Monday 15 February 2016

Latihan Penulisan 39 ( Catatan Sambutan Hari Guru)

SOALAN : Sekolah kamu telah mengadakan majlis sambutan hari guru. Tulis laporan tentang sambutan tersebut.

Lengkapkan karangan di bawah dengan perkataan kamu sendiri.


16 Mei 2015

7.30 pagi.
Seluruh warga Sekolah Kebangsaan __________________ berhimpun di dataran perhimpunan. Majlis sambutan hari guru disambut dengan serba sederhana tetapi tetap meriah.

Acara rasmi dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu rasmi seperti lagu Negaraku, Negeri Perak dan lagu sekolah. Sejurus selepas itu, Tuan Guru Besar, ___________________ menyampaikan ucapan alu-aluan. Ketua Pengawas sekolah, ___________________ pula berucap bagi mewakili murid-murid. Dalam ucapan mereka, kami disarankan agar sentiasa menghormati guru sepanjang masa.

8.00 pagi
Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan “Kembali ke Sekolah”. Justeru para guru memakai pakaian murid-murid sekolah. Penampilan para guru sungguh berbeza dan sangat ceria. Sebaik sahaja ucapan ditamatkan kami berpeluang menyaksikan persembahan oleh guru-guru.

Terdapat beberapa persembahan yang dipersembahkan seperti __________, __________ dan _________. Kami sangat kagum dengan bakat dan kebolehan guru-guru sekolah ini. Persembahan yang paling menarik ialah _______________ yang disertai oleh __________________.

10.00 pagi
Aktiviti yang sangat mengujakan kami ialah pertandingan ______________ antara guru dengan murid tahun 6. Dalam pertandingan tersebut para peserta dikehendaki _____________. Pasukan ______________ telah berjaya memperolehi kemenangan.

12.00 tengah hari

Setelah menamatkan pelbagai acara yang sangat menarik kami berkumpul di __________. Murid-murid mengambil kesepatan untuk menyampaikan hadiah dan bingkisan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan. Aku sendiri tidak lupa menitipkan ___________ kepada ____________ yang menjadi idolaku.