SOALAN : Setiap murid mempunyai seseorang guru yang dikagumi, begitu juga dengan kamu. Tulis sebuah karangan tentang guru yang paling kamu kagumi.
Ayah Chu Yang Dikagumi
Berasal dari Chemor,
Perak. Beperwatakan menarik, tegas, kemas, (
1 ) dan berdisiplin. Itulah ( 2 )
guru yang paling saya kagumi di sekolah ini. Kami memanggilnya Ayah Chu.
Ayah Chu adalah guru bahasa Melayu di
sekolah saya. Semua murid sekolah ini terutama murid-murid tahun 6 Makmur dan 6
Sejahtera ( 3 ) guru ini. Ayah Chu
mempunyai keperibadian yang menarik, beliau sentiasa berpakaian kemas.
Rambutnya ( 4 ) rapi. Pergerakannya
pantas dan bertenaga.
Sekiranya sekolah mengadakan acara
besar, Ayah Chu akan tampil sebagai pengacara. Saya sangat suka cara beliau ( 5 ) majlis. Beliau menggunakan bahasa
yang indah diselang-seli dengan pantun dan jenaka yang ( 6 ) situasi.
Ketika mengajar, Ayah Chu sangat
mementingkan disiplin, beliau tidak akan memulakan pengajaran sehinggalah semua
murid benar-benar bersedia. Kami semua sangat suka dengan cara beliau mengajar.
Beliau akan menerangkan satu persatu frasa, klausa dan ayat sehinggalah kami
benar-benar faham sesuatu tajuk yang disampaikan.
Cara pengajaran beliau yang tegas dan
sesekali diselitkan unsur ( 7 ) membuatkan
kami lebih faham lagi. Kami dididik supaya sentiasa ( 8 ) sekiranya tidak memahami sesuatu perkara. Dengan cara ini
saya mendapati ( 9 ) markah dalam
Pemahaman dan Penulisan kami semakin meningkat.
Sesungguhnya saya sangat mengagumi Cikgu
Mohd Tarmizi Bin Amin yang kami panggil
sebagai Ayah Chu. Saya berazam untuk mengikuti ( 10 ) dan perwatakan
beliau.
gerangannya
|
mengagumi
|
mengendalikan
|
kecindan
|
humor
|
keperibadian
|
pencapaian
|
disisir
|
menghidupkan
|
bertanya
|