Thursday, 17 March 2016

Latihan penulisan 41 : Keperihalan - Tindakan ketika Tayar Basikal Kempis


SOALAN : KAMU DALAM PERJALANAN PULANG DARI AKTIVITI KOKURIKULUM, SESAMPAINYA DI PERTENGAHAN JALAN TAYAR BASIKAL KAMU KEMPIS. PERIHALKAN TINDAKAN KAMU SELANJUTNYA.

Petang itu aku baharu sahaja selesai ____1____ latihan kawad kaki Persatuan Tunas Puteri. Aku merupakan salah seorang daripada peserta yang akan ____2_____ pasukan sekolahku dalam pertandingan kawad statik peringkat negeri. Seperti biasa, aku akan mengayuh basikal kesayanganku ___3____ ke rumah yang kira-kira 30 minit perjalanan.

Entah macam mana, sedang asyik ____4___, aku terlanggar sebongkah kayu. Alamak. Ada paku pula. Aku hilang kawalan, lalu jatuh tertiarap di tepi longkang. Mujur aku tidak apa-apa. Dengan segera aku mengangkat basikalku. Ya Allah. Tayar basikalku kempis, pasti pancit terkena paku.

Aku termenung seketika.  Aku menuntun basikalku menuju ke kedai ____5_____ basikal. Malang sungguh nasibku apabila kudapati kedai itu telah tutup. Aku cuba mengetuk-ngetuk pintu kedai itu beberapa kali. Tetapi sia-sia.

Aku menoleh-noleh ke kiri dan kanan. Aku ternampak sebuah pondok telefon tidak jauh dari situ. Aku segera ke sana untuk ____6____ bapaku. Oh, malang sungguh nasibku! Aku ketiadaan wang syiling. Apa harus ku lakukan?

Dengan membuang perasaan malu aku ____7_____ sebuah kedai makan. Aku menceritakan apa yang telah berlaku. Kejujuranku itu telah meraih simpati peniaga tersebut. Dia ____8____ aku menggunakan telefon bimbitnya. Aku segera menelefon ayahku.

Kira-kira 15 minit kemudian, ayahpun sampai dengan kereta Ford Rangernya. Dia berulang-ulang kali _____9___ terima kasih kepada peniaga yang telah membantu ku tadi. Aku bersyukur kerana selamat pulang ke rumah walaupun hari telah _____10____ senja. Kata orang ’ malu makan perut lapar; malu bertanya sesat jalan’.

menelefon
menghampiri
mengucapkan
membenarkan
membaiki
mewakili
mengayuh
menjalani
menuju
menjelang


No comments:

Post a Comment