluru kea rah datuk dan nenek. Aku …….

Mulakan karangan kamu dengan perkataan …. Aku …….

            Aku menyalami dan memeluk mereka berdua. Datuk dan nenek kelihatan sangat gembira dengan kepulangan kami sekeluarga.

            Seperti yang dijanjikan sejak seminggu lalu, datuk membawa aku ke ___1___ buah-buahan yang terletak tidak jauh dari rumah. Kami ditemani oleh Pak Long dan Pak Tam. Aku mendapati buah-buahan di dusun datuk sudah boleh dipetik hasilnya. Buah durian berlonggok di___2____. Manakala buah manggis, rambutan, langsat, pulasan, duku dan mangga menunggu masa untuk dipetik.

            Pak Long memanjat pokok manggis. Pak Tam pula memanjat pokok langsat. Aku kagum melihat kepantasan mereka memanjat pokok-pokok yang tinggi itu. Aku cuba memanjat pokok ___3___ di tepi dangau tanpa diketahui oleh datuk. Sedar tidak sedar aku sudah berada di hujung __4____. Oh tidak, aku berasa gayat. Aku memanggil-manggil nama datuk minta tolong.

            Datuk terperanjat apabila mendapati aku memeluk ____5____ pokok manggis di atas kepalanya. Datuk meminta bantuan Pak Long untuk menurunkan aku. Di rumah, semua orang ketawakan aku apabila Pak Long menceritakan kejadian itu kepada ayah dan ibu. Aku hanya tersipu malu. Aku ingatkan ayah akan memarahiku, rupa-rupanya tidak. Kata ayah aku harus ____6_____ pengalaman sebagai budak kampung agar lebih lasak dan tabah.

            Pada sebelah petang nenek beristirahat di __7____ rumah. Nenek menggobek sirih sambil menganyam ____8___ daun mengkuang. Aku kagum melihat kebolehan nenek menganyam daun ___9____. Aku mengambil kesempatan untuk cuba menganyam, tetapi aku tidak berjaya. Kata nenek untuk mempelajari menganyam mengkuang memerlukan masa yang lama.

            Setelah seminggu menghabiskan masa di ___10____, kami perlu pulang ke Putrajaya. Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Kami pulang dengan dibekalkan buah-buahan tempatan yang dipetik sendiri. Aku melambaikan tangan ke arah  datuk dan nenek. Cuti akan datang aku pasti kembali.


dangau
dusun
beranda
dahan
manggis
terendak
mengkuang
kampung
batang
menimba

Tuesday 17 March 2015

Latihan Penulisan 16 : Aku Sepohon Pokok Bunga (Autoboigrafi)

SOALAN : TULIS SEBUAH KARANGAN YANG BERTAJUK AKU SEPOHON POKOK BUNGA.

Aku Sepohon Pokok

Aku dilahirkan di sebuah pusat penyemaian di Ipoh. Aku dipelihara dan dijaga ____1___ rakan karibku yang terdiri daripada pertunia, orkid, siantan, melur dan banyak lagi.

Aku merupakan sepohon pokok yang sangat istimewa. Badanku merupakan batang kayu yang agak lembut, berdaun besar dan rupaku juga sangat besar. Aku ialah bunga matahahari.

Apabila usiaku mencapai 2 bulan aku dipindahkan ke kedai ___2___ di Rapat Setia. Aku melihat banyak spesis pokok bunga dijual di kedai tersebut. Seorang wanita _____3______ lalu mengambilku untuk dibawa pulang setelah membayar dengan harga RM50.00.

Sesampainya di rumah aku dipindahkan ke sebuah pasu besar. Aku mendapat ramai kawan baharu yang sangat cantik dan wangi. Setiap hari kami dimandikan sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Aku berasa sangat segar dan sihat.

Setelah beberapa bulan tinggal bersama kawan baharu, aku semakin tinggi. Aku telah mengeluarkan tiga kuntum bunga berwarna kuning ____4____. Setiap hari aku dikunjungi oleh ___5___ dan ___6___ karib tuanku. Mereka ___7___ akan kecantikanku.

