Wednesday 28 August 2019

Penulisan 78 : Laporan Hari Kantin SK Mesra Jaya


Laporan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya

Pada 27 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya telah mengadakan program hari kantin. Program ini melibatkan beberapa persatuan dari unit kokurikulum.  Antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Bahasa Melayu, Sains, Kebudayaan, Setia, Pembimbing Rakan Sebaya, Bahasa Inggeris dan badan-badan beruniform.

            Dalam program tersebut, Persatuan Bahasa Melayu membuka sebuah gerai yang menjual buku-buku terpakai dan buku-buku baharu. Buku-buku terpakai disumbangkan oleh anggota persatuan. Manakala buku-buku baharu diperolehi melalui syarikat-syarikat penerbitan.

            Sepanjang hari kantin tersebut berlangsung, para pengunjung berurus niaga menggunakan kupon khas yang disediakan oleh urusetia. Wang tunai tidak digunakan. Para pengunjung yang mengunjungi hari kantin ini menukar wang tunai kepada kupon di kaunter khas yang disediakan. Penggunaan kupon bertujuan untuk menyelaraskan urussn kewangan.

            Antara gerai yang mendapat sambutan ramai ialah gerai makanan, minuman dan gerai buku. Pelbagai makanan dan minuman dijual. Ada makanan berat dan makanan ringan. Begitu juga dengan minuman, pengunjung boleh menikmati minuman sejuk atau panas dengan harga yang berpatutan.

            Selain itu, terdapat juga pameran daripada pelbagai agensi. Pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) turut membuat pameran, tayangan dan demonstrasi. Murid-murid begitu teruja mengaksikan demonstrasi perang dan kawad oleh pasukan TUDM. Mereka juga berpeluang melihat senjata dan merakamkan gambar bersama model pesawat tempur.

            Hari kantin ini tamat pada pukul 6.00 petang. Setelah gerai ditutup dan para pengunjung beransur meninggalkan lokasi, para petugas menjalankan proses mengemas dan membersihkan kawasan sekolah. Walaupun keletihan, semua pihak gembira kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang sangat bermakna ini.

Disediakan oleh;                                                                                         4 April 2019
Zikridaealdani
( ZIKRI DANEAL BIN SHAMSUL DANI)
Setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya

Penulisan 77 : Kebaikan Hidup Berjiran


Kebaikan Hidup Berjiran

Siapakah jiran? Jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita. Walaupun mereka tiada hubungan kekeluargaan dengan kita, tetapi mereka ibarat ahli keluarga sendiri. Oleh itu kenalilah ( 1 ) sendiri.

          Melalui hidup berjiran kita boleh ( 2 ) dan membantu antara satu sama lain. Sekiranya kita menghadapi apa-apa masalah seperti kerosakan kenderaan, jiranlah yang ( 3 ) membaiki kenderaan kita. Bahkan jiran boleh menolong meminjamkan kenderaan mereka kepada kita.

          Jiran juga berperanan ( 4 ) sesebuah komuniti. Pada musim-musim perayaan, kebiasaannya orang ramai akan meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung. Pada masa inilah jiran yang tidak bercuti boleh ( 5 ) keadaan rumah kita selamat daripada penceroboh.

          Melalui ( 6 ) dan persatuan penduduk, sesebuah komuniti boleh menjalankan aktiviti rondaan keselamatan. Rondaan keselamatan ini sebagai satu usaha murni untuk memastikan kawasan kejiranan selamat daripada sebarang (7 ).

          Seterusnya, jiran yang prihatin akan sentiasa ( 8 ) keadaan sesama sendiri. Seandainya ada jiran yang sakit, lawatilah mereka sama ada di rumah mahupun di hospital. Sambil itu bawalah buah tangan dan berikan kata-kata semangat kepadanya. Dengan cara ini hubungan sesama jiran akan ( 9 ).

          Kesimpulannya, amalkanlah sikap saling menghormati dan toleransi antara jiran. Lebih-lebih lagi jira yang terdiri daripada pelbagai ( 10 ).

jiran tetangga
akan membantu
 saling menolong
menjamin keselamatan
membantu memantau
Rukun Tetangga
 mala petaka
 semakin erat
mengambil tahu
kaum dan agama  



Penulisan 76 : Catatan melawat tempat bersejarah ( Melaka )


Soalan 1 : Catatan melawat tempat bersejarah

14 November 2018

6:00 pagi
Saya dan keluarga bertolak ke Melaka dari Ipoh dengan mengenderai kereta. Ayah singgah di kawasan rehat dan rawat untuk ( 1 ) dan bersarapan.

10:30 pagi
Kami sampai di Bandar Melaka. Tempat pertama yang kami ( 2 ) ialah mengunjungi Kota A-Famosa. Kota ini merupakan ( 3 ) pertahanan peninggalan Portugis. Kota A-Famosa diperbuat daripada batu yang sangat tebal. Di hadapan kota ini ditetakkan beberapa pucuk meriam yang ( 4 ) ke kawasan laut.

Berhampiran kota A-Famosa ditanam beberapa batang pokok ( 5 ). Mengikut sejarah, nama negeri Melaka diambil sempena pokok melaka. Inilah kali pertama aku melihat pokok ini. Pokoknya tidak terlalu besar, berdaun kecil-kecil dan mempunyai buah  ( 6 ) buah cermai.

