Monday 30 March 2015

Latihan Penulisan 18; Lawatan ke tempat menarik (catatan)

SOALAN : Kamu telah mengikuti satu lawatan ke tempat yang menarik. Tulis catatan tentang lawatan tersebut.

CATATAN LAWATAN KE MUZIUM PERAK

20 Mac 201_

7.00 __1___
Kami seramai 35 orang dari Persatuan Bahasa Melayu berkumpul di dataran perhimpunan sekolah. Sementara menunggu ketibaan bas, Encik Salehuddin memberikan ____2____ tentang lawatan kami ke Muzium Perak di Taiping.

9.00 pagi
Bas yang kami naiki berhenti di dataran meletak bas di Taman Tasik Taiping. Semua pelajar ___3____ mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang guru. Di sini kami menikmati sarapan pagi sambil ____4_____ udara yang segar.

10.00 pagi
Kami tiba di perkarangan Muzium Perak. Kami diberi masa hingga pukul 1.00 tengah hari untuk melawat muzium berkenaan. Melalui pameran di ____5____ tersebut aku dan rakan-rakanku dapat melihat pelbagai khazanah penting negara.

12.00 ____6_____
Kami dibawa ke ruang audio visual. Di sana kami diberi penerangan khas oleh Pegawai Penerangan Muzium tentang sejarah Taiping. Kami juga sempat menonton tayangan ___7___ selama 30 minit.

1.30 petang
Semua peserta rombongan mula berasa___8___. kami menikmati makan tengah hari di asrama Sekolah Raja Tun Azlan Shah yang terletak tidak sampai 10 minit dari Muzium Perak. Selepas makan kami berpeluang melawat sekolah berasrama ____9___ itu.

5.00 petang
Kerana terlalu penat kami langsung tidak sedar bahawa kami telah sampai di ___10____ sekolah. Walaupun singkat, namun lawatan itu sangat bermakna.

  lapar
tengah hari
penuh
video
bergerak
menghirup
perkarangan
taklimat
muzium
pagi


No comments:

Post a Comment