Monday 30 March 2015

Latihan Penulisan 19; Permohonan Bantuan Kewangan (Surat kiriman rasmi)

SOALAN :  Unit beruniform sekolah kamu akan terlibat dalam satu perkhemahan peringkat daerah. Selaku Setiausaha tulis sepucuk surat kepada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan bantuan kewangan.

Persatuan Tunas Puteri,
Sekolah Kebangsaan Setia Maju,
34200, Alor Pongsu
_____________________________________________________________________

Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Setia Maju,
34200, Alor Pongsu                                                                             25 Julai 201_

Tuan,

Memohon Bantuan Kewangan Bagi Menjayakan Program Perkhemahan Tunas Puteri Peringkat Daerah

Dengan segala ____1_____ saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Tunas Puteri, Sekolah Kebangsaan Setia Maju akan terlibat dalam ___2____ Tunas Puteri peringkat  daerah Kerian. Makluman mengenai ____3______tersebut seperti berikut :
            Tarikh              : 8, 9 dan 10 Jun 201_
            Tempat                        : Kem Waja Diri, Pos Slim, Simpang Pulai
            Jumlah Peserta : 10 orang
            Pendaftaran     : RM30.00 seorang

3.         Perkhemahan tersebut bertujuan untuk mengumpulkan seramai 300 __4__ Tunas Puteri dari seluruh daerah kerian. Dalam prekhemahan itu nanti, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran kepimpinan dan pengurusan kendiri.

4.         Memandangkan jumlah pendaftaran bagi perkhemahan ini agak tinggi, maka saya ___5___ kerjasama daripada pihak Persatuan Ibu Bapa Dan Guru untuk memberi bantuan kewangan kepada peserta. Setiap peserta akan membayar RM 15.00 manakala sebahagian lagi dibayar oleh PIBG. Oleh yang demikian saya memohon sumbangan __6___ sebanyak RM150.00 daripada pihak tuan.

5.         Pihak kami amat berharap agar permohonan ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak tuan. Kerjasama daripada pihak tuan, didahului dengan __7__ terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang ___8___.


aina
( AINA ULFAH BT RIZAL )


________9_______,
Tunas Puteri,
Sekolah Kebangsaan Setia Maju

hormatnya
memohon
kewangan
Setiausaha
perkhemahan
benar
ahli
jutaan
perkhemahan



No comments:

Post a Comment