CATATAN SAMBUTAN
HARI KEBANGSAAN
31 Ogos 2018
7:00 pagi
Kami sekeluarga
telahpun berada di Dataran Bandaraya Ipoh. Aku dapat melihat (1) manusia
daripada pelbagai kaum. Masing-masing begitu teruja mahu menyambut Hari
Kebangsaan bersama-sama.
7:30 pagi
Juruacara telah
memulakan majlis. Para (2) perbarisan yang terdiri daripada pelbagai badan
kerajaan dan sukarela telah bersiap sedia di jalan raya. Mereka mengenakan (3) masing-masing.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku serta Negeri
Perak.
7:45 pagi
Perarakan pun
dimulakan. Kontijen (4) yang melakukan perbarisan ialah kontijen daripada
Angkatan Tentera Malaysia. Mereka terdiri daripada pasukan tentera darat,
tentera laut dan tentera udara. Perkara yang sangat mengujakan kami ialah
apabila kenderaan berat tentera turut berarak. Lebih menarik lagi, jet pejuang
dan helikopter (5) di ruang udara.
Selain itu, aku
juga dapat menyaksikan murid-murid sekolah menengah dan rendah yang turut sama
dalam perarakan itu. Mereka terdiri daripada kumpulan (6) yang memainkan
lagu-lagu patriotik. Lebih (7) apabila aku melihat pasukan silat dari sekolahku
turut serta dalam perbarisan dengan memakai pakaian silat berwarna hitam.
10:30 pagi
Majlis pada hari
itu sangat istimewa kerana turut dihadiri oleh Sultan Perak, iaitu Duli Yang
Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Azlan Shah.
Baginda menyampaikan (8) seterusnya merasmikan sambutan Hari Kebangsaan
Peringkat Negeri Perak. Kami semua bertepuk tangan sambil (9) Jalur Gemilang
sebaik sahaja baginda menamatkan titah.
11:00 pagi
Hari semakin
meninggi, acara rasmi telahpun tamat. Walau bagaimanapun pelbagai aktiviti
diteruskan. Aku dan keluargaku mengambil kesempatan merakamkan gambar
kenang-kenangan (10) pasukan keselamatan negara. Sebelum pulang kami singgah di
gerai untuk mengalas perut yang sudah kelaparan.
berlegar-legar
|
lautan
|
kontijen
|
pancaragam
|
titah diraja
|
berlatarbelakangkan
|
pakaian seragam
|
pertama
|
membanggakan
|
mengibarkan
|
No comments:
Post a Comment