1:00 tengah hari
 Tidak jauh dari kota A-Famosa terdapat beberapa buah muzium. Kami melawat beberapa buah muzium di situ. Antaranya ialah Muzium Samudera dan Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Muzium Kesultanan Melayu Melaka diperbuat daripada kayu, binaannya ( 7 ) menyerupai istana sultan Melaka.

Dalam Muzium itu ( 8 ) alat-alat kebesaran di raja seperti pakaian, senjata, gendang dan sebagainya. Kami juga berpeluang merakam ga,bar kenang-kenangan di ( 9 ) yang terdapat dalam muzium tersebut.

5:00 petang
Setelah seharian melawat tempat-tempat bersejarah, kami berkunjung pula ke       ( 10 ) jualan untuk membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Kami berehat sebentar sebelum meneruskan aktiviti pada seblah malam.

tujui
dipamerkan
beristirahat
 menghala
 melaka
 gerai-gerai
 benteng
seakan-akan
direka
kamar-kamar


Penuisan 75 : Catatan Sambutan Hari Kebangsaan


CATATAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

31 Ogos 2018

7:00 pagi
Kami sekeluarga telahpun berada di Dataran Bandaraya Ipoh. Aku dapat melihat (1) manusia daripada pelbagai kaum. Masing-masing begitu teruja mahu menyambut Hari Kebangsaan bersama-sama.

7:30 pagi
Juruacara telah memulakan majlis. Para (2) perbarisan yang terdiri daripada pelbagai badan kerajaan dan sukarela telah bersiap sedia di jalan raya. Mereka mengenakan (3) masing-masing. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku serta Negeri Perak.

7:45 pagi
Perarakan pun dimulakan. Kontijen (4) yang melakukan perbarisan ialah kontijen daripada Angkatan Tentera Malaysia. Mereka terdiri daripada pasukan tentera darat, tentera laut dan tentera udara. Perkara yang sangat mengujakan kami ialah apabila kenderaan berat tentera turut berarak. Lebih menarik lagi, jet pejuang dan helikopter (5) di ruang udara.

Selain itu, aku juga dapat menyaksikan murid-murid sekolah menengah dan rendah yang turut sama dalam perarakan itu. Mereka terdiri daripada kumpulan (6) yang memainkan lagu-lagu patriotik. Lebih (7) apabila aku melihat pasukan silat dari sekolahku turut serta dalam perbarisan dengan memakai pakaian silat berwarna hitam.

10:30 pagi
Majlis pada hari itu sangat istimewa kerana turut dihadiri oleh Sultan Perak, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Shah. Baginda menyampaikan (8) seterusnya merasmikan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak. Kami semua bertepuk tangan sambil (9) Jalur Gemilang sebaik sahaja baginda menamatkan titah.

11:00 pagi
Hari semakin meninggi, acara rasmi telahpun tamat. Walau bagaimanapun pelbagai aktiviti diteruskan. Aku dan keluargaku mengambil kesempatan merakamkan gambar kenang-kenangan (10) pasukan keselamatan negara. Sebelum pulang kami singgah di gerai untuk mengalas perut yang sudah kelaparan.

berlegar-legar
lautan
kontijen
pancaragam
titah diraja
berlatarbelakangkan
pakaian seragam
pertama
membanggakan
mengibarkan

Penulisan 74 : Cara-cara menyimpan wang


CARA-CARA MENYIMPAN WANG

Wang merupakan perkara yang sangat penting kepada manusia. Dengan  adanya wang, pelbagai perkara menjadi mudah. Dari urusan rumah tangga, persekolahan hinggalah (1) , wang amat diperlukan.

Sehubungan dengan itu, kanak-kanak hendaklah diajar tentang cara-cara menyimpan wang agar masa depan mereka lebih terjamin. Salah satu cara untuk menyimpan wang ialah dengan menabung. Setiap hari ibu bapa mamberikan (2)  untuk ke sekolah. Sebahagian daripada wang saku boleh disimpan dalam tabung. Sebahagian lagi dibelanjakan untuk (3) perut.

Seterusnya, kanak-kanak boleh diasuh untuk mengumpulkan kertas-kertas surat khabar. Kebiasaannya murid tahun 6 melanggan (4) Didik. Kertas surat khabar yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan, apabila sudah banyak bolehlah dijual di kedai (5) lusuh.

Selain itu, mereka juga boleh dilatih mengumpulkan barang-barang plastik atau (6) minuman. Barang-barang ini boleh diambil dari rumah sendiri. Seperti tadi barang-barang ini dijual di kedai (7) semula. Hasil jualan bolehlah disimpan di dalam tabung.

Bagi ibu-ibu yang melakukan kerja-kerja (8) di rumah seperti menjual nasi lemak, kek, kuih-muih dan sebagainya bolehlah memberi peluang kepada anak-anak membantu mereka. Setelah membantu, anak-anak diberikan upah sebagai tanda penghargaan. (9) ini disimpan bersama wang lain dalam tabung.

Apabila tabung sudah banyak hendaklah disimpan pula dalam bank. Dengan cara ini dapat pula (10) daripada simpanan tersebut. Oleh yang demikian, kanak-kanak sepatutnya diajar untuk meyimpan wang sejak kecil lagi. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Wang upah
wang saku
faedah
akhbar
sampingan
tin-tin
kitar
kematian
mengalas
barang-barang