Thursday 6 July 2017

Latihan Penulisan 66 : Kebaikan Telefon Bimbit (fakta)

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Soalan : Telefon bimbit merupakan alat teknologi yang banyak manfaatnya. Tulis sebuah karangan tentang kebaikan telefon bimbit.


Telefon bmibit merupakan sejenis (  1  ) elektronik yang sangat bermanfaat kepada manusia. Pada zaman ini setiap orang memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit untuk urusan seharian.

          Telefon bimbit digunakan untuk berkomunikasi dan bertanya khabar antara seorang dengan seorang yang lain. Penggunaan tanpa ( 2 ) menjadikan alat ( 3 ) ini mudah digunakan di mana-mana sahaja.

          Selain itu telefon bimbit digunakan untuk merakam gambar, video atau ( 4 ). Kita tidak perlukan kamera untuk merakam detik-detik penting atau merakam apa jua aktiviti. Memadai dengan sebuah telefon bimbit yang sangat kecil dan ( 5 ) digunakan untuk menyimpan kenangan yang berharga.

          Gambar, video, audio dan aktiviti boleh dikongsikan dengan orang lain melalui pelbagai aplikasi yang disediakan. Penggunaan (  6  ) media sosial seperti Whatsapp, Telegram dan (  7  ) menjadi perantara untuk berhubung dan berkongsi maklumat. Hanya satu klik sahaja maklumat dikongsi bersama.

          Bagi murid-murid pula, telefon bimbit boleh digunakan untuk mengakses maklumat tambahan daripada pelbagai laman sesawang. Maklumat-maklumat daripada sumber-sumber seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akhbar (  8  ) boleh dilayari melalui kemudahan internet. Dengan ini mudahkan murid-murid mendapatkan ( 9 ).

          Dengan ini jelaslah bahawa telefon bimbit sangat bermanfaat kepada manusia. Oleh yang demikian, gunakanlah telefon bimbit dengan cara yang (  10  ).

informasi
audio
 berhemah
 Facebook
 perangkat
 elekomunikasi
aplikasi
 ringan
digital
 wayar


Latihan Penulisan 65 : Menyambung cerita ( penutup diberikan)

Soalan : Kami berharap agar persahabatan kami yang rapat seperti isi dengan kuku akan berkekalan selama-lamanya.

Akhiri cerita kamu dengan ayat di atas.

Nasrul merupakan sahabatku yang paling rapat. Kami ( 1 ) bersama di sebuah kampung di Batu Kurau, Perak. Kami juga tinggal ( 2 ).

          Kami bersekolah di sekolah yang sama, malah kami belajar dalam kelas yang sama. Sejak ( 3 ) hinggalah ke tahun 6 kami belajar bersama-sama. Nasrul merupakan pelajar cemerlang di sekolahku dan dia ( 4 ) beberapa jawatan penting di sekolah.

Aku pula agak lemah dalam mata pelajaran Matematik. Oleh yang demikian, aku selalu merujuk Nasrul untuk bertanya dan berbincang tentang mata pelajaran Matematik. Dia tidak pernah ( 5 ) akan ilmunya dan sering membantu aku.

Dengan bantuannya aku berjaya ( 6 ) peningkatan dalam mata pelajaran Matematik. Dalam peperiksaan UPSR beberapa tahun lalu, kami sama-sama memperolehi 5A. Aku sangat teruja apabila ( 7 ) ke pentas untuk menerima hadiah. Sebagai sahabat, aku tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada nasrul yang banyak membantuku.

Kini kami bersekolah di sekolah berasrama penuh. Aku bersekolah di Taiping, ( 8 ) Nasrul pula bersekolah di Kuala Lumpur. Nasrul dan keluarganya berpindah ke sana kerana ibu bapanya ( 9 ) pangkat di Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak itu aku dan Nasrul jarang berjumpa.

Kami hanya ( 10 ) melalui Facebook dan Telegram. Pada setiap kali cuti panjang aku dan Nasrul akan berjumpa sama ada dia ke rumahku atau aku ke rumahnya. Kami berharap agar persahabatan kami yang rapat seperti isi dengan kuku akan berkekalan selama-lamanya.



memegang
tadika
 dinaikkan
memperolehi
 berhubung
 manakala
 berjiran
 dijemput
lokek
membesar

Saturday 10 June 2017

Latihan Penulisan 64 : Cara-cara untuk berjaya dalam pelajaran

Semua pelajar mahukan kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran. Persoalannya _____1_____ caranya untuk menjadi orang yang berjaya?