Aku sangat gembira dan bangga kerana bunga besarku telah menyerikan halaman rumah tuanku.  Tuanku menjaga aku dan ____8___ dengan penuh kasih sayang.


bunga-bungaan
rakan-rakanku
keemas-emasan
bersama-sama
membelek-belekku
memuji-muji
jiran-jiran
rakan-rakan

Latihan Penulisan 15 : Kebaikan Penggunaan Ketuhar Mikrogelombang (Perbahasan)

SOALAN : KAMU TELAH MENYERTAI SATU PERTANDINGAN BAHAS. TAJUK PERBAHASAN KAMU IALAH PENGGUNAAN KETUHAR MIKROGELOMBANG MENDATANGKAN BANYAK KEBAIKAN. TULIS PERBAHASAN TERSEBUT DENGAN LENGKAP.

Kebaikan Ketuhar Mikrogelombang 

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, para ____1___ yang arif lagi bijaksana para hakim serta sidang hadirin sekalian. Pada pagi yang bertuah ini, saya ingin  membahaskan tajuk  yang menjadi medan ______2_____ kita “Penggunaan Ketuhar Mikrogelombang Lebih Banyak Membawa Kebaikan”.

Hadirin sekalian,
Kita semua sedia maklum bahawa ketuhar mikrogelombang bukan lagi suatu peralatan asing di dapur, malah dapat dikatakan hampir setiap rumah ____3______. Tambahan pula, harganya kini makin murah dan memungkinkan alat ini mampu dimiliki berbanding ketika alat ini mula memasuki pasaran. Dapur moden ini banyak membantu ibu dan suri rumah memasak makanan dalam tempoh masa yang singkat, tanpa perlu mengotorkan ruang dapur.

Penggunaan ketuhar _____4______ memang banyak kelebihannya. Selain proses memasaknya yang mudah dan cepat, zat yang terkandung dalam makanan dapat dikekalkan jika kaedah ini digunakan dengana betul. Sebagai contoh, vitamin C amat peka terhadap haba. Oleh itu, jika kita memasak dengan menggunakan kaedah lain, akan hilanglah vitamin yang banyak itu. Hal ini berbeza daripada penggunaan dapur ____5___ ini kerana zat makanan akan tetap dikekalkan meskipun makanan tersebut sudah masak.

Apabila memasak makanan dengan menggunakan ketuhar ini, kita perlu memasukkannya ke dalam bekas dan menutupnya. Hal ini demikian supaya ____6____ lembap dapat dihasilkan dan makanan akan masak sekata. Oleh itu, pemanasan haba ini akan membunuh bakteria dalam makanan. Sebagai contoh, jika kita membakar seekor ayam dalam ketuhar ini, suhu yang sesuai akan membakar ayam dengan sekata tanpa menyebabkan bahagian luarnya ____7___. Tentu _____8____ rasanya, bukan?

Sebagai penutup bicara, ingin saya tekankan bahawa penggunaan ketuhar mikrogelombang menguntungkan pengguna yang ____9___ memanfaatkan kemajuan sains dan teknologi yang sedia ada. Oleh itu, hargailah kemajuan sains dan teknologi untuk kemudahan kita semua.

Sidang hadirin sekalian, sebelum mengundur diri, saya tegaskan bahawa ketuhar mikrogelombag banyak faedahnya.

______10____, terima kasih.


memilikinya
bijak
hangus
hakim
Sekian
mikrogelombang
haba
moden
perdebatan
lazat

Latihan Penulisan 14 : Perkhemahan Unit Beruniform (Laporan)

SOALAN : Persatuan unit beruniform yang kamu sertai telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan. Tulis laporan itu selegkapnya.

LAPORAN PERKHEMAHAN PERSATUAN TUNAS KADET
REMAJA SEKOLAH, SEKOLAH KEBANGSAAN ANJUNG BERKAT, IPOH
     
           Pada hari Jumaat, 27 Mei 2014 yang lalu, seramai 40 orang ...(1)... Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan enam orang guru penasihat dari Sekolah Kebangsaan Anjung Berkat, Ipoh telah ...(2)... Perkhemahan Asas Jaya Diri bertempat di Hutan Lipur Papan, Perak.
          
