Thursday 6 July 2017

Latihan Penulisan 66 : Kebaikan Telefon Bimbit (fakta)

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Soalan : Telefon bimbit merupakan alat teknologi yang banyak manfaatnya. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan telefon bimbit.


Telefon bmibit merupakan sejenis (  1  ) elektronik yang sangat bermanfaat kepada manusia. Pada zaman ini setiap orang memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit untuk urusan seharian.

          Telefon bimbit digunakan untuk berkomunikasi dan bertanya khabar antara seorang dengan seorang yang lain. Penggunaan tanpa ( 2 ) menjadikan alat ( 3 ) ini mudah digunakan di mana-mana sahaja.

          Selain itu telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar, video atau ( 4 ). Kita tidak perlukan kamera untuk merakam detik-detik penting atau merakam apa jua aktiviti. Memadai dengan sebuah telefon bimbit yang sangat kecil dan ( 5 ) digunakan untuk menyimpan kenangan yang berharga.

          Gambar, video, audio dan aktiviti boleh dikongsikan dengan orang lain melalui pelbagai aplikasi yang disediakan. Penggunaan (  6  ) media sosial seperti Whatsapp, Telegram dan (  7  ) menjadi perantara untuk berhubung dan berkongsi maklumat. Hanya satu klik sahaja maklumat dikongsi bersama.

          Bagi murid-murid pula, telefon bimbit boleh digunakan untuk mengakses maklumat tambahan daripada pelbagai laman sesawang. Maklumat-maklumat daripada sumber-sumber seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akhbar (  8  ) boleh dilayari melalui kemudahan internet. Dengan ini mudahkan murid-murid mendapatkan ( 9 ).

          Dengan ini jelaslah bahawa telefon bimbit sangat bermanfaat kepada manusia. Oleh yang demikian, gunakanlah telefon bimbit dengan cara yang (  10  ).

informasi
audio
 berhemah
 Facebook
 perangkat
 elekomunikasi
aplikasi
 ringan
digital
 wayar


Latihan Penulisan 65 : Menyambung cerita ( penutup diberikan)

Soalan : Kami berharap agar persahabatan kami yang rapat seperti isi dengan kuku akan berkekalan selama-lamanya.

Akhiri cerita kamu dengan ayat di atas.

Nasrul merupakan sahabatku yang paling rapat. Kami ( 1 ) bersama di sebuah kampung di Batu Kurau, Perak. Kami juga tinggal ( 2 ).

          Kami bersekolah di sekolah yang sama, malah kami belajar dalam kelas yang sama. Sejak ( 3 ) hinggalah ke tahun 6 kami belajar bersama-sama. Nasrul merupakan pelajar cemerlang di sekolahku dan dia ( 4 ) beberapa jawatan penting di sekolah.

Aku pula agak lemah dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, aku selalu merujuk Nasrul untuk bertanya dan berbincang tentang mata pelajaran Matematik. Dia tidak pernah ( 5 ) akan ilmunya dan sering membantu aku.

Dengan bantuannya aku berjaya ( 6 ) peningkatan dalam mata pelajaran Matematik. Dalam peperiksaan UPSR beberapa tahun lalu, kami sama-sama memperolehi 5A. Aku sangat teruja apabila ( 7 ) ke pentas untuk menerima hadiah. Sebagai sahabat, aku tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada nasrul yang banyak membantuku.

Kini kami bersekolah di sekolah berasrama penuh. Aku bersekolah di Taiping, ( 8 ) Nasrul pula bersekolah di Kuala Lumpur. Nasrul dan keluarganya berpindah ke sana kerana ibu bapanya ( 9 ) pangkat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak itu aku dan Nasrul jarang berjumpa.

Kami hanya ( 10 ) melalui Facebook dan Telegram. Pada setiap kali cuti panjang aku dan Nasrul akan berjumpa sama ada dia ke rumahku atau aku ke rumahnya. Kami berharap agar persahabatan kami yang rapat seperti isi dengan kuku akan berkekalan selama-lamanya.



memegang
tadika
 dinaikkan
memperolehi
 berhubung
 manakala
 berjiran
 dijemput
lokek
membesar