Monday 11 December 2023

Penulisan 80 : Kebaikan Sambutan Rumah Terbuka

 

KEBAIKAN AMALAN RUMAH TERBUKA

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. ( 1 ) kaum inilah yang menjadikan negara kita unik, terutama sekali berkaitan sambutan perayaan.

Setiap kali sambutan perayaan akan diadakan satu majlis keramaian yang dikenali sebagai sambutan rumah terbuka. Rumah terbuka yang menjadi amalan masyarakat pelbagai kaum ini mempunyai banyak kebaikannya. Antaranya ialah dapat memupuk ( 2 ) antara kaum.

Keharmonian antara kaum dapat ( 3 ) kerana setiap kali rumah terbuka diadakan, semua kaum akan dijemput hadir. Kaum-kaum ini akan datang dengan ahli keluarga masing-masing. Mereka akan bergaul mesra, berbual-bual dan saling ( 4 ) kabar antara satu sama lain.

Seterusnya, aneka jenis juadah dan makanan yang dihidangkan juga melambangkan kemakmuran hidup. Dalam mana-mana ( 5 ) sama ada Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Kaamatan dan sebagainya, juadah seperti maruku, lemang, kuih sepit dan sate akan dihidangkan. Makanan seperti ini menjadi satu ( 6 ) dalam semua sambutan rumah terbuka.

Selain itu, sambutan rumah terbuka dapat memberikan peluang kepada warga yang kurang ( 7 ) untuk turut sama meraikan sambutan perayaan tertentu. Anak-anak yatim, warga emas, orang miskin dan sebagainya akan diundang untuk sama-sama hadir ( 8 ) majlis tersebut. Oleh yang demikian, semua orang dapat merayakan hari raya dengan gembira.

( 9 ), jelaslah bahawa sambutan rumah terbuka mempunyai banyak kebaikannya. Majlis rumah ( 10 ) eloklah diadakan setiap kali adanya perayaan.

 

kemestian

bertanya

keharmonian

memeriahkan

Kepelbagaian

terbuka

berkemampuan

perayaan

Kesimpulannya

dipupuk

No comments:

Post a Comment