          Sekiranya kita mahu berjaya _____2____ beberapa petua. Ketika guru mengajar dalam kelas, tumpukanlah perhatian sepenuhnya. Jangan berbual atau melakukan kerja-kerja lain. Penumpuan semasa guru mengajar akan memastikan seseorang pelajar itu memahami pelajaran yang sedang dipelajari. Sekiranya berlaku _____3____, kemukakan soalan kepada guru yang mengajar.

          Sekolah telah menyediakan banyak tempat yang sesuai dan kondusif untuk belajar. Antaranya ialah pusat sumber, _____4_____ , makmal komputer, pusat akses kendiri, wakaf ilmu dan sebagainya. Gunakanlah tempat-tempat ini dengan bijak pada waktu rehat, sementara menunggu waktu balik dan waktu-waktu lapang yang lain. Tempat-tempat seperti ini sangat sesuai digunakan untuk ____5_____ pelajaran dan membuat tugasan yang diberikan oleh guru.

          Jika mempunyai kemudahan perkhidmatan internet di rumah, gunakanlah untuk pembelajaran. Banyak laman sesawang yang boleh dilawati bagi tujuan menambah ilmu pengetahuan dan maklumat. Antara ______6______ yang elok _____7_____ ialah laman sesawang sekolah, Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Score A dan sebagainya. Internet menyediakan banyak maklumat tambahan yang sangat berguna kepada pelajar.

          Seterusnya, siapkanlah tugasan atau ____8_____ yang diberikan oleh guru dalam kadar yang sesegera mungkin. Elakkan daripada bertangguh. Menyiapkan tugasan awal akan membantu kita mengingat pelajaran yang diajar oleh guru. Selain daripada itu amalan ini membantu kita daripada ___9____ dengan tugasan yang tertangguh.

          Sesungguhnya, jika kita mahu berjaya dalam pelajaran, jauhkanlah _____10______ seperti berlengah, malas, suka berbual dan sebagainya. Dengan ini kita pasti berjaya.


bagaimanakah
amalkanlah
bilik akses
laman sesawang
sikap negatif
mengulang kaji
kerja sekolah
terbeban
kekeliruan
dilawati

Latihan Penulisan 63 : Pengalaman mengikuti lawatan sambil belajar (cerita)

Soalan : Kamu dan rakan-rakan sekolah, telah mengikuti satu lawatan sambil belajar ke sebuah tempat yang menarik. ceritakan pengalaman tersebut.

Tanggal 21 Disember (1) aku dan rakan-rakan sekelasku telah menyertai (2) ke Kuala Kangsar. Kami terdiri daripada 30 orang murid dan 3 orang guru pengiring.

          Dalam lawatan tersebut kami telah berpeluang (3) ke beberapa tempat menarik di Kuala Kangsar. Antaranya ialah Galeri Sultan Azlan Shah. Galeri yang terletak dalam perjalanan ke Istana Iskandariah tersebut menempatkan koleksi Sultan Azlan Shah, iaitu sultan negeri Perak. Banyak koleksi menarik milik tuanku dipamerkan seperti basikal,  (4) gambar semasa baginda bersekolah dan sebagainya.

          Kami berangkat pula menuju ke Bukit Chandan yang terletak hanya kira-kira 10 minit dari Galeri Sultan Azlan Shah.  Di Bukit Chandan kami berpeluang melihat keunikan  (5) atau juga dikenali sebagai Istana Kuning. Aku begitu kagum melihat sebuah istana besar yang dibina tanpa menggunakan paku. Berhampiran Istana Kenangan kami berpeluang melihat Istana Iskandariah, tempat Sultan Perak bersemayam. (6) tidak henti-henti mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.

          Sebaik sahaja azan Zuhur berkumandang, kami dibawa ke masjid Ubudiah. Masjid Ubudiah merupakan sebuah masjid yang sangat unik (7). Lapisan (8) menjadikan masjid ini sangat sejuk dan selesa. Setelah selesai solat kami melawat ke makam di raja yang terletak di dalam kawasan masjid tersebut.

