Thursday 12 March 2015

Latihan Penulisan 6 : Peribahasa (Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit)

 Soalan :  “Sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit.” Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa tersebut

Sikit-Sikit Lama-Lama Jadi Bukit

Aku sangat menyukai ___________ Transformers, aku juga berhasrat untuk memiliki sebuah buku cerita Transformers yang telah ditulis dalam bahasa Melayu. Harganya agak mahal. Buku itu berharga RM50.00.

Aku meminta agar ayah membelikan aku buku tersebut. Ayah bersetuju tetapi dia hanya memberikan aku RM20.00 sahaja. Aku diminta untuk mengusahakan sendiri baki lagi RM30.00. Untuk mendapatkan RM30.00 aku perlu _________ sesuatu.

Mulai hari itu aku berjimat cermat. Wang saku yang diberikan oleh ayah sebanyak RM2.00 setiap hari aku jimatkan. Aku hanya berbelanja _________ RM1.00 sahaja, bakinya aku simpan dalam tabung. Di kantin aku membeli makanan sahaja, air minuman aku bawa bekal dari rumah.

Di samping itu, aku berusaha mengumpulkan surat khabar lama dan tin minuman. Aku perolehi daripada rumah jiran dan dari rumahku _________. Malah ayah dan ibu turut membantuku dengan memberikan surat khabar dan tin minuman kepadaku.  Apabila sudah banyak, ayah membawaku ke kedai barangan_________. Wang hasil jualan aku simpan.

Dalam tempoh sebulan sahaja aku telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM40.00. Jumlah tersebut jauh melebihi ___________. Ayah membawa aku ke kedai buku petang itu juga. Di kedai buku aku membeli buku Transformers yang aku ___________ dengan wang hasil titik peluhku sendiri. Tanpa aku sangka ayah membelikan pula buku Transformers _______ kedua sebagai hadiah kepadaku.

Ayah memuji tindakanku. Kata _______ ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’. Mulai hari itu aku menjadikan amalan menabung dan mengumpulkan akhbar lama sebagai ________.




melakukan
ayah
sendiri
lusuh
rancangan
idam-idamkan
sebanyak
sasaran
hobi
siri



No comments:

Post a Comment