Thursday, 17 March 2016

Latihan Penulisan 40 : Autobiografi ... Aku Sebuah Komputer



SOALAN : Tulis sebuah karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Komputer”

Namaku Dell. Aku dilahirkan di luar negara ___1___ Amerika Syarikat. Badanku diperbuat ______2____ aluminium, plastik, getah dan gentian kaca.  Tubuhku berwarna hitam dan merah.

Aku dan rakan-rakanku dilengkapkan dengan monitor, papan kekunci, kabel, unit pemprosesan maklumat, tetikus, pencetak, alat pembesar suara dan sebagainya. Setiap anggota badan kami mempunyai fungsi tertentu. Contohnya papan kekunci. Papan kekunci digunakan ____3____ menaip.

Setelah siap sepenuhnya, aku dan rakanku dimasukkan ___4___ dalam kotak. Kami dibalut dengan selimut khas untuk mengelakkan badan kami daripada luka dan cedera. Kotak-kotak tersebut dimuatkan ke ____5___ kapal kargo. Kami berlayar merentasi lautan menuju ke Malaysia.

Di Malaysia aku dan rakanku dibawa pula menuju ke pelbagai destanasi. Aku dihantar ke sebuah toko komputer di Ipoh. Di toko ___6___ aku dipamerkan di ____7____ meja bersama rakan-rakanku yang lain. Ada komputer riba, telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya.

Aku dapati ada seseorang memerhatikanku. Dia membelek-belek badanku. Dia bercakap-cakap ___8___ pemilik toko itu. Setelah membayar kira-kira RM1,700.00, aku dibawa pulang ke rumahnya.

Di rumah, aku diletakkan ___9___ sebuah bilik khas. Dalam bilik itu aku menjalankan tugas untuk membantu tuanku. Aku digunakan untuk melayari internet, menaip, melukis, mendengar lagu, menonton video ___10___ sebagainya. Aku gembira dapat memberikan khidmat sebagai komputer untuk manusia.


ke
iaitu
dalam
dan
atas
untuk
daripada
di
dengan
ini

No comments:

Post a Comment