Laporan Hari
Kantin Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya
Pada 27 Mac yang
lalu, Sekolah Kebangsaan Mesra Jaya telah mengadakan program hari kantin.
Program ini melibatkan beberapa persatuan dari unit kokurikulum. Antara persatuan yang terlibat ialah
Persatuan Bahasa Melayu, Sains, Kebudayaan, Setia, Pembimbing Rakan Sebaya,
Bahasa Inggeris dan badan-badan beruniform.
Dalam program tersebut, Persatuan
Bahasa Melayu membuka sebuah gerai yang menjual buku-buku terpakai dan
buku-buku baharu. Buku-buku terpakai disumbangkan oleh anggota persatuan.
Manakala buku-buku baharu diperolehi melalui syarikat-syarikat penerbitan.
Sepanjang hari kantin tersebut
berlangsung, para pengunjung berurus niaga menggunakan kupon khas yang
disediakan oleh urusetia. Wang tunai tidak digunakan. Para pengunjung yang
mengunjungi hari kantin ini menukar wang tunai kepada kupon di kaunter khas
yang disediakan. Penggunaan kupon bertujuan untuk menyelaraskan urussn
kewangan.
Antara gerai yang mendapat sambutan
ramai ialah gerai makanan, minuman dan gerai buku. Pelbagai makanan dan minuman
dijual. Ada makanan berat dan makanan ringan. Begitu juga dengan minuman,
pengunjung boleh menikmati minuman sejuk atau panas dengan harga yang
berpatutan.
Selain itu, terdapat juga pameran
daripada pelbagai agensi. Pihak Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) turut
membuat pameran, tayangan dan demonstrasi. Murid-murid begitu teruja
mengaksikan demonstrasi perang dan kawad oleh pasukan TUDM. Mereka juga
berpeluang melihat senjata dan merakamkan gambar bersama model pesawat tempur.
Hari kantin ini tamat pada pukul
6.00 petang. Setelah gerai ditutup dan para pengunjung beransur meninggalkan
lokasi, para petugas menjalankan proses mengemas dan membersihkan kawasan
sekolah. Walaupun keletihan, semua pihak gembira kerana berjaya menganjurkan
aktiviti yang sangat bermakna ini.
Disediakan oleh; 4
April 2019
Zikridaealdani
( ZIKRI DANEAL BIN
SHAMSUL DANI)
Setiausaha
Persatuan Bahasa
Melayu
Sekolah Kebangsaan
Mesra Jaya