          Perut mula berkeroncong. Kami dibawa menikmati makan tengah hari di Lembah Sungai Perak. Kami duduk bersantai di sekitar tebing sungai Perak menyaksikan aktiviti (9) membawa penumbang berulang-alik ke seberang. Sambil itu kami menikmati juadah yang telah ditempah di sekitar (10).

          Sedar tidak sedar, kami sudah menghampiri masa yang ditetapkan. Lawatan pendek itu perlu kami laporkan. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh aku dan rakan-rakan kumpulanku mula membahagikan tugasan untuk pembentangan pada hari berikutnya.


tahun lalu
pingat kebesaran
lawatan pendidikan
Istana Kenangan
seni binanya
bot penambang
tebing sungai
batu marmar
menjejakkan kaki
Lensa kamera

Tuesday 30 May 2017

Latihan Penulisan 62 : Surat kepada sahabat .... jemputan ke majlis perkahwinan abang

Soalan : Tidak berapa lama lagi, abang kamu akan melangsungkan perkahwinan. Kamu berhasrat untuk menjemput sahabat kamu menghadiri majlis itu. Tulis sepucuk surat untuk menjemput sahabat kamu ke majlis itu nanti.

                                                                     10A, Jalan Mualim 3.
                                                                                     Taman Mualim Ria,
                                                                                     31300 Simpang Pulai
                                                                                     Perak Darul Ridzuan
                                                                                    10 Mei 2017

Menemui sahabatku, Syidah yang berada di Kuala Kedah. Saya mendoakan agar ( 1 ) dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga.

Saudari,
            Tujuan saya ( 2 ) surat ini adalah untuk memaklumkan satu perkara gembira. Seperti yang saudari tahu, abang sulung saya akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Saya sangat teruja untuk menyatakan bahawa tarikh perkahwinannya telah pun ( 3 ) .

            Jika tiada ( 4 ), majlis perkahwinan itu akan disempurnakan pada 10 Jun ini iaitu pada hari Sabtu. Majlis jamuan akan diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Sentosa Ria yang terletak ( 5 ) dengan kawasan perumahan saya. Tempat itu dipilih kerana lebih selesa.

            Majlis jamuan makan akan diadakan bermula pukjul 11.00 pagi hingga 4.00 petang. ( 6 ) perempuan ( 7 ) tiba pada pukul 2.00 petang. Majlis itu nanti akan dijalankan secara bergotong-royong.

            Oleh yang demikian, saya amat ( 8 ) hati jika saudari dapat datang bersama keluarga ke majlis itu nanti. Tentang tempat tinggal, usahlah risau. Ayah telah menyediakan beberapa ( 9 )  desa untuk tetamu yang datang dari jauh. Nanti bolehlah saudari membantu saya dalam kenduri itu nanti.

            Sampai di sini dahulu ( 10 ) ini. Saya harap saudari akan datang ke rumah saya sempena majlis perkahwinan abang sulung saya.

                                                                                                Sekian, sahabatmu.
                                                                                                Norhatiah Salam


Pengantin
saudari
mengirimkan
aral
warkah
inap
dijangka
bersebelahan
ditetapkan
berbesar




Latihan Penulisan 62 : Melengkapkan cerita ... membantu rakan luka di padang

Soalan : Aku bergegas ke padang awam untuk bermain bola bersama rakan-rakanku. Sesampainya di padang aku ternampak salah seorang sahabatku menahan kesakitan di bawah sepohon pokok. Tanpa melengahkan masa.

Lengkapkan karangan kamu bermula dengan;
            Tanpa melengahkan masa ……..

Tanpa melengahkan masa aku ( 1 ) rakanku itu. Aku dapati kaki Budiman berdarah, dia menahan kesakitan. Aku bertanyakan ( 2 ) yang sebenarnya.

            Budiman memberitahu bahawa dia terpijak kaca ketika berlari-lari ( 3 ) di tepi padang. Dengan segera aku mengeluarkan sapu tangan lalu ( 4 ) pada lukanya. Aku berbuat demikian agar darah berhenti mengalir.

            Dengan dibantu oleh beberapa orang rakan yang baru sampai, kami ( 5 ) Budiman. Budiman kami ( 6 ) di sebuah bangku di tepi pokok. Aku berbual-bual dengannya agar dia bertenang.

            Sementara itu, aku meminta ( 7 ) Sani untuk ke rumah Budiman yang tidak jauh dari padang. Ibu bapanya perlu diberitahu tentang hal tersebut. Sani ( 8 ) ke rumah Budiman dengan menunggang basikal.

            Tidak berapa lama kemudian, ibu bapa Budiman tiba dengan sebuah kereta. Dalam perjalanan ke klinik aku ( 9 ) apa yang berlaku kepada ibu bapa Budiman. Mereka ( 10 ) sambil menepuk-nepuk bahuku.

            Selang beberapa hari kemudian, aku melawat Budiman di rumahnya. Ibu bapanya ( 11 ) sambil memberikan beberapa naskah buku sebagai tanda penghargaan kepadaku yang telah membantu ( 12 ) anak mereka.


menghampiriku
menceritakan
anak
baringkan
kerjasama
menyelamatkan
mengangguk
bergegas
menghampiri
hal
menekap
memapah

Latihan Penulisan 61 : Pengalaman menyertai aktiviti Minggu Bahasa Melayu

Soalan : Kamu telah menyertai aktiviti sempena Minggu Bahasa Melayu di sekolah kamu. Ceritakan pengalaman tersebut.

Sekolah Kebangsaan Semarak telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu pada bulan lepas. Pihak ( 1 ) mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik, aku telah menyertai beberapa aktiviti yang dianjurkan.

Antara aktiviti yang aku sertai ialah bicara berirama, mengarang pantun, membina ( 2 ) kata dan bersajak. Aktiviti yang paling mencabar ialah bicara berirama. Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang ( 3 ).

Kami dikehendaki memilih ( 4 ) yang telah disediakan. Skrip tersebut hendaklah dipersembahkan  dengan menggunakan gabungan nyanyian, aksi, mimik muka, pergerakan, ( 5 ) dan kreativiti. Dengan dipandu oleh seorang ( 6 ) kami membuat persembahan di dataran perhimpunan.

Terdapat tiga kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut, kami dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Sebagai peserta paling hadapan, aku menjadi perhatian para penonton. Aku menjadi ( 7 ) apabila melihat para penonton yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid memerhatikan kami. Aku berusaha membuang rasa ( 8 ) .

Setelah mengakhiri persembahan, ( 9 ) mengumumkan kedudukan bagi pertandingan tersebut. Dengan tidak ( 10 ) kumpulan yang aku sertai dinobatkan sebagai pemenang dalam acara tersebut. Hadiah disampaikan oleh oleh Guru Besar dalam majlis penutupan.

Menurut Puan Asiah, kami akan ( 11 ) untuk mewakili sekolah dalam pertandingan bicara berirama Bahasa Melayu peringkat daerah. Aku dan rakan-rakanku sangat ( 12 ) untuk mewakili sekolah dalam acara itu nanti.


juri
gemuruh
silang
keseragaman
takut
dilatih
diduga
peserta
penganjur
skrip
konduktor
teruja

Latihan Penulisan 60 : Laporan Minggu Bahasa Melayu

Soalan : Selaku Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu sekolah, kamu diminta menyediakan laporan Minggu Bahasa Melayu yangtelah diadakan. Tulis laporan itu dengan lengkap.

Laporan Minggu Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bersatu

Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bersatu, Ipoh, telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu bermula pada 2 hingga 6 Mac 2017 yang lalu. Pelancaran Minggu Bahasa Melayu telah ( 1 ) oleh Yang Berusaha Tuan Haji Hasyim Bin Hadirin pada hari Isnin, 2 Mac 2017.

          Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut berlangsung. Aktiviti ( 2 ) kepada 3 kategori iaitu aktiviti untuk murid tahap 1, murid tahap 2 dan guru. Murid-murid tahap 1 mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti pertandingan mewarna, melengkapkan pantun, membaca ( 3 ) , bercerita dan nyanyian lagu kanak-kanak.

          Murid-murid tahap 2 pula berpeluang menyertai aktiviti mengarang pantun, menulis ( 4 ) pendek, mendeklamasikan sajak, mengarang sajak, bicara berirama dan nyanyian lagu-lagu rakyat. Ke semua acara tersebut dijalankan di kelas masing-masing. Manakala guru-guru pula berpeluang menyertai acara ulasan buku, mencipta dan mendeklamasi sajak dan persembahan puisi ( 5 ) yang dijalankan di Dataran Bersatu pada setiap pagi.

          Selain itu, murid-murid diberi peluang mengikuti bengkel penulisan kreatif. Bengkel tersebut ( 6 ) oleh PTS Millenia Sdn Bhd. Bengkel itu dikendalikan oleh penulis yang terkenal iaitu Ain Maisarah. Beliau telah memberikan banyak ilmu tentang penuisan buku ( 7 ) kepada murid-murid.

          Majlis ( 8 ) dan penyampaian hadiah diadakan pada 6 Mac 2017. Melalui pelbagai acara yang dipertandingkan, pihak sekolah telah berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam para pelajar dan guru-guru. para peserta terbaik bagi acara berpantun, bercerita, mendeklamasikan sajak dan bicara ( 9 ) dipilih untuk mewakili sekolah dalam Karnival Bahasa Melayu yang akan diadakan pada bulan Mei nanti.

          Dalam ucapan penutup, Guru Besar ( 10 )   setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Persatuan Bahasa Melayu kerana berjaya mengendalikan aktiviti dengan cemerlang. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta yang berjaya mendapat tempat dalam semua pertandingan yang dijalankan.

Laporan disediakan oleh,                                                                   21 Mac 2017

Mazhudmahadi
( MAZHUD BIN MAHADI)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Kebangsaan Bersatu, Ipoh


merakamkan
kreatif
disempurnakan
mekanis
penutup
berirama
cerita
tradisional
dibahagikan
diselenggarakan

Latihan Penulisan 59 : Dialog tentang amalan berjimat cermat

Soalan : kamu terdengar perbualan dua orang rakan kamu tentang amalan berjimat cermat. Tulis perbua;an tersebut dengan lengkap.

Hakim
( 1 ), Danishah! Apa kamu buat di sini?
Danishah
Oh, Hakim! Aku sedang mengira baki wang saku hari ini.
Hakim
Kamu tidak ( 2 ) ? Aku tengok banyak lagi wang saku kamu.
Danishah
Bukan begitu, aku tetap berbelanja dengan wang saku yang ayah berikan. Cuma, aku berjimat cermat. Sebahagian daripadanya aku belanja dan sebahagian lagi aku simpan.
Hakim
Baguslah kalau begitu. Aku pun ( 3 ) juga baki wang belanja, tetapi tidak sebanyak kamu.
Danishah
Kita perlu berjimat cermat, Hakim. Banyak manfaatnya. Aku tidak mahu menyusahkan ibu bapaku. Wang yang mereka berikan perlu digunakan dengan ( 4 ).
Hakim
Betul kata kamu, Danishah. Setakat hendak membeli alat tulis seperti pensel, pemadam, ( 5 ), gam dan sebagainya tidaklah perlu meminta wang daripada mereka.
Danishah
Pada bulan September nanti kelas aku akan mengadakan lawatan ke Melaka. Ayah dan ibu telah membayar ( 6 ) perjalanan. Untuk duit poket aku tidak mahu meminta daripada mereka. Itulah antara sebab aku menyimpan wang sedikit demi sedikit.
Hakim
Aku ( 7 ) akan kamu Danishah. Aku pun hendak menyimpan jugalah. Aku hendak membeli kasut sukan. Kalau aku berjimat-cermat, tak perulah aku meminta wang daripada mereka nanti.
Danishah
Eloklah begitu Hakim. Kita perlu bijak berbelanja dan bijak pula berjimat cermat. Jangan lupa, apabila wang sudah banyak nanti, buka ( 8 ) simpanan di mana-mana bank supaya selamat.
Hakim
Terima kasih kerana memberikan ( 10 ) yang baik kepada aku. Ayuh ke Dewan Bestari, sesi ( 9 ) akan dimulakan sebentar sahaja lagi.



kagum
pembaris
nasihat
Hai
ceramah
akaun
menyimpan
kos
berbelanjakah
bijak