Friday, 18 March 2016

LATIHAN PENULISAN 46 : Ucapan Perpisahan (Guru berpindah sekolah)

Soalan. Seorang guru kamu akan berpindah sekolah. Selaku Ketua Kelas, kamu diminta menyampaikan ucapan. Tulis ucapan tersebut.

Ucapan Perpisahan

Yang dimuliakan ____1___ Pengacara Majlis, yang dihormati lagi dikasihi (___________). Guru-guru serta rakan-rakan ____2____ sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap bagi mewakili murid-murid sekolah ini.

Hadirin sekalian,
(____________) telah kami anggap seperti ibu kami sendiri. Beliau telah mendidik kami selama dua tahun iaitu sejak dari tahun 4 dan 5 lagi. Dalam tempoh dua tahun ini banyak ___3____ yang telah kami perolehi daripada (___________).  Lebih-lebih lagi beliau merupakan guru kelas kami bagi kedua-dua tahun tersebut.

Sepanjang menjadi anak murid, kami tahu bahawa kami banyak melakukan perkara yang tidak ____4____ cikgu. Maafkan akan segala _____5____ kami. Kami bukannya sengaja. Maklumlan kami ibarat budak yang sedang belajar. Salah dan silap harap maafkan.

Kami memohon kepada cikgu agar menghalalkan segala ___6____ ilmu dan bakti kepada kami. Doakanlah kejayaan kami di sekolah ini. Kami juga akan sentiasa mendoakan cikgu, jangan _____7___ kami di sini.

Akhir kata, terimalah beberapa _____8____ dan cenderadurja daripada kami anak-anak didikmu. Saya dedikasikan ____9_____ pantun khas untuk cikgu.

Kuala Juru bersawah bendang,
Di situ ikan puyu _____10_____,
Jasamu guru tidak dilulapakan;
Ke akhir hayat akan dikenang.

Sekian, terima kasih.

berenang
curahan
serangkap
kekhilafan
saudara
pengalaman
lupakan
bingkisan
menyenangkan
seperjuangan


No comments:

Post a Comment