Monday 11 December 2023

Penulisan 81 : Aktiviti Bersama Keluarga Ketika Cuti Sekolah

Ketika cuti sekolah yang lalu kamu dan keluarga telah melakukan aktiviti yang menarik. Ceritakan tentang aktiviti tersebut.

Cuti sekolah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Pada waktu inilah pelbagai aktiviti boleh dilakukan ( 1  ) ahli keluarga.

            Aku dan keluargaku telah mengisi ( 2  ) dengan melancong ke beberapa tempat menarik di Teluk Intan, Perak. Pertama sekali, kami pergi ke majlis perkahwinan anak kepada kawan ayah dan ibu di Kampung Banjar. Majlis perkahwinan tersebut diadakan di sebuah rumah di ( 3 ) sawah padi. Aku sangat asyik melihat pemandangan sawah padi yang begitu mempesonakan

            Sebaik sahaja ( 4  ) dengan tuan rumah dan bergambar dengan pengantin, kami bergerak menuju ke Bandar Teluk Intan. Tujuan utama kami ialah melawat sebuah bangunan yang bersejarah iaitu Menara Teluk Intan. Menara ini sangat unik kerana binaannya senget. Disebabkan itulah Teluk Intan menjadi perhatian dunia.

            Kami mengambil kesempatan menaiki menara tersebut. Di ( 5 ) itu, aku dapat melihat pemandangan sekitar Bandar Teluk Intan. Kata ibuku, nama lama bagi Bandar ini ialah Teluk Anson. Sebagai ( 6  ), kami merakan banyak gambar dan video di sekitar menara tersebut

            Setelah makan makan di sebuah warung berhampiran sawah padi, kami bergegas ke ( 7  ) . Rumah sewa tersebut merupakan sebuah rumah tradisional yang terletak di sawah padi dan kebun (  8  ). Ini merupakan pengalaman pertamaku tinggal di kawasan kampung seperti ini.

            Pada malam itu, aku mendengar ayahku bercerita tentang kehidupan zaman ( 9  ) di kampung. Malam itu kami beristirahat kerana keesokannya kami akan meneruskan aktiviti melancong ke ( 10  ) Matahari yang terletak berhampiran laut di Kampung Tanjung Karang.

 

bersama-sama

bersalam-salaman

tengah-tengah

kenang-kenangan

kanak-kanaknya

Taman Bunga

puncak menara

rumah sewa

cuti sekolah

kepala sawit

Penulisan 80 : Kebaikan Sambutan Rumah Terbuka

 

KEBAIKAN AMALAN RUMAH TERBUKA

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. ( 1 ) kaum inilah yang menjadikan negara kita unik, terutama sekali berkaitan sambutan perayaan.

Setiap kali sambutan perayaan akan diadakan satu majlis keramaian yang dikenali sebagai sambutan rumah terbuka. Rumah terbuka yang menjadi amalan masyarakat pelbagai kaum ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya ialah dapat memupuk ( 2 ) antara kaum.

Keharmonian antara kaum dapat ( 3 ) kerana setiap kali rumah terbuka diadakan, semua kaum akan dijemput hadir. Kaum-kaum ini akan datang dengan ahli keluarga masing-masing. Mereka akan bergaul mesra, berbual-bual dan saling ( 4 ) kabar antara satu sama lain.

Seterusnya, aneka jenis juadah dan makanan yang dihidangkan juga melambangkan kemakmuran hidup. Dalam mana-mana ( 5 ) sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Kaamatan dan sebagainya, juadah seperti maruku, lemang, kuih sepit dan sate akan dihidangkan. Makanan seperti ini menjadi satu ( 6 ) dalam semua sambutan rumah terbuka.

Selain itu, sambutan rumah terbuka dapat memberikan peluang kepada warga yang kurang ( 7 ) untuk turut sama meraikan sambutan perayaan tertentu. Anak-anak yatim, warga emas, orang miskin dan sebagainya akan diundang untuk sama-sama hadir ( 8 ) majlis tersebut. Oleh yang demikian, semua orang dapat merayakan hari raya dengan gembira.

( 9 ), jelaslah bahawa sambutan rumah terbuka mempunyai banyak kebaikannya. Majlis rumah ( 10 ) eloklah diadakan setiap kali adanya perayaan.

 

kemestian

bertanya

keharmonian

memeriahkan

Kepelbagaian

terbuka

berkemampuan

perayaan

Kesimpulannya

dipupuk