Tuesday 17 March 2015

Latihan Penulisan 16 : Aku Sepohon Pokok Bunga (Autoboigrafi)

SOALAN : TULIS SEBUAH KARANGAN YANG BERTAJUK AKU SEPOHON POKOK BUNGA.

Aku Sepohon Pokok

Aku dilahirkan di sebuah pusat penyemaian di Ipoh. Aku dipelihara dan dijaga ____1___ rakan karibku yang terdiri daripada pertunia, orkid, siantan, melur dan banyak lagi.

Aku merupakan sepohon pokok yang sangat istimewa. Badanku merupakan batang kayu yang agak lembut, berdaun besar dan rupaku juga sangat besar. Aku ialah bunga matahahari.

Apabila usiaku mencapai 2 bulan aku dipindahkan ke kedai ___2___ di Rapat Setia. Aku melihat banyak spesis pokok bunga dijual di kedai tersebut. Seorang wanita _____3______ lalu mengambilku untuk dibawa pulang setelah membayar dengan harga RM50.00.

Sesampainya di rumah aku dipindahkan ke sebuah pasu besar. Aku mendapat ramai kawan baharu yang sangat cantik dan wangi. Setiap hari kami dimandikan sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Aku berasa sangat segar dan sihat.

Setelah beberapa bulan tinggal bersama kawan baharu, aku semakin tinggi. Aku telah mengeluarkan tiga kuntum bunga berwarna kuning ____4____. Setiap hari aku dikunjungi oleh ___5___ dan ___6___ karib tuanku. Mereka ___7___ akan kecantikanku.

Aku sangat gembira dan bangga kerana bunga besarku telah menyerikan halaman rumah tuanku.  Tuanku menjaga aku dan ____8___ dengan penuh kasih sayang.


bunga-bungaan
rakan-rakanku
keemas-emasan
bersama-sama
membelek-belekku
memuji-muji
jiran-jiran
rakan-rakan

1 comment:

  1. Terima kasih untuk perkongsian ini .. saya dapat menginspirasikan daripada cerita ini

    ReplyDelete