Ketika cuti sekolah yang lalu kamu dan keluarga telah melakukan aktiviti yang menarik. Ceritakan tentang aktiviti tersebut.
Cuti sekolah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Pada waktu inilah pelbagai aktiviti boleh dilakukan ( 1 ) ahli keluarga.
Aku dan keluargaku telah mengisi ( 2 ) dengan melancong ke beberapa tempat menarik
di Teluk Intan, Perak. Pertama sekali, kami pergi ke majlis perkahwinan anak
kepada kawan ayah dan ibu di Kampung Banjar. Majlis perkahwinan tersebut
diadakan di sebuah rumah di ( 3 ) sawah padi. Aku sangat asyik melihat
pemandangan sawah padi yang begitu mempesonakan
Sebaik sahaja ( 4 ) dengan tuan rumah dan bergambar dengan pengantin, kami bergerak menuju ke Bandar Teluk Intan. Tujuan utama kami ialah melawat sebuah bangunan yang bersejarah iaitu Menara Teluk Intan. Menara ini sangat unik kerana binaannya senget. Disebabkan itulah Teluk Intan menjadi perhatian dunia.
Kami mengambil kesempatan menaiki
menara tersebut. Di ( 5 ) itu, aku dapat melihat pemandangan sekitar Bandar
Teluk Intan. Kata ibuku, nama lama bagi Bandar ini ialah Teluk Anson. Sebagai (
6 ), kami merakan banyak gambar dan
video di sekitar menara tersebut
Setelah makan makan di sebuah warung berhampiran sawah padi, kami bergegas ke ( 7 ) . Rumah sewa tersebut merupakan sebuah rumah tradisional yang terletak di sawah padi dan kebun ( 8 ). Ini merupakan pengalaman pertamaku tinggal di kawasan kampung seperti ini.
Pada malam itu, aku mendengar ayahku bercerita tentang kehidupan zaman ( 9 ) di kampung. Malam itu kami beristirahat kerana keesokannya kami akan meneruskan aktiviti melancong ke ( 10 ) Matahari yang terletak berhampiran laut di Kampung Tanjung Karang.
bersama-sama |
bersalam-salaman |
tengah-tengah |
kenang-kenangan |
kanak-kanaknya |
Taman Bunga |
puncak menara |
rumah sewa |
cuti sekolah |
kepala sawit |