           Di lokasi perkhemahan tersebut, ketua …(3)… memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota TKRS. Tanpa membuang masa, kami pun …(4)… khemah. Di samping itu, ada anggota yang menyediakan peralatan untuk memasak dan tugasan-tugasan lain seperti yang telah diagihkan.
          
           Waktu makan tengah hari telah ...(5)... pada pukul 12.30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk berbincang tentang ....(6)... yang akan dijalankan dan mengemas peralatan yang digunakan dalam persembahan tersebut.
          
           Pada sebelah malamnya, selepas solat Isyak, aktiviti ...(7)... diadakan. Latihan dalam kumpulan dikendalikan oleh guru-guru penasihat TKRS. Melalui aktiviti ini kami diberi pendedahan tentang pentingnya disiplin dalam kalangan pelajar. Aktiviti ini …(8)… pada pukul 11.00 malam. 
          
           Ahad, 29 Mei 2014, berakhirlah perkhemahan kami. Pada pukul 2.30 petang, kami ...(9)...  mengemaskan...(10)... dan alat-alat perkhemahan serta membersihkan tapak perkhemahan. Kami bertolak pulang sejurus selepas majlis perasmian disempurnakan oleh Guru Besar.
            
Laporan disediakan oleh,                                                                                                   10 Jun 2014.                                                                          
            Ahmad Zahir
( AHMAZ ZAHIR BIN SAIFULLAH)
Setiausaha Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Anjung Berkat. 


tapak perkhemahan
penasihat
ditetapkan
aktiviti
tamat
latihan dalam kumpulan
bekerjasama
anggota
mendirikan
mengadakan

Latihan Penulisan 13 : Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah (Berita)

SOALAN : Sekolah kemu telah mengadakan satu Majlis Pelantikan Pengawas, tulis sebuah berita tentang majlis pelantikan pengawas tersebut.


Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Teman Jaya, Ipoh

IPOH, 12 April – Lembaga Disiplin Dan Pengawas Sekolah, Sekolah Kebangsaan Teman Jaya, Ipoh telah mengadakan majlis __1___ pengawas sekolah tersebut. Majlis yang _____2____ di Dewan Bestari itu telah dirasmikan oleh Yang Setia, Inspektor Khairul Nizam Bin Tajudin, Ketua Polis Balai, Balai Polis Simpang Pulai.

Majlis yang bertujuan untuk menyerahkan watikah pelantikan pengawas itu dimulai dengan ucapan Encik Rizal Bin Salim, Guru Besar sekolah berkenaan. Dalam ucapannya, Inspektor Khairul Nizam ___3___ berkata bahawa masalah dalam kalangan remaja kini semakin buruk. Banyak kes berat yang melibatkan remaja dilaporkan berlaku saban hari.

Beliau berharap dengan adanya pengawas sekolah, masalah ___4___ dalam kalangan pelajar dapat dibendung. Justeru beliau menaruh harapan agar para pengawas yang dilantik boleh menjadi ____5__ terbaik kepada semua pelajar sekolah.  Disiplin yang diterapkan boleh membantu para pelajar mengelakkan diri dari ____6____ dalam perbuatan tidak bermoral.

Sebaik sahaja majlis penyerahan watikan pelantikan disempurnakan, para pengawas sekolah melafazkan ___7__ kepimpinan muda. Lafaz ikrar tersebut telah ___8____ oleh saudara  Mohd Amin Bin Nizarudin. Sebagai tanda penghargaan cenderamata telah disampaikan sendiri oleh saudara Mohd Amin Bin Nizaruddin dengan diperhatikan oleh guru besar sekolah berkenaan.

Sebelum malis tersebut berakhir, para pengawas bergambar ____9___ Inspektor Khairul Nizam, Guru Besar serta guru-guru disiplin sekolah. Majlis __10___ pada jam 10.45 pagi.



contoh
diketuai                 
bersama-sama
terjebak
disiplin
pelantikan
dilaporkan
berakhir
ikrar
        berlangsung

Sunday 15 March 2015

Latihan Penulisan 12; Peribahasa Belakang Parang jika Diasah Lagikan Tajam

SOALAN : TULIS SEBUAH KARANGAN BERDASARKAN PERIBAHASA ‘BELAKANG PARANG JIKA DIASAH LAGIKAN TAJAM’


            Aku berasa sangat ______ dan gelisah, setiap kali ujian dijalankan tentu aku akan duduk dalam senarai murid _______ dalam kelas. Memang betul kata ibu bapaku, aku suka membuang masa begitu sahaja. Guru-guru juga sering menasihati aku agar menumpukan perhatian dalam pelajaran.

            Cikgu Ashikin memberitahu aku bahawa aku bukanlah bodoh. Semua manusia dikurniakan otak yang sama, sejauh mana otak berfungsi bergantung kepada individu itu sendiri. Ya! Aku mahu otakku _______ dengan baik. Aku perlu berubah.

            Sejak dinasihati berkali-kali oleh cikgu dan dimarahi oleh ibu bapaku, aku mula sedar. Aku menjauhi rakan-rakan yang suka membuang masa di pusat kafe siber, aku juga mengurangkan bermain alat permainan video. Itulah punca aku ______ dalam kelas.

            Aku memberanikan diri bertanya kepada guru setiap pelajaran yang aku tidak faham. Memang benar, aku jauh ketinggalan daripada rakan-rakanku yang lain. Mujurlah rakan-rakanku tidak _____ untuk membimbing dan membantu aku. Setiap petang aku akan ke rumah Herman untuk mengadakan kumpulan perbincangan. Herman dan rakan-rakanku yang lain banyak _______ aku.

            Ibu bapaku berasa gembira dengan perubahan yang aku tunjukkan. Mereka berjanji akan menghadiahkan aku sepasang kasut sukan ____ aku berjaya ________ peningkatan dalam ujian akan datang. Aku berazam untuk membuktikan bahawa aku boleh berubah.

            Ujian bulanan sudahpun diumumkan. Walupun aku tidak lulus dalam 2 mata pelajaran tetapi aku berpuas hati kerana aku ________ dengan baik. Aku yakin Peperiksaan Akhir Tahun akan datang aku akan cemerlang. Aku _______ kepada peribahasa ‘belakang parang kalau diasah lagikan tajam’.


mengantuk
meningkat
digunakan
tercorot
membantu
menunjukkan
lokek
berpegang
sugul
jika

Friday 13 March 2015

Latihan Penulisan 11. Faedah Hobi

SOALAN : SETIAP ORANG MEMPUNYAI HOBI TERSENDIRI UNTUK MENGISI MASA LAPANG. TULIS KARANGAN TENTANG FAEDAH HOBI.

Faedah Hobi Kepada Kita

Setiap orang mempunyai hobi. Hobi ialah aktiviti __________ yang dilakukan pada masa lapang. Terdapat pelbagai jenis hobi yang boleh dipilih bagi memenuhi masa yang terluang. Antaranya ialah mengumpul setem, membaca, _________ dan sebagainya.

            Hobi banyak manfaatnya, antaranya ialah melalui hobi mengumpul ______ kita dapat mengetahui tentang sejarah negara. Setem yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia biasanya berdasarkan peristiwa tertentu seperti kemerdekaan, pertabalan _______ dan seniman negara.

            Melalui hobi membaca, seseorang murid boleh mengetahui tentang perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Di samping itu, dapat pula menambahkan _______ kata untuk digunakan dalam mata pelajaran bahasa Melayu.

            Sekiranya kita bijak, hobi tertentu boleh digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Contohnya _________ bunga. Kreativiti menggubah bunga menjadi perhiasan, bunga telur atau bunga roset boleh menarik ________ orang lain untuk membelinya. Dengan cara ini kita boleh mendapatkan wang secara sambilan.

            Selain itu hobi juga boleh memberikan hiburan. Sesetengah orang gemar menyanyi. Melalui aktiviti menyanyi bersama keluarga, kita bukan sahaja dapat memberikan _______ malah boleh ________ hubungan antara keluarga.

            Jelaslah bahawa hobi merupakan sesuatu yang sangat berfaedah kepada kita. Apa yang penting ialah, pilihlah hobi yang sesuai dengan ________ dan kemampuan masing-masing.



hiburan
minat
minat
raja
merapatkan
memasak
menggubah
berfaedah
setem
perbendaharaan