Monday 28 March 2022

Penulisan 78, Percutian ke tempat menarik bersama keluarga

 

Percutian ke tempat menarik bersama keluarga,

 Pada cuti pertengahan tahun yang lalu, aku dan keluargaku  ( 1 ) bercuti di sebuah pantai di negeri Perak. Pantai tersebut ialah Teluk Batik. Kami bercuti selama tiga hari dua malam.

 Di Teluk Batik kami menghinap di Chalet Pak Man. Chalet Pak Man terletak di sebuah teluk berhampiran kawasan bukit. Pemandangan di situ sangat indah dan damai sekali. Di sebelah kiri chalet merupakan kawasan tumpuan ( 2 ) membeli pelbagai keperluan seperti makanan, pakaian, cenderamata dan sebagainya. Di tengahnya pula merupakan kawasan pantai yang landai tempat pengunjung bermandi-manda dan ( 3  ).

 Chalet yang disewa oleh ayah terletak betul-betul di hadapan pantai. Kami memasang sebuah khemah berhampiran sebatang pokok ru. Sebelah khemah itu ayah menyediakan tempat ( 4 ) pelbagai jenis makanan seperti ayam, sotong, sosej, udang, ikan dan pelbagai makanan laut. Sekali-sekala aku membantu ayah memanggang dan ( 5 ).

 Aku dan adik-adikku mengambil kesempatan ( 6 ) sepuas-puasnya di kawasan laut yang sangat jernih. Di kawasan pantai, adikku mengorek pasir membina ( 7 ). Pasir tersebut akan musnah apabila ada ombak naik ke pantai. Adikku terjerit-jerit apabila istana pasirnya musnah. Apabila ombak menghilang dia membina lagi istana tersebut.

 Ibu mengajak kami ke khemah untuk ( 8 ) pelbagai makanan yang sangat menyelerakan. Setelah makan, kami turun semula ke laut untuk mandi-manda dan ke  pantai untuk bermain. Aktiviti pada hari pertama dihabiskan di pantai bersama keluarga.

 Pada sebelah malam, kami ( 9 ) di Bandar Lumut yang terletak kira-kira dua puluh minit dari Teluk Batik. Di sana kami merakam gambar keindahan laut yang berwarna-warni dengan lampu pelbagai warna. Setelah menikmati makan malam, kami kembali ke chalet untuk ( 10 ).

 

pengunjung

beristirahat

menikmati

memanggang

berkesempatan

bermandi-manda

bersantai

mengipas

istana

bersiar-siar