Saturday 21 March 2015

Latihan Penulisan 17 : Menyambung cerita

Soalan : Sebaik sahaja ayah menghentikan keretanya, dengan pantas aku meluru kea rah datuk dan nenek. Aku …….

Mulakan karangan kamu dengan perkataan …. Aku …….

            Aku menyalami dan memeluk mereka berdua. Datuk dan nenek kelihatan sangat gembira dengan kepulangan kami sekeluarga.

            Seperti yang dijanjikan sejak seminggu lalu, datuk membawa aku ke ___1___ buah-buahan yang terletak tidak jauh dari rumah. Kami ditemani oleh Pak Long dan Pak Tam. Aku mendapati buah-buahan di dusun datuk sudah boleh dipetik hasilnya. Buah durian berlonggok di___2____. Manakala buah manggis, rambutan, langsat, pulasan, duku dan mangga menunggu masa untuk dipetik.

            Pak Long memanjat pokok manggis. Pak Tam pula memanjat pokok langsat. Aku kagum melihat kepantasan mereka memanjat pokok-pokok yang tinggi itu. Aku cuba memanjat pokok ___3___ di tepi dangau tanpa diketahui oleh datuk. Sedar tidak sedar aku sudah berada di hujung __4____. Oh tidak, aku berasa gayat. Aku memanggil-manggil nama datuk minta tolong.

            Datuk terperanjat apabila mendapati aku memeluk ____5____ pokok manggis di atas kepalanya. Datuk meminta bantuan Pak Long untuk menurunkan aku. Di rumah, semua orang ketawakan aku apabila Pak Long menceritakan kejadian itu kepada ayah dan ibu. Aku hanya tersipu malu. Aku ingatkan ayah akan memarahiku, rupa-rupanya tidak. Kata ayah aku harus ____6_____ pengalaman sebagai budak kampung agar lebih lasak dan tabah.

            Pada sebelah petang nenek beristirahat di __7____ rumah. Nenek menggobek sirih sambil menganyam ____8___ daun mengkuang. Aku kagum melihat kebolehan nenek menganyam daun ___9____. Aku mengambil kesempatan untuk cuba menganyam, tetapi aku tidak berjaya. Kata nenek untuk mempelajari menganyam mengkuang memerlukan masa yang lama.

            Setelah seminggu menghabiskan masa di ___10____, kami perlu pulang ke Putrajaya. Sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Kami pulang dengan dibekalkan buah-buahan tempatan yang dipetik sendiri. Aku melambaikan tangan ke arah  datuk dan nenek. Cuti akan datang aku pasti kembali.


dangau
dusun
beranda
dahan
manggis
terendak
mengkuang
kampung
batang
menimba

No comments:

Post a Comment