Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 2 : Faedah Lawatan Sambil Belajar

SOALAN : MENYERTAI LAWATAN BANYAK FAEDAHNYA KEPADA MURID-MURID. TULIS SEBUAH KARANGAN BERTAJUK FAEDAH MENYERTAI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

FAEDAH MENGIKUTI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Kebanyakan sekolah sering mengadakan lawatan sambil belajar melalui persatuan, kelab dan sebagainya. Lawatan ini biasanya dianjurkan ke tempat-tempat _____1____, pusat-pusat pameran dan juga tempat-tempat yang menarik. Kebiasaannya murid-murid dibawa ke tempat lawatan dengan menaiki bas yang _____2____khas.

Antara faedah mengikuti lawatan sambil belajar ialah kita dapat menambahkan pengetahuan. Sebagai contoh, jika kita melawat ke Pusat Sains Negara, kita akan memperoleh banyak ____3_____ tentang ilmu sains dan teknologi. Secara tidak langsung, kita dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam mata pelajaran Sains ketika _____4_____ di dalam kelas.

            Selain itu, kita akan dapat memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti _____5____  sekiranya kita tidak mengikuti lawatan, kita mungkin akan membuang ____6_____ dengan menonton televisyen sahaja atau menghabiskan masa bermain permainan viseo. Hal ini sudah pasti  akan menyebabkan masa kita akan terbuang dengan _____7______.

            Seterusnya kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan rakan-rakan. Melalui sesebuah lawatan, kita akan _____8______ dan bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini sudah pasti akan mewujudkan ______9_____ yang lebih mesra dalam kalangan rakan yang berlainan kelas dan _______10________.

            Mengikuti lawatan sambil belajar juga dapat menenangkan fikiran. Contohnya jika kita melawat ke tempat-tempat peranginan. Suasana yang mendamaikan ini dapat ______11_____ otak kita setelah penat belajar. Keindahan alam semula jadi tentu membantu menghilangkan stress.

            Kesimpulannya, mengikuti lawatan sambil belajar merupakan aktiviti yang banyak membawa faedah kepada diri kita. Oleh itu, jika ada ______12______ janganlah melepaskan peluang untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.



kesempatan
merehatkan
bersejarah
disewa
berfaedah
berkomunikasi
hubungan
aliran
pengetahuan
pembelajaran
sia-sia
masa

7 comments:

  1. NI ADALAH SALAH SATU CARA YANG SUSAH UNTUK ANAK MURID YANG LEMAH DALAM BM PENULISAN......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan latihan untuk kumpulan murid lemah. Kumpulan murid lemah ada latihan lain. Penulisan 15 ayat.
      satu perenggan 3 ayat mudah. 5 perenggan 15 ayat, cukup untuk mencapai markah minimum dan lulus.

      Delete
  2. Ini ialah karangan yang bermanfaat kepada pelajaran yang lemah dan mahir.

    ReplyDelete
  3. Karangan yang paling lemah untuk pelajar pelajar sekolah

    ReplyDelete