Thursday 23 March 2017

LATIHAN PENULISAN 58 : Kepentingan Menjaga Kebersihan Bilik Darjah

Soalan : Bilik darjah merupakan tempat yang sangat penting kepada murid-murid dan perlu dibersihkan. Tulis karangan tentang kepentingan menjaga kebersihan bilik darjah.


Apakah bilik darjah? Bilik darjah ialah tempat murid-murid menuntut ilmu secara (1) di sekolah. Bilik darjah (2) pelbagai kemudahan untuk murid-murid menuntut ilmu seperti kerusi, meja, papan tulis, sudut ilmu dan sebagainya.

Disebabkan bilik darjah menjadi tempat menuntut ilmu, maka para pelajar mestilah menjaga kebersihannya. Bilik darjah yang bersih akan menimbulkan (3) diri kepada pada pelajar. Suasana ceria dan bersih tentu akan (4) keseronokan murid semasa belajar.

Bilik darjah yang bersih (5) tahap kebersihan seseorang. Jika murid-murid sesebuah kelas sentiasa menjaga bilik darjah mereka, ini menunjukkan bahawa mereka telah diterapkan tentang pentingnya kebersihan di rumah. Kata pepatah, pendidikan awal bermula dari rumah.

Selain itu, keadaan papan tulis yang bersih akan memudahkan seseorang guru (6) sesi pengajaran. Guru tidak perlu membuang masa untuk memadam tulisan yang ada di papan tulis sebelum memulakan kelas. Bukankah amalan ini menjimatkan masa dan meningkatkan (7)?

Keadaan tingkap yang berhabuk, bakul sampah yang tidak (8) atau laci meja yang dipenuhi sampah akan mengundang penyakit. Habuk yang terlekat pada cermin, meja dan sebagainya boleh menyebabkan (9) dan membawa penyakit. Oleh itu membersihkan alatan ini akan menghindarkan kita daripada penyakit.

(10), kelas yang bersih bukan sahaja menceriakan, malah boleh meningakatkan prestasi seseorang pelajar. Oleh itu sayangilah bilik darjah seperti menyayangi rumah sendiri.


alahan
terurus
memulakan
Intihalnya
membangkitkan
menyediakan
produktiviti
melambangkan
formal
motivasi

LATIHAN PENULISAN 57 : Cerita

KAMU SEKELUARGA TELAH BERCUTI KE TEMPAT YANG MENARIK. CERITAKAN PENGALAMAN PERCUTIAN TERSEBUT.

Kira-kira pukul 8.00 pagi, kami sekeluarga tiba di A-Famosa Resort, Melaka. Ayah mendaftar di (1) untuk mendapatkan chalet yang telah ditempah.

    Setelah menikmati sarapan, kami bermandi-manda di (2) yang terletak berhampiran chalet. Di sana saya, abang dan kakak mandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti di kolam renang sepuas-puasnya.

    Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah menuruni papan gelongsor air setinggi bangunan 5 tingkat dan mendayung (3). Ayah dan ibu memerhatikan gelagat kami.
Setelah makan malam, kami ke pertunjukan ‘Wild-Wild West’. Pertunjukan itu mengambil masa kira-kira 90 minit. Saya menyaksikan persembahan haiwan, badut, (4) dan bunga api. Sebelum balik ke chalet saya sekeluarga bermain pelbagai permainan yang disediakan.

    Keesokan harinya, kami pergi ke Taman Safari untuk menyaksikan persembahan haiwan. Di situ saya melihat persembahan unggas, gajah, harimau dan lakonan koboi. Para penonton yang menyaksikannya (5) dengan kebijaksanaan haiwan-haiwan tersebut.

    Percutian kami di Melaka diteruskan lagi. Kami bergerak ke Bandar Melaka untuk mendaftar masuk ke hotel yang telah ditempah dan melawat beberapa tempat menarik di sana.


sangat terhibur
taman tema air
kaunter pendaftaran
rakit getah
kereta berhias

LATIHAN PENULISAN 56 : Autobiografi - Aku Sepohon Pokok

Aku Sepohon Pokok

Aku dilahirkan di sebuah pusat penyemaian di Ipoh. Aku dipelihara dan dijaga (1)  rakan karibku yang terdiri daripada pertunia, orkid, siantan, melur dan banyak lagi.

Aku merupakan sepohon pokok yang sangat istimewa. Badanku merupakan batang kayu yang agak lembut, berdaun besar dan rupaku juga sangat besar. Aku ialah bunga matahahari.

Apabila usiaku mencapai 2 bulan aku dipindahkan ke kedai (2) di Rapat Setia. Aku melihat banyak spesis pokok bunga dijual di kedai tersebut. Seorang wanita (3) lalu mengambilku untuk dibawa pulang setelah membayar dengan harga RM50.00.

Sesampainya di rumah aku dipindahkan ke sebuah pasu besar. Aku mendapat ramai kawan baharu yang sangat cantik dan wangi. Setiap hari kami dimandikan sebanyak 2 kali iaitu pada waktu pagi dan petang. Aku berasa sangat segar dan sihat.

Setelah beberapa bulan tinggal bersama kawan baharu, aku semakin tinggi. Aku telah mengeluarkan tiga kuntum bunga berwarna kuning (4). Setiap hari aku dikunjungi oleh (5)  dan (6) karib tuanku. Mereka (7)  akan kecantikanku.

Aku sangat gembira dan bangga kerana bunga besarku telah menyerikan halaman rumah tuanku.   menjaga aku dan (8)  dengan penuh kasih sayang.

bunga-bungaan
rakan-rakanku
keemas-emasan
bersama-sama
membelek-belekku
memuji-muji
jiran-jiran
rakan-rakan


LATIHAN PENULISAN 55 : Aktiviti Hujung Minggu

Tulis sebuah karangan tentang aktiviti kamu pada hujung minggu.

Hujung minggu merupakan hari cuti umum. Setiap hujung minggu saya akan ______ beberapa perkara agar masa tidak terbuang begitu sahaja.

Perkara ______ yang saya lakukan ialah membasuh pakaian sekolah seperti kasut, stoking dan seluar. Pakaian ini saya ____ sendiri sebagai usaha untuk _____. Walau bagaimanapun, baju sekolah saya dibasuh oleh ibu kerana warnanya putih.

Setelah membasuh saya menjemurnya di bawah terik matahari. Kebiasaannya ibu dan bapa akan ke pasar _____ pada setiap pagi Ahad. Saya mengambil peluang ini untuk mengikuti mereka ke pasar. Di sinilah saya belajar mengenali jenis-jenis ____ dan ikan.

Di rumah saya akan membantu ibu memasak. Saya diberi peluang untuk _____ sayur-sayuran dan menanak nasi. Pada sebelah petang saya bermain alat ______ video bersama abang. Kadang kala saya dan keluarga bersenam di padang di hadapan rumah.

Pada sebelah ______ pula saya mengusun peralatan untuk ke sekolah. Saya juga membuat ulangkaji pelajaran untuk persekolahan esok dengan ______ ibu dan bapa saya.


melakukan
basuh
permainan
menyiang
malamnya
minggu
bimbingan
pertama
sayur
berdikari

LATIHAN PENULISAN 54 : Pertandingan syarahan - Cara-Cara menjaga keselamatan di Jalan Raya

Kamu menyertai pertandingan syarahan. Syarahan kamu bertajuk cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya. Tulis syarahan tersebut dengan lengkap.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis. Yang arif lagi (1), barisan hakim. Tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari sidang hadirin sekalian. Tampilnya saya di sini untuk (2) sebuah syarahan bertajuk Cara-cara Menjaga Keselamatan di Jalan Raya.

Sidang hadirin sekalian.

Jalan raya memang tidak boleh (3) dengan kehidupan seharian kita. Setiap masa dan di mana jua, kita akan menggunakan jalan raya untuk urusan seharian. Sama ada ke tempat kerja, beribadat, ke sekolah, ke kedai atau bersiar-siar. Jalan raya menjadi sumber (4) terpenting. Oleh yang demikian, sebagai pengguna, kita harus bijak menggunakan jalan raya agar tiada mala petaka yang berlaku.

Untuk memastikan keselataman diri, para pengguna (5) wajib menggunakan tali pinggang dan topi keledar. Bagi pengguna kereta tali pinggang bukan sahaja untuk pemandu, bahkan juga untuk penumpang di hadapan dan belakang. Bagi penunggang motorsikal pula, (6) topi keledar boleh menyelamatkan nyawa.

Sidang dewan yang budiman,

Sekiranya berjalan kaki, pastikanlah menggunakan laluan (7) kaki yang telah disediakan. Berjalanlah dengan melawan arus kenderaan yang datang kerana dengan cara ini, kita boleh melihat kenderaan dari hadapan. Apabila ingin (8) jalan pula, gunalah laluan belang dan lampu isyarat yang disediakan.
       
Bagi jalan-jalan raya yang lebih luas dan lebih sibuk seperti di kawasan (9), pihak Jabatan Kerja Raya telah menyediakan jejantas. Gunakan jejantas untuk ke seberang. Dengan cara ini keselamatan kita akan (10).

Tuan-tuan dan puan-puan (11),

Dengan ini jelaslah bahawa, keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab kita sendiri. Jangan ambil mudah kerana sikap ini akan menggadai nyawa. Sekali lagi saya (12) agar berhati-hatilah di jalan raya.

Sekian, terima kasih.


menyampaikan
sekalian
bandar
melintas
dipisahkan
kenderaan
perhubungan
bijaksana
pejalan
pemakaian
tegaskan
terjamin

Tuesday 21 March 2017

LATIHAN PENULISAN 53 : Cara-Cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah

Sejak kebelakangan ini sering berlaku kemalangan di kawasan sekolah. tulis sebuah karangan tentang cara-cara mengelakkan kemalangan di kawasan sekolah dari pada berlaku kepada murid-murid.

Sekolah merupakan tempat untuk menuntut ilmu, namun begitu (1) ini kerap berlaku kejadian kemalangan di kawasan sekolah. Oleh demikian, murid-murid hendaklah peka dan mengambil pelbagai langkah untuk (2) kemalangan.

Tempat-tempat yang menjadi kawasan (3) seperti stor penyimpanan kerusi meja, tangki air dan bilik-bilik kosong hendaklah dihindari. Tempat-tempat ini sangat berbahaya kerana dipenuhi kerusi meja rosak, licin dan mungkin (4) haiwan berbisa. Jadi, janganlah bermian-main di kawasan ini.

Semasa (5) dan makan di kantin sekolah, kita hendaklah berhati-hati. Keadaan lantai yang licin disebabkan makanan tumpah boleh mengundang padah. Elakkan berlari-lari di kantin sekolah. Berjalanlah dengan waspada supaya tidak terjatuh atau (6) makanan.

Selain itu, bagi sekolah yang dibina (7) juga boleh mendatangkan bahaya. Biasanya koridor sekolah dibina dengan (8) untuk peredaran udara. Bata bunga ini bukan untuk dipanjat. Tindakan memanjat di koridor sekolah yang bertingkat boleh menyebabkan kejadian terjatuh ke tingkat bawah, dan (9) sangat mengerikan. 

Ketika berada di padang untuk bersukan, kita hendaklah (10) peraturan keselamatan di padang. Antara (11) yang mesti dipatuhi ialah pemakaian kasut sukan. Hal ini penting agar tidak berlaku kecederaan pada kaki ketika melakukan aktiviti permainan.

Intihalnya, kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di sekolah. Jadi, sentiasalah (12) untuk menjaga keselamatan diri.


berbelanja
natijahnya
mengelakkan
didiami
larangan
mematuhi
berwaspada
bata bunga
belakangan
bertingkat
tertumpahkan
peraturan

LATIHAN PENULISAN 52 : Menjemput Rakan Bercuti Bersama-sama (surat kiriman)

 Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menjemputnya bercuti ke tempat menarik berhampiran dengan rumah kamu.

                                                                     19A, Lorong Cendekiawan,
                                                                          Desa Cendekiawan Jaya,
                                                           31300 Kampung Kepayang
                                                                                        Perak Darul Ridzuan

                                                                                              20 Mac 2017

Menemui sahabatku _________ yang berada di _____. Saya mendoakan agar saudara/saudari dalam keadaan sihat sejahtera.

Sahabatku,

          Cuti persekolahan akan ditempuhi tidak berapa lama sahaja lagi. Tentu cuti panjang ini akan menjadi (1) jika tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, saya ingin (2) saudara/saudari datang ke Kampung Kepayang, Perak. Bercutilah bersama-sama saya di sini.

          Di sini terdapat banyak tempat menarik yang boleh kita kunjungi nanti. Lubuk Timah merupakan sebuah kawasan (3) yang terkenal. Air terjun dan kolam air panas semula jadi di sini pasti (4). Kita boleh berendam untuk menyihatkan badan.

          Tidak jauh daripada rumah saya, terdapat sebuah tempat (5) yang menjadi kunjungan ramai. Kallies Castle terletak kira-kira 10 minit dari rumah saya. Bangunan bersejarah peninggalan pegawai British ini tidak pernah lekang daripada (6) orang ramai.

          Tidak jauh dari situ terdapat pula sebuah kawasan penanaman pokok-pokok (7). Taman Herba Negeri Perak tentu menarik minat ibu bapa saudara/saudari. Bukankah mereka merupakan peminat pokok-pokok herba. Bolehlah mereka membeli anak-anak (8) untuk dibawa pulang dan ditanam di sekitar rumah.

          Sebenarnya, banyak lagi tempat menarik yang boleh kita kunjungi nanti. Apa yang penting saya menunggu kedatangan saudara/saudari ke sini. Ajaklah (9) bersama-sama. Tentang penghinapan, tidak ada masalah. Rumah saya sentiasa terbuka untuk anda sekeluarga. Saya menunggu kedatangan saudara/saudari sekeluarga.

                                                                                                                      Sekian,_(10).

                                                                                                                 Aina Ulfah

herba
sahabatmu
ahli keluarga
mengajak
benih
perkelahan
bersejarah
kunjungan
bosan
mempesonakan