Saturday, 19 March 2016

LATIHAN PENULISAN 51 : Guru Yang Saya Kagumi

SOALAN : Setiap murid mempunyai seseorang guru yang dikagumi, begitu juga dengan kamu. Tulis sebuah karangan tentang guru yang paling kamu kagumi.

Ayah Chu Yang Dikagumi

Berasal dari Chemor, Perak. Beperwatakan menarik, tegas, kemas, ( 1 ) dan berdisiplin. Itulah ( 2 ) guru yang paling saya kagumi di sekolah ini. Kami memanggilnya Ayah Chu.

          Ayah Chu adalah guru bahasa Melayu di sekolah saya. Semua murid sekolah ini terutama murid-murid tahun 6 Makmur dan 6 Sejahtera ( 3 ) guru ini. Ayah Chu mempunyai keperibadian yang menarik, beliau sentiasa berpakaian kemas. Rambutnya ( 4 ) rapi. Pergerakannya pantas dan bertenaga.

          Sekiranya sekolah mengadakan acara besar, Ayah Chu akan tampil sebagai pengacara. Saya sangat suka cara beliau ( 5 ) majlis. Beliau menggunakan bahasa yang indah diselang-seli dengan pantun dan jenaka yang ( 6 ) situasi.

          Ketika mengajar, Ayah Chu sangat mementingkan disiplin, beliau tidak akan memulakan pengajaran sehinggalah semua murid benar-benar bersedia. Kami semua sangat suka dengan cara beliau mengajar. Beliau akan menerangkan satu persatu frasa, klausa dan ayat sehinggalah kami benar-benar faham sesuatu tajuk yang disampaikan.

          Cara pengajaran beliau yang tegas dan sesekali diselitkan unsur ( 7 ) membuatkan kami lebih faham lagi. Kami dididik supaya sentiasa ( 8 ) sekiranya tidak memahami sesuatu perkara. Dengan cara ini saya mendapati ( 9 ) markah dalam Pemahaman dan Penulisan kami semakin meningkat.

          Sesungguhnya saya sangat mengagumi Cikgu  Mohd Tarmizi Bin Amin yang kami panggil sebagai Ayah Chu. Saya berazam untuk mengikuti ( 10 ) dan  perwatakan beliau.


gerangannya
mengagumi
mengendalikan
kecindan
humor
keperibadian
pencapaian
disisir
menghidupkan
bertanya


No comments:

Post